Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, November 20, 2012

Agama ku Islam


Ya agama ku Islam dan aku tidak mengiktiraf agama selain daripada agama ku..Tapi bukan bermaksud aku tak hormat agama orang lain. Konsep "iktiraf" itu perlu difahami..Sesungguhnya kita mengucap dua kalimah syahadah pengakuan bahawa yang diwajib disembah itu Allah dan Rasulullah itu pesuruhNya. Mana boleh kita sebagai umat Islam mengiktiraf agama lain sedang kita yakin akan ketauhidan Allah swt itu. 
Istilah iktiraf itu bermaksud kita menerima Tuhan dan sesuatu agama sebagai yang benar sedangkan agama yang benar itu hanya Islam. Begitu juga bagi agama lain, mereka menganggap agama mereka itu benar jadi bagaimana mungkin mereka mengiktiraf agama dan Tuhan ku?Mengiktiraf Tuhan selain daripada Allah itu sesungguhnya perbuatan yang menyekutukan Allah..Aku tidak iktiraf Tuhan selain daripada Allah tapi aku hormat agama orang lain. Aku hormat sebagaimana dan selama mana mereka menghormati agama ku.. Aku tidaklah alim sangat, tahap keimanan ku hanya Allah swt yang tahu. Kita hanya manusia biasa yang kadang kala alpa. Marilah kita saling ingat mengingatkan. Dakwah itu bukan kerja para ulama saja tapi tanggungjawab semua muslim. 

2 comments:

  1. yup setuju dakwah untuk semua muslim bukan ustaz sahaja.keep writing.gud entry btw ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like comment anda..(eh xda button nak like comment dah)^^! peace awak :)

      Delete