Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, October 18, 2012

Siapa wali ku?

       
 "Kisahnya camni, masa cuti semester aq balik la becuti kat umah akak aq kat perak. 1 malam tu kami crita2 la sal kawin2 ni..kakak tu ckp "ko tu wilma, law camna pun bapa kandung mu juga mesti jadi wali. na ndak boleh ko dapat kawin law bukan bapa wali mu nanti" aq senyum jak la..abg ipar aq plak join sekali crita sal ni.. dia ckp kat aq nada serius
lagi tu " law bapa xmaw, aq pn ble jadi wali mu" and i was like iyaka boleh??( curiga) dy ckp la boleh n kakak ckp bda yg sama smbil tambah la jugak, dy ckp abg sulung pn boleh. n wali hakim knoknya boleh pakai bila xda family contohnya yatim piatu or jauh. Aq iyakan jak la ckp drg.."
Na nampak tak situasi tu?? normally org kita bila FIKIR bapa xnak jadi wali, abg sulung ganti, then abg2 xnak, abg ipar ble ganti then wali hakim law lgsung xda family.. byk kekeliruan disitu tentang wali.. aq kat sini nak jelaskan dengan sejelas-jelasnya sapa wali kepada seorang perempuan ketika nak kawin nanti. 

Sebelum itu mari kita berkenalan dengan wali dulu. Apa dan Siapa wali tu?

Wali dari segi bahasa bermaksud kesanggupan bertindak, mengurus atau kekuasaan menta

Wali merupakan aspek penting dalam sebuah perkahwinankerana ianya menentukan sah atau tidak sesuatu akad nikah yang dijalankan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

                             "tidak sah nikah kecuali dengan wali"
                                                                                         (Hadis riwayat Abu Daud)

Wali -----> LELAKI daripada kalangan nasab yang mempunyai hak ke atas keseluruhan dan penjagaan kepada perempuan. Perlu memenuhi syarat-syarat tertentu, jika gagal penuhi syarat maka ia akan bertukar wali.

Syarat Wali

  1. Islam, semua jelas akan hal ini yang mana seseorang yang menjadi wali kepada seorang perempuan itu perlu seorang yang beragaman Islam.
  2. Lelaki, hendaklah lelaki dan bukannya perempuan.
  3. Baligh, cukup umur yang mana kanak-kanak tidak boleh menjadi wali walaupun nasabnya hanya ada seorang kanak-kanak namun kanak-kanak tersebut tetap tidak boleh menjadi walinya.
  4. Mukallaf, seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan
  5. Merdeka, bukan hamba
  6. Adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya. (solat, puasa, dan tahu akan hal-hal agama)
  7. Tidak dalam ihram Haji atau Umrah
  8. Tidak dipaksa
*jika salah satu syarat diatas tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak boleh menjadi wali dan perpindah kuasa wali tersebut kepada wali aqrab yang lebih dekat dan memenuhi syarat. 

Wali terbahagi kepada dua iaitu wali Nasab dan wali Hakim

Wali Nasab pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wali Mujbir dan wali bukan Mujbir

Wali Mujbir adalah Bapa dan datuk sahaja yang mana mereka ini mempunyai hak penjagaan keatas seseorang perempuan itu. Mereka berhak untuk menghalang atau menentukan dengan sapa anak perempuan itu dinikahkan. "So bila Bapa or datuk tak setuju dengan pernikahan anak or cucu perempuan mereka, mka boleh jer mereka tolak atau menghalang pernikahan tersebut". Si anak kalau nak kahwin juga bolehlah kahwin lari tapi berkat itu lain ceritanya.. Takpun sila rujuk bahagian perpindahan wali nasab kepada wali hakim dibawah (no. 6)...Jangan risau masih boleh kahwin menggunakan wali hakim.

Wali bukan Mujbir pula terdiri daripada Selain daripada bapa dan datuk dalam nasab seperti
  1. adik beradik lelaki seibu sebapa
  2. adik beradik lelaki sebapa
  3. anak lelaki adik beradik lelaki seibu sebapa
  4. anak lelaki adik beradik lelaki sebapa
  5. bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  6. bapa saudara sebelah bapa sebapa
  7. anak lelaki bapa saudara seibu sebapa
  8. anak lelaki bapa saudara sebapa
  9. datuk saudara sebelah seibu sebapa
  10. datuk saudara sebelah bapa sebapa.
*mengelirukan* ha baca satu-satu n imaginasikan jurai nasab tu...hehehehe

Keutamaan jadi wali terbahagi kepada dua iaitu kepada nasab yang aqrad (paling dekat) dan nasab ab'ad (lebih jauh) urutannya bermula dari bapa, datuk dan kemudiannya kepada 1 hingga 10 (diatas, wali mujbir)

Kuasa Wali boleh berpindah dari nasab aqrab kepada wali dari nasab ab'ad atas sebab-sebab tertentu.

Jika wali Aqrab:
  1. Bukan islam
  2. Fasiq/ tidak adil (xsolat, xpuasa, xtaw hukum2 agama dll)
  3. Gila
  4. Kanak-kanak
  5. Bisu
  6. Bodoh (keupayaan otak yg lemah, sydrome down dll)
  7. Hamba abdi
Kuasa Wali boleh berpindah daripada wali nasab kepada wali Hakim:
  1. Tiada wali (yatim piatu)
  2. Wali aqrab tidak sempurna+tiada wali
  3. Wali aqrab jauh (diluar dua marhala) * ni yg ada kes kawin lari ke siam...^V^!
  4. Wali aqrab dalam ihram haji atau umrah
  5. Wali aqrab dalam penjara+terhalang untuk keluar menikahkan
  6. Wali aqrab sembunyi (tidak mahu menikahkan)
  7. Wali aqrab hilang (tidak terkesan kedudukannya)
Syarat menggunakan wali Mujbir:
  1. Tiada permusuhan antara anak gadis dengan wali
  2. Tiada permusuhan antara anak gadis dengan bakal suami
  3. Bakal suami sekufu
  4. mahar dibayar dengan wali tempatan
  5. Bakal suami senang digauli
* Abang sulung tidak semestinya jadi wali jika sudah tiada bapa atau datuk yang menjadi jadi wali. Adik beradik lelaki lain yang lebih mahir dalam hal-hal hukum hakan agama adalah lebih baik menjadi wali kepada perempuan tersebut. Paling penting, mesti penuhi syarat untuk menjadi wali.





No comments:

Post a Comment