Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, November 30, 2012

Perjuangan semalam

Aku masih terasa diriku mabuk akibat kejadian malam tadi..
........
"wei korang kat mana, kami da sampai ni?" pesan seorang sahabat arghh awal jugak dorang ni pergi..aku tak siap lagi..dua orang member kat bilik ni pun belum siap lagi, masih lagi minum petang walaupun sekarang da nak masuk isyak..

"kejap kami tengah tunggu bas" na selamba saja aku mesej cam tu.. beres jak reply mesej dia..aku gerak untuk mandi dan solat magrib..bayangkan betapa geramnya member tu bila dia tahu aku tipu dia..hahahaha selambanya kami datang dua jam kemudian
..............
Sampai kat tempat biasa..marah gila member tu atau dalam bahasa kami "batchat", dengan muka yang agak comel ni kemarahanya mampu diredakan...ahak..(kalau dia baca ni mesti termuntah ni dia).
.............
Dengan buku yang tebal dan hampir menutupi muka ku, perpustakawan tu aku perasan dia senyum dari jauh..arghh aku tak mampu nak balas senyumannya akibat buku yang begitu menyeksa aku masa tu.. Siap da scan semua, dia senyum lagi dan kali ini aku balas dengan senyuman yang dikategorikan oleh member-memberku sebagai "seyuman kucing"..
...........
Aku agak mengantuk malam tu, mungkin aku penat sebab da beberapa hari tidur lewat dan bangun awal. Setin NESCAFE ORIGINAL tin 240ml masih tidak mampu menghilangkan rasa mengantuk..Aku tambah lagi dengan 100plus setin..Malam-malam buta itu juga aku buat macam-macam benda..aku menari lagi untuk menghilang rasa mengantuk..siap lawan boxing dengan member (agak ganas tapi itulah hakikatnya)
da berpeluh-peluh, aku jadi segar, barulah aku dapat memulakan kerja-kerja yang buat selama seminggu ni..


.

Aku penat, da subuh tapi kerja tak siap lagi...Hal yang paling mencabar diri ku semalam, apabila laptop aku hang..aku tak save lagi kerja-kerja yang buat..aku da buat da nak masuk muka surat ke 10 tiba-tiba laptop tak dapat bagi respon..arhh betapa diri ini terasa setengah mati. Aku takut jika kerja-kerja aku tu hilang...Aku tak sanggup berjaga tuk hari keduanya.. Nasib baik dalam beberapa minit kemudian my LP ok..lega selega-leganya..Tak sangka aku pun hang sama macam LP aku. di library 24hours tu jugalah aku jatuh pengsan berbatalkan buku-buku... argg letih seletihnya..aku sudah tidak peduli student lain memerhatikan aku..yang penting saat itu juga aku ingin lelapkan mata sebentar walau hanya untuk lima minit.. Member-member ku ikut cemas bila Lp aku hang..yang aku jatuh terentang keletihan malah ditertawakan...
  

USM agak sunyi, hanya beberapa orang saja yang berada dalam library tu dan kebanyakkan student Cina yang masih tak balik lagi.. Kami da menyerah kalah akibat keletihan semalaman tak tidur wat kerja..akhirnya kerja ku siap 90%..tinggal mengemaskini dan check ejaan, teknikal dan blabla la..
............
Habis je solat subuh..aku pengsan buat kali kedua..sedar-sedar terasa sangat mabuk dan rasa nak muntah..






4 comments:

  1. Replies
    1. hahahaha tu yg makin bikin mabuk..

      Delete
    2. waaa macam baca novel lak wilma ni :p gud gurl...semoga berjaya ye dik!

      Delete
    3. ergg baca novel? hahahaha aku law baca novel baca sinopsis, 2-3 muka pertama n m/s akhir terus..hahahaha tapi aku ada asas kesusasteraan cikit..sem lalu ambik pengantar kesusasteraan..bolehlah tulis ciput2..novel yg patut baca masa ambik kesusasteraan pun aku xbaca sampai abis sem..nasiblah lulus juga subjek tu

      Delete