Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, November 02, 2012

Argggh Jerawat!! >.^ Jom atasi.

Aku tahu ramai rakan-rakan diluar sana mengalami masalah jerawat. Aku juga tahu perasaan individu yang ada masalah jerawat. Ermm yang muka halus mulus putih gebu tu syukur la sangat-sangat bab korang xda masalah jerawat yang teruk.

Aku mula mengalami masalah jerawat sejak aku berumur 14 tahun, bayangkan saat ketika rakan-rakan ku semuanya bermuka halus tanpa jerawat, aku satu-satu yang bermasalah jerawat. Sekolah plak tu, rasa macam maw ponteng jak hari-hari bab jerawat kat muka yang bertimbun-timbun. Masalah jerawat ni pada mula aku biarkan saja sebab masa itu aku masih muda dan tak tahu apa-apa cara nak hilangkan jerawat. Pengetahuan tentang jerawat dan cara mengatasinya sangatlah cetak. Sampai satu tahap yang da teruk baru family aku mula concern dan suruh pakai produk2 menghilangkan jerawat. Tapi satu pun xpena nak makan kat kulit aku ni. Macam-macam la product kat pasaran tu aku try dari yang murah sampailah yang mahal. Jalan p mana-mana pun xsenang sebab ada jak yang tegur muka aku ni.
" Ko xjaga muka ka?"
" Napa muka ko gtu?"
" Teruknya muka ko"
" ko masalah hormon"
dan mcm-mcm lagi yang sgt mdownkan semangat. Kita bukan xrawat masalahnya apa produk pun xberkesan. ermm ada juga yang promote product lain dan aku ni mang pantang law beserta testimoni dari mereka sendiri memang aku akan try but akhirnya aq kecewa jak. Tak berkesan pun kat muka aq.

Da mcm-mcm product yang aku try termasuk la jugak yang tradisional punya...hah ni "budak sejuk"...
xda effect apa pun cuma sejuk jer kat muka.

Pandangan bawah sebelah kanan
Sisi kanan
Sisi Kiri
Bila aku da masuk USM n umur aku waktu tu 20thun, muka aku makin teruk, jerawat timbul lagi tapi kali ni da bukan mcm jerawat batu tapi timbul plak yang macam pasir tu...erggg xlalu org maw tengok muka aku.. aku siap ponteng kelas lagi..muka banyak manik-manik jerawat yang bernanah... Aku rasa nak pakai mask ke ke kelas.

Benzoly Peroxide 
Aku ada juga lah p jumpa dr.Dermotologi, dia siap bagi aq benzoly peroxide dan vitamin A (beratus la juga duit melayang jumpa dr. dermotologi ni) Dua2 bahan ni sangat-sangatlah buat muka aku bengkak, kering tapi berlendir2 dan hodoh sampai aku terpaksa berkurung kat dalam bilik. Xtahan aq p hospital minta dan dr bgi ah ubat sapu n ubat allergy. Yes aku sebenarnya sensetif benzoly peroxide bab sebelum ni aq pena pakai oxy n muka aq naik radang bengkak gila. Oxy kan ada kandungan Bp. Nasib lah ubat hospital dpt kurgkan keradangan muka aq time tu dan aku berhenti seketika pakai product.

Satu ari tu jerawat naik lagi teruk berpasir mcm yg sebelum ni, terbuka plak hati aku surf internet n aq jumpa satu blog yg ckp kacang hijau ble rawat jerawat, I give a try to it n surprise jerawat aq makin sembuh. Huhuhuhu happy juak la jerawat berkurangan n makin mati.

Tapi xcukup tuk menghilangnya, aku try plak minum collagen.. Yes collagen sangat membantu menghilang jerawat dari dalam.

Umur aku 21 tahun, product yang aku gunakan untuk mengatasi jerawat hanya 2 iaitu pupur kacang hijau dan soy collagen.

Bijan 
Kacang Hijau 
Kayu manis
Pupur kacang hijau ini buat sendiri. Cara nak buat senang jak n kos pun murah. 1) kisar kacang hijau shgga halus. 2) masa nak pakai kat muka ambik dlm kuantiti yang mencukupi n letakkan sedikit air shga kacang hijau tu tak terlalu cair or pekat, sedang2 saja. 3) sapu la kat muka pada waktu pagi @ mlm, xkisah lah yang penting kamu rajin n konsisten pakai dalam smggu akan nampak sedikit perubahan kat muka kamu. Jerawat akan kecut. 4) dlm 15 minit tempek kat muka, then boleh la kamu cuci  muka pakai air biasa saja.
Biasanya muka akan merah or pink2 pas da cuci muka tu, hah ni tanda pupur tu bertindak kat jerawat kamu..jangan risau tak da kesan sampingan. Kalu nak lagi power, masa kisar kacang hijau tu serta sekali kayu manis n bijan hitam dalam nisbah. 4:1:2. 4 bhgian kacang hijau, 1 bahagian kayu manis dan 2 bahagian bijan hitam. shhhh...aq pakai nisbah ni n sgt sedap kat muka rasanya. Baunya tu kurg enak lah sikit..tahan-tahan je la, kan nak cantik.

Collagen plak ermm mahal skit la...but nak cantik kena berkorban sikit duit poket..hehehe aku guna "soy collagen" disamping enak dan membantu hilangkan jerawat, collagen ni juaga banyak kebaikannya taw..NAk taw lebih lanjut t search saja kat google..heheheh nak tulis panjang la plak.
Dan sekarang org mula ckp camni kat aku,
"muka ko lain la"
"ko pakai apa kasi hilang jerawat?"
"wei jerawat ko da xmcm dulu"
"ok sudah muka mu, tgal parut2 lagi" <---- maslah baru plak..(dlm usha hlgkn parut)

Btw guys, kalau nak try xsalah...malah digalakan, aku sgt-sgt nak bantu rakan-rakan yang ada masalah jerawat bab aku juga dulu pernah menderita akibat jerawat. Gud luck guys.

Pic kat bawah ni kira yang the latest la..no photoshop! jangan terkejut..hehehe..tapi skrg aku masih ada maslah parut dan muka aku masih lagi berminyak tapi xla seteruk dulu..heheheh alhamdulillah. Ni selepas beberapa bulan guna pupur n minum collagen aku hanya sebulan jak kot..xlarat wei..mahal...but pupur aq masih amalkan setiap hari. So, jerawat da susah nak naik lagi..^.<!!
Ance please go away!
Be Strong guys!! Lets fight Ance!!!...




No comments:

Post a Comment