Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, November 26, 2012

You & I Both Part 1


"Kring~Kring~Kring~Kring~~~~" Mimpi ku dapat boyfriend yang hot terhenti akibat alarm yang aku set semalam. "5 minit lagi aku bangun okay" sambil mematikan alarm pada handphone Blackberry bold 9900 ku.. Agak lucu bila smartphone guna alarm macam jam loceng tapi apa aku kisah kan? Handphone aku, so lantak akulah nak pakai ringtone camna.
...........................................
First day turun keja ni aku bangun awal maklumlah hari pertama kerja kena tunjukkan sikap yang baik barulah orang tak label aku macam-macam. Berakhir sudah zaman kegemilangan ku bangun lewat kerana mulai hari ini aku akan bangun awal. Tapi aku masih tak punya uniform kerja so terpaksa pakai baju putih polos. Erggh aku tak suka baju ni, langsung tak ada design, aku kenakan dengan skirt hitam paras lutut dan pakai kasut tertutup tanpa tumit juga warna hitam. Arghh gaya apa yang aku peragakan ni? Dahi ku mula berkerut, rambut ku yang lurus paras bahu masih basah, aku biarkan terhampar dan dibuai angin pagi. Tanpa sebarang make up aku mendapatkan teksi. 
............................................
7:45 am pintu masuk belakang da terbuka, semua staf superstore lengkap dengan uniform dengan pelbagai gaya rambut dan make up masuk ke dalam satu per satu diirngi dengan omong-omong kosong yang keluar dari mulut mereka. Aku pula hanya tercengat dan melihat dari sebelah bangunan, aku tahu aku perlu masuk segera sebelum 8:00am tapi satu perasaan yang agak ganjil mula menyelubuhi ku. Mungkin aku takut, mungkin aku malu, mungkin aku segan sebab hari ini aku akan bergelar staff baru kat superstore yang merupakan antara yang popular di pekan kecik tanah kelahiran ku, Semporna.

"Hai" aku tersentak dengan sapaan seorang budak lelaki yang agak hot di mata ku yang tengah punch card dia kat mesin puch card. hahahaha buat aku fikir kali kedua hot ke? Tapi kalau dibandingkan dengan staff-staff lelaki yang sempat aku stalked dari jauh sebentar tadi, sah memang dialah paling dan banyak cakap.
Aku tak membalas sapaannya, aku hanya melemparkan senyuman ku paling manis dengan menunjukkan dimples ku di sebelah kanan, hahahaha adakah dimples ku ini mampu mengugatnya? mengarut lagi otak aku masa tu.

"Tolong bagi laluan untuk Yui, dia geng aku" katanya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
Aku hanya mampu tersenyum tapi dalam hati aku da nak pecah gelak, bila masa pula aku jadi geng dia, aku kenal dia pun tidak. Arghh whateverlah at least dia hot and one more thing, bau baju dia tersangatlah wangi. Tenang jer masa lalu kat tepi dia, wangi giler kot.
.................................................
Kerja aku taklah susah sangat, kerja sebagai cashier walaupun mudah tapi berisiko. Hari pertama ni aku tak pegang kaunter lagi, aku hanya packing barang tolong cashier lain. 

"Chiaki kirim salam kat kau" staff yang lalu kat kaunter tu bagi tahu aku dengan mukanya yang agak seronok menyampaikan salam untuk aku. Aku pelik dan syak, mereka ni mahu main-miankan akukah? Hatiku jadi tak tentu asyik tanya siapa dalang yang menyebabkan ada saja nama orang yang sama aku dengar sampaikan salam kat aku. 

"Chiaki tu budak ICC yang selalu stay kat stor dan pakai spek, dialah lelaki paling hensem kat superstore ni" staff bernama idah yang bertubuh agak kurus dan hitam manis ini tak pasal-pasal beritahu aku. Padahal aku tak tanya dia pun. 
"oo yaka?" hanya ayat ni yang keluar dari mulut ku dengan muka yang agak bodoh buat-buat tak mahu tahu langsung, takut nanti aku tanya over-over sal budak tu, hah tersebar satu superstore aku suka dia pula.  

Kebetulan pula masa ni budak tu on his way ke office tingkat satu.
"Chiaki!"  Adui kakak ni jerit nama dia, apa lagi, dia pun menoleh ah dengan anak matanya yang tepat     
memandang ke arahku dengan muka yang agak blur.
"Dialah Chiaki yang kirim salam kat kau" arhh kakak serius bagitahu depan-depan pula, aku yang malu jadinya. Aku jadi nervous dan secara tak sengaja aku terjeling maut kat dia. Argg sudah!
"Eeee" dahinya berkerut, dengan mimik muka yang tak suka dengan tindakan ku, satu perkataan yang keluar darinya agak menyakitkan hati aku. Apa yang dia Eeeekan? aku tak sengajalah jeling kau sebab aku nervous time tu.

Aku baru jak nak kenal-kenal and rapat dengan dia, rosak plan ku. Apa aku nak buat sekarang ni? Aku minat dialah kebetulan pagi tadi mimpi dapat BF hot, aku fikir mimpi ku kali ni bakal jadi kenyataan tapi satu jelingan dari aku tadi merosakkan plan ku untuk berbfkan jejaka hot. Patutkah aku plan strategik baru untuk rapat dengan dia. Apa aku patut buat? Aku rasa aku suka mamat tu sebab aku nervous bila nampak kelibatnya... Sepanjang hari dia lalu lalang kat depan aku, dia tak senyum, tiada lagi kata salam yang disampaikan kepada ku..erghh jadi stress pula aku oleh mamat ni. 

                        

*Coretan ini rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg da mati atau yang masih hidup. Peace Yo


8 comments:

  1. Replies
    1. sekadar penulisan yg byk ditokok tambah agr jadi lebih menarik..heheh^^!

      Delete
  2. Kes sama macam Anis! Hehe...
    Bezanya, Anis dekat maktab...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga cam ni? bha gud luck with yr love story^^!

      Delete
    2. kind a funny rite..hehehe later aku ada masa..aku smbung lagi kisah ni^^!

      Delete