Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, September 30, 2011

Regatha Lepa Semporna

 Pesta Laut atau lebih dikenali sebagai Regatha Lepa merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun di tepi pantai Semporna.
 Pesta ini diadakan pada setiap bulan April setiap tahun dan berjalan selama seminggu.
 Semasa pesta laut ini berlangsung,pekan semporna dihiasi dengan sambulayang(layar) berwarna-warni yang dipasang di setiap rumah dan sepanjang jalan raya sejauh sejauh 14kn dari pekan Semporna.
Antara aktiviti yang diadakan semasa pesta laut ini antaranya ialah acara melayarkan bot kecil,perlumbaan bot,pertandingan Ratu Lepa,tangkap itik,Pertandingan tarian kebudayaan Bajau Suluk serta pamaren rumah-rumah tradisi dan makanan tradisi Bajau & Suluk.
Pesta Laut ini menjadi salah satu tarikan pelancong ke Malaysia.Pada tahun 2010,pegawai Daerah Semporna, Abdul Muhamed Ibni Abdul Kadir Baba mengangarkan sebayak 70 000 pengunjung termasuk pelancong asing datang ke Semporna menyertai pesta ini. Sebanyak 241 bilik hotel di pekan Semporna tidak mencukupi oleh itu pengunjung dari Tawau,LD,KUnak disarankan membawa kenderaan sendiri bagi memudahkan mereka untuk berulang-alik.
video

No comments:

Post a Comment