Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Sunday, November 25, 2012

Dia pergi...


Langkah ku semakin pantas, jam di tangan kiriku menunjukkan sudah 7:50 pm..

"arg sempatkah aku jumpa dia, please let me see him tonight" monolog ku dalam hati..
Kalau aku tak lari mesti aku tak sempat nak jumpa dia, aku sudah tidak peduli orang awam yang memandang ku bagaikan dalam track lari pecut, aku ingin menang. Tapi kali ini bukan berlumba lari, bukan kejar penyamun or apa-apa yang sama waktu dengannya.. Pecutan ku semakin laju, jantung ku berdenyut kencang. Aku mesti juga jumpa dia malam ni.
....................................
"mana dia ni, aku mesti jumpa dia..aku mesti.." kata-kata yang terkuar dari mulut sambil anak mata ku meliar ke sana sini cuba mencari kelibatnya..Satu sosok tubuh di tempat duduk paling hadapan stesen bas itu persis dia, aku dekatinya dan ya itu memang dia..syurkurlah dia masih belum bertolak lagi..

Satu senyuman yang amat manis dilemparkan dan aku tahu senyuman itu khas untuk aku. Erghh badan ku agak berpeluh make up ku da comot, ntah apa-apa da rupa aku tapi aku tak peduli sebab yang penting aku dapat jumpa dia malam ni.
 Aku duduk ditepinya dengan nafas yang tercungap-cungap, dia pula seperti mengeluarkan sesuatu dari poketnya..ahak adakah dia akan propose aku malam ni?!!

"na, lap peluh tu" ergg mengarutlah aku..sapu tangan dia hulurkan kepada ku, mungkin dia tahu aku tergesa-gesa datang takut terlepas nak jumpa dia.
........

"Perhatian, bas Dyana SBH 2376, Semporna-Kota kinabalu akan bertolak sebentar lagi, diminta semua penumpang untuk masuk ke dalam bas, terima kasih" Argggh aku tak sempat nak rilek bas da nak bertolak, aku tak puas lagi nak tatap wajahnya..

"bas maw bertolak sudah ni" katanya sambil merenung tepat ke mata ku.
"ala kejap lagilah, sayang baru sampai, abg da nak jalan pula. Sabar dulu, bagi orang lain masuk bas dulu, abang naik la belakang sekali" pujuk ku dengan muka yang amat masam sekali pernah aku buat. Aku bukan apa, aku nak cakap banyak benda kat dia..
"ok sayang" satu jawapan yang mampu membuatkan muka ku tersenyum manis.
  Semua penumpang hampir da nak habis naik bas tapi aku pula masih tak mahu melepaskannya. Pembantu bas tak habis-habis menjerit minta semua penumpang naik..Persetankanlah dia nak jerit apa pun sebab aku tak habis cakap lagi dengan kekasih hatiku.
Tapi dia pula jadi tak ketentuan, beg digalasnya dengan kemas dan berdiri sambil mengajak ku untuk bergerak sama, mungkin dia  takut bas kan meninggalkannya.

"Abang naik dululah, bas da nak jalan tu, sayang jaga diri taw"
"Ala.. kejap lagilah" pujuk ku lagi
"bas da nak jalan tu, nanti kita jumpa lagilah" gilirannya cuba membuatkan aku paham keadaannya tapi aku..arghh masih tak sanggup nak lepaskan dia.
"yala, sampai sana jangan lupa mesej taw" akhirnya aku mengalah dengan pujukannya.
 Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Aku dengan berani pada waktu itu menunjuk ke arah dahi ku..Aku tahu dia paham maksud aku...dan satu kucupan singgah ke dahiku.


Suasana yang riuh rendah dengan pelbagai ragam manusia menjadi sunyi sepi seketika bagi ku...Aku speechless seketika, aku tidak dapat memandang matanya mungkin aku malu sebab ini kali pertama dia memberi kucupan kepadaku..
........................................
Aku masih berdiri disitu memerhati tingkahnya menaiki bas, ku lihat dia memberikan tiket kepada pembantu bas yang kecoh itu dan mengambil tempat duduk sebelah tingkap. Aku pula masih tercengat di stesen bas tersebut dengan air mata yang mengalir di pipi ku.Aku berdoa agar dia selamat pergi dan kembali kepada ku dengan segera..
.......................................

"baby i'm so lonely, lonely, lonely, lonely...~~~" lamunan ku terhenti oleh getaran handphone yang berada dalam poket sebelah kanan jeans skinny ku...aku mengelap air mataku dan membuka inbox ku..

"Abang sayangkan sayang sangat-sangat, jaga diri juga k, jangan nakal-nakal :)"

argg satu pesanan yang semakin menderaskan aliran air mata ku ke pipi. Aku pelik kenapa aku air mata ku mengalir semakin deras seperti air terjun. Mungkinkah aku terharu, mungkinkah aku sedih dia pergi..
"Aku sayangkan kau" luah hati kecil ku yang makin sebak dengan pemergiannya..

Aku menoleh semula ingin melihatnya tapi bas semakin jauh meninggalkan aku. Dia pergi...


*Coretan ini rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg da mati atau yang masih hidup. Peace Yo


2 comments:

  1. done follow sini n BW :D wow best cite ni..kisah benar or just rekaan ? ^.^ keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete