Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, November 23, 2012

Pergi 3 hari 2 malam.

Selamat menunaikan solat jumaat semua...pstttsss specially budak lelaki, jangan ponteng solat jumaat..

Aku sedikit bimbang, petang ni dalam jam 3 kami akan bertolak mengikut kursus asas menyelamat. Aku bimbang akibat cerita-cerita yang disumbat oleh rakan-rakan ku yang telah join kursus ni semestar lalu. Mereka asyik perli aku jak, tahulah aku ni kinda puteri lilin, sikit berpanas kat matahari, mulalah muka ku berubah kepada sesuatu yang mungkin tidak dapat kamu bayangkan..ahaks da over plak kan..Tapi hakikatnya memang macam tu, tiap kali berpanas mesti meradang muka aku ni. Ingatkah entry aku tentang bola jaring kat UUM tu...erggg aku takut berlaku lagi. Susah payah aku merawat keradangan muka aku ni. Tapi aku mesti buktikan aku akan berjaya lepasi kursus tu. Aku bukan nak sangat tapi ni projek pertama member aku, sebagai seorang sahabat aku mesti sokong dan sertai projek dia. lagipun kursus ni free, kalau orang luar yang datang join kena bayar RM400 tau.. so kenalah ambik peluang yang ada. Diiktiraf pula tu nanti jadi ahli JPAM.

 Persetankanlah, sebab kali ni aku tak akan lupa membawa first aid ku sendiri..terutamanya "calamine lotion" benda ni lah yang mampu menyembuhkan muka aku yang bila teruk berpanas dia akan bengkak n kemerahan..Aku tak tahulah, sensetif sangat da muka aku sejak stay kat semenanjung ni..kali pertama muka aku meradang teruk masa jejalan kat KL. Erggg rasa tak nak ingat moment tu..then UUM aritu..harap-harap da buat preparation ni, muka ku tak lah meradang kali ni. Sebab member aku seorang tu cakap dalam kursus ni ada kawat kaki segala dan aktiviti kat panas-panas, dalam dewan jak bila malam tapi bilik ada penghawa dingin. Apakah sesuatu yang menyeronokkan bilik berhawa dingin? arghh pedulilah, aku perna PLKN setakat kawat kaki tu aku boleh tapi aku takut panas. Kalau dulu aku tak kisah sangat muka naik radang maklumlah tak fikir sangat soal personaliti. Member aku siap perli lagi

"na kuarkanlah semangat PLKN mu tu, ahahahahah, adalah ni balik USM dengan muka yang sunburn lagi"

Rasa nak tumbuk muka dia. tapikan aku lebih baik perna kawat sebab ada member aku ni xpernah kawat, hahaha mesti lucu ni..kalau ada handy cam rasa nak rakam jak nanti. Mana tahu nanti dia kawat macam robot.kakakakakaka...*sakit perut gelak..

Aku sebenarnya suka aktiviti lasak tapi sejak horman kewanitaan ku ni meningkat, minat aku ke arah tu semakin kurang. Aku tak paham, aku suka ganas-ganas ni, hiking, flying fox, marathon, camping, dan yang sama waktu dengannya. Adakah sebab sekarang ni member aku da tak ada yang ganas-ganas, maksud aku sekarang ni member-member aku kat sini budak-budak baik perangainya and tidak kearah mcm yang cakap tadi. Kalau kat kampung memang ganaslah, maklumlah budak kampung semua lasak-lasak.

ergg da banyak pula yang aku bebel ni,

bha kita jumpa lagi selepas 3 Hari 2 Malam


Lots of love.Peace ^V^!..Assalammualaikum.

2 comments:

  1. kulit sensitif ekh..big prob tu... mak wana kulit mcm tu lah.. sensitif.. sgt susah nak jaga.

    suka ekh sukan lasak2... wana pun suka.. tp bila kwn2 mcm dak2 baek sgt2.. jd dh mcm ke arah slow sikit lasak2 tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. nasib baik kali ni xlupa bawa calamine lotion...dpt jugak kurgkan muka sensetif ni^^!huhuhu

    ReplyDelete