Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, December 11, 2012

Wanita & Perkahwinan Zaman Jahiliah

Hey, ada yang da kahwin or merancang untuk kahwin?
okay soalan yang tak ada kena mengena dengan isu yang aku nak ceritakan..hehehehe
Korang perasan tak zaman sekarang ni macam mundur balik pada zaman Jahiliah..nak tau kenapa? 
Sebab banyak orang zaman sekarang yang buat benda-benda ,acam orang Jahiliah buat dulu..
Jom  baca sat..Tapi aku lebih  fokus kepada isu wanita...
Dulu orang zaman Jahiliah sebelum kerasulan Rasulullah SAW, mereka tak ada peraturan hidup yang tetap, semua berdasar hawa nafsu mereka bak kata orang kita sekarang ni "ikut kepala sendiri" kan...
wanita pada zaman tu dipandang sangat rendah nilainya sebab itulah ada yang tanam anak perempuan hidup-hidup..<----zaman sekarang bukan saja baby girl, baby boy pun ada yang buang & bunuh. Wanita pada zaman Jahiliah hak masyarakat oleh itu wanita menjadi memuas nafsu para lelaki. 
Dah macam tu bebas dan sosial sangat, korang rasa ada perkahwinan tak or main serbu saja?

Hah...ada perkahwinan tapi dalam perkahwinan mereka ni tak ada peraturan or rukun or watever macam perkahwinan dalam Islam.. Antaranya perkahwinan zaman Jahiliah:

1.Biasa---> lelaki mendapatkan kebenaran bapa perempuan. Sama macam kita sekarang, jumpa mak bapa awek dulu baru kahwin cuma bezanya kat sini tak ada mahar dan saksi. Walaupun ada bapa perempuan yang minta bayaran pada zaman itu but bayaran itu tidak dikira sebagai mahar.

2. Istibdha---> Isteri yang baru dikahwini dan bersih dari haid akan dihantar kerumah orang-orang bangsawan untuk disetubuhi kerana mempercayai ia akan menghasilkan baka yang baik, bijak, cerdik dan blalalala...Selepasa tu, baru giliran suami yang sebenar.

3. al-mukhafah---> wanita berkahwin dengan ramai lelaki tapi tak lebih sepuluh. Kalau ada anak, dia akan tentukan siapa bapa baby tu.<---macam pelacur

4. al-Bughaya---> bagi wanita kuat nafsu, pasang sejenis bendera di depan rumahnya. Mana-mana lelaki yang mahu boleh datang kepadanya. Apabila mengandung, wanita tu akan bertemu kahin (bomoh) untuk menilik anak siapa yang dikandungkannya?<----pelacur...bohsia

5. mut'ah---> perkahwinan sementara yang ditetapkan jangka masanya selama mana yang mereka persetujui. Mazhab Syiah anggap ini sah walhal Islam mengharamkannya. Hadis Rasulullah bermaksud:
"Wahai manusia! Saya telah pernah mengizikan kamu kahwin muta'ah. Tetapi sekarang ketahuilah bahawa Allah telah mengharamkan sampai hari kiamat.  <---pernah dengar tak kawin kontrak??

6. Muhallil---> lelaki yang telah menalak tiga isterinya berkahwin dengan lelaki lain. Selepas itu, diceraikan oleh suami barunya untuk membolehkannya berkahwin dengan suami pertamanya. Hadis Rasulullah bermaksud: " Allah melaknat muhallil dan mehallalnya(bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhallahnya"
Dalam bahasa mudah zaman sekarang adalah kawin "Cina Buta".<----sebab yang kahwin dengan bekas isteri itu cina yang buta. hahahaha(gurau) Aku sendiri tak tahu kenapa dinamakan cina buta.

7. Syighar---> pertukaran antara dua prang wali terhadap wanita jagaan masing-masing. Contoh, si A mengkahwinkan wanita jagaannya kepada si B dengan syarat si B mengkahwinkan wanita jagaannya kepada si A.

"Apabila engkau melihat sesuatu yang buruk periksalah pasti datangnya dari wanita' (syair arab Jahiliah)

Betapa rendahnya martabat seorang wanita sehinggakan fungsinya hanya untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata. Bertuahlah wanita zaman sekarang yang tidak lagi dipandang begitu hina seperti pada zaman Jahiliah tetapi sangat sedih bila ada juga wanita yang merendahkan martabat diri sendiri. 

"Disetiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita dibelakangnya"

Kata-kata yang sering kita dengar pada zaman ini..Hal ini menunjukkan wanita sememangnya mendapat tempat dalam masyarakat dan sudah punya peranan yang besar sehingga boleh membantu para lelaki untuk mencapai kejayaa. Wanita kini sudah tahu akan banyak ilmu dan memainkan peranan dalam pelbagai aspek politik, sosial mahupun ekonomi.

Sebagai wanita Islam, mari kita sama-sama menjaga maruah dan agama kita. Jangan lagi para wanita kini menjadi seperti pada zaman Jahiliah...

sekadar hiasan semata-mata
Assalamualaikum...
                                  



No comments:

Post a Comment