Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, December 25, 2012

Aiskrim

Aku da dua malam rasa tak sihat..exam sick kot tapi mlm ni aku tak kira malam tak malam, subuh tak subuh, aku nak keluar juga makan something, aiskrim ka, roti canai ka tak kiralah. Nak keluar juga.

                                          

 Buka FB dulu buat status "Aku terasa maw kuar makan sometimes outside..anyone? Aku sakit2 ni lemahlah but rimas duk dalam bilik..Teman aku" okay.. Nampaknya ada respon dari member. Set keluar juga malam-malam buta ni..
1.44am aku siap turun jumpa member..sejuk beb angin malam ni..kami hanya bertiga dan apa yang kami buat hanyalah makan aiskrim di 7E..
sejam lebih kami lepak bawah hostel member seorang..aku da pesan jangan buat bising, sebelah ni rumah dr yang ajar aku kos pengajian Islam..Tapi budak seorang ni bukan main lagi ketawa dia. 
Tiba-tiba bunyi tingkap dibuka kedengaran.."ah sudah dr ni terbangun" aku menduga dalam hati..ternyata apa yang aku duga itu nyata terjadi.
"student mana" dengan nada yang agak keras..aku duga dr ni sakit hati sebab tidurnya terganggu.
"Aman damai" jawab member aku ringkas.
"sekarang da pukul berapa?"
"2 lebih" padahal da 3am kot..
"tau tak peraturan" aku sedikit konfius serious aku tak tahu peraturan..aku tak baca buku peraturan hostel pun..
"taw" jawab member aku sangat ringkas..ntah-ntah dia ni jawab je tahu padahal tak tahu..
"jom chau" aku hanya mampu berbisik kat  member-member aku. Dalam hati ni tak tenteram. Mampuslah kalau-kalau Dr perasan tu aku yang dok lepak sampai ke subuh. 
Tanpa sepatah kata atau meminta maaf, kami meninggal tempat tu..aku bukan apa, aku takut nanti buka mulut mati mesti dia cam itu student dia..lebih baik aku diam dan berambus cepat-cepat. Tapi ni first time kami lepak sampai subuh kat area tu.  Tupun sebab tunggu member lagi seorang nak datang..Kami memang da plan datang je budak seekor tu kami bla tapi agak terlambat..kena juga subuh-subuh tu..Janganlah dia perasan itu student dia.
Chau jak dari tempat tu cepat-cepat...arghh sudah beg aku ada nama kot..aku risau dia dapat kesan itu aku..sudahlah aku agak famous kat kelasnya..ergg rosak rekod baik ku selama ni..Oh tolonglah aku berharap dr tu esok dia bangun pagi, dia terus lupa kejadian tadi..
Aku harap sem depan aku tak ambik lagi paper dia.. kalau tak, memang terkena aku dalam kelas.

No comments:

Post a Comment