Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, November 30, 2012

Aku perlukan Dr.

Aku rasa aku perlukan penasihat dalam soal-soal hati dan perasaan ini.. ermm ntah apa nak jadi dengan aku ni.. aku kasian dengan diri ku.. Orang cakap I'm too good for him.. Someone else yang lebih menghargai aku yang layak bersama ku. 
Tapi aku, aku masih tak boleh leraikan semua perasaan yang aku ada padanya.. Aku suka dia dan aku masih sayang dia macam dulu. Tapi aku tahu yang aku tak mungkin dapat bersamanya macam dulu. Kalau dulu, lagu-lagu yang dia nyanyi hanya untuk aku, mungkin sekarang tidak lagi untuk aku.. Aku rindu suatu ketika dahulu bila dia sering kali bernyanyi untuk ku.. Dia bukanlah artis tapi aku merupakan  DIE HARD FAN dia.. Sejak  mula kenal dia dulu, aku mulai suka lagu-lagu belada Melayu..

Sayangnya sekarang, aku tidak lagi mendengar dendangan lagu darinya untuk aku. Yes, kami masih bersama tapi hubungan kami  bukan seperti dulu.. Saat ini, hubungan kami agak pahit tidak semanis dulu. Sukar untuk ditelan tapi aku mesti terima hakikat aku bukanlah sespecial dulu bagi dia. AND NOW, AKU PERLU SESEORANG YANG BOLEH NAIKKAN SEMANGAT KU DALAM HAL NI... arghh kasian sekali diriku yang tak mampu menghilangkan dia dari otak ku.. Padahal dia mungkin tidak seperti aku yang hari-hari memikirkan tentang dia. AKU RASA INI TIDAK ADIL BAGI DIRIKU. Sometimes...

    

Dugaan Hidup


Perjuangan semalam

Aku masih terasa diriku mabuk akibat kejadian malam tadi..
........
"wei korang kat mana, kami da sampai ni?" pesan seorang sahabat arghh awal jugak dorang ni pergi..aku tak siap lagi..dua orang member kat bilik ni pun belum siap lagi, masih lagi minum petang walaupun sekarang da nak masuk isyak..

"kejap kami tengah tunggu bas" na selamba saja aku mesej cam tu.. beres jak reply mesej dia..aku gerak untuk mandi dan solat magrib..bayangkan betapa geramnya member tu bila dia tahu aku tipu dia..hahahaha selambanya kami datang dua jam kemudian
..............
Sampai kat tempat biasa..marah gila member tu atau dalam bahasa kami "batchat", dengan muka yang agak comel ni kemarahanya mampu diredakan...ahak..(kalau dia baca ni mesti termuntah ni dia).
.............
Dengan buku yang tebal dan hampir menutupi muka ku, perpustakawan tu aku perasan dia senyum dari jauh..arghh aku tak mampu nak balas senyumannya akibat buku yang begitu menyeksa aku masa tu.. Siap da scan semua, dia senyum lagi dan kali ini aku balas dengan senyuman yang dikategorikan oleh member-memberku sebagai "seyuman kucing"..
...........
Aku agak mengantuk malam tu, mungkin aku penat sebab da beberapa hari tidur lewat dan bangun awal. Setin NESCAFE ORIGINAL tin 240ml masih tidak mampu menghilangkan rasa mengantuk..Aku tambah lagi dengan 100plus setin..Malam-malam buta itu juga aku buat macam-macam benda..aku menari lagi untuk menghilang rasa mengantuk..siap lawan boxing dengan member (agak ganas tapi itulah hakikatnya)
da berpeluh-peluh, aku jadi segar, barulah aku dapat memulakan kerja-kerja yang buat selama seminggu ni..


.

Aku penat, da subuh tapi kerja tak siap lagi...Hal yang paling mencabar diri ku semalam, apabila laptop aku hang..aku tak save lagi kerja-kerja yang buat..aku da buat da nak masuk muka surat ke 10 tiba-tiba laptop tak dapat bagi respon..arhh betapa diri ini terasa setengah mati. Aku takut jika kerja-kerja aku tu hilang...Aku tak sanggup berjaga tuk hari keduanya.. Nasib baik dalam beberapa minit kemudian my LP ok..lega selega-leganya..Tak sangka aku pun hang sama macam LP aku. di library 24hours tu jugalah aku jatuh pengsan berbatalkan buku-buku... argg letih seletihnya..aku sudah tidak peduli student lain memerhatikan aku..yang penting saat itu juga aku ingin lelapkan mata sebentar walau hanya untuk lima minit.. Member-member ku ikut cemas bila Lp aku hang..yang aku jatuh terentang keletihan malah ditertawakan...
  

USM agak sunyi, hanya beberapa orang saja yang berada dalam library tu dan kebanyakkan student Cina yang masih tak balik lagi.. Kami da menyerah kalah akibat keletihan semalaman tak tidur wat kerja..akhirnya kerja ku siap 90%..tinggal mengemaskini dan check ejaan, teknikal dan blabla la..
............
Habis je solat subuh..aku pengsan buat kali kedua..sedar-sedar terasa sangat mabuk dan rasa nak muntah..






Wednesday, November 28, 2012

Minggu ber'stres V^V!

Hai guys..

ermm lately ni agak busy dengan assignment..nak sambung cerita sal Yui & Chiaki tapi tak da masa banyak..ni pun curi-curi masa buat assignment sebentar.. argg minggu ni agak stress.. da la nak present next week, assignment sejarah ekonomi Malaysia juga kena submit on the same day.. Stress aku! Tak tahu nak fokus mana dulu, presentation or assignment..

..aku ada banyak cerita ni nak kongsi..
Peace...with love^^!

Assalamualaikum

Monday, November 26, 2012

You & I Both Part 1


"Kring~Kring~Kring~Kring~~~~" Mimpi ku dapat boyfriend yang hot terhenti akibat alarm yang aku set semalam. "5 minit lagi aku bangun okay" sambil mematikan alarm pada handphone Blackberry bold 9900 ku.. Agak lucu bila smartphone guna alarm macam jam loceng tapi apa aku kisah kan? Handphone aku, so lantak akulah nak pakai ringtone camna.
...........................................
First day turun keja ni aku bangun awal maklumlah hari pertama kerja kena tunjukkan sikap yang baik barulah orang tak label aku macam-macam. Berakhir sudah zaman kegemilangan ku bangun lewat kerana mulai hari ini aku akan bangun awal. Tapi aku masih tak punya uniform kerja so terpaksa pakai baju putih polos. Erggh aku tak suka baju ni, langsung tak ada design, aku kenakan dengan skirt hitam paras lutut dan pakai kasut tertutup tanpa tumit juga warna hitam. Arghh gaya apa yang aku peragakan ni? Dahi ku mula berkerut, rambut ku yang lurus paras bahu masih basah, aku biarkan terhampar dan dibuai angin pagi. Tanpa sebarang make up aku mendapatkan teksi. 
............................................
7:45 am pintu masuk belakang da terbuka, semua staf superstore lengkap dengan uniform dengan pelbagai gaya rambut dan make up masuk ke dalam satu per satu diirngi dengan omong-omong kosong yang keluar dari mulut mereka. Aku pula hanya tercengat dan melihat dari sebelah bangunan, aku tahu aku perlu masuk segera sebelum 8:00am tapi satu perasaan yang agak ganjil mula menyelubuhi ku. Mungkin aku takut, mungkin aku malu, mungkin aku segan sebab hari ini aku akan bergelar staff baru kat superstore yang merupakan antara yang popular di pekan kecik tanah kelahiran ku, Semporna.

"Hai" aku tersentak dengan sapaan seorang budak lelaki yang agak hot di mata ku yang tengah punch card dia kat mesin puch card. hahahaha buat aku fikir kali kedua hot ke? Tapi kalau dibandingkan dengan staff-staff lelaki yang sempat aku stalked dari jauh sebentar tadi, sah memang dialah paling dan banyak cakap.
Aku tak membalas sapaannya, aku hanya melemparkan senyuman ku paling manis dengan menunjukkan dimples ku di sebelah kanan, hahahaha adakah dimples ku ini mampu mengugatnya? mengarut lagi otak aku masa tu.

"Tolong bagi laluan untuk Yui, dia geng aku" katanya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
Aku hanya mampu tersenyum tapi dalam hati aku da nak pecah gelak, bila masa pula aku jadi geng dia, aku kenal dia pun tidak. Arghh whateverlah at least dia hot and one more thing, bau baju dia tersangatlah wangi. Tenang jer masa lalu kat tepi dia, wangi giler kot.
.................................................
Kerja aku taklah susah sangat, kerja sebagai cashier walaupun mudah tapi berisiko. Hari pertama ni aku tak pegang kaunter lagi, aku hanya packing barang tolong cashier lain. 

"Chiaki kirim salam kat kau" staff yang lalu kat kaunter tu bagi tahu aku dengan mukanya yang agak seronok menyampaikan salam untuk aku. Aku pelik dan syak, mereka ni mahu main-miankan akukah? Hatiku jadi tak tentu asyik tanya siapa dalang yang menyebabkan ada saja nama orang yang sama aku dengar sampaikan salam kat aku. 

"Chiaki tu budak ICC yang selalu stay kat stor dan pakai spek, dialah lelaki paling hensem kat superstore ni" staff bernama idah yang bertubuh agak kurus dan hitam manis ini tak pasal-pasal beritahu aku. Padahal aku tak tanya dia pun. 
"oo yaka?" hanya ayat ni yang keluar dari mulut ku dengan muka yang agak bodoh buat-buat tak mahu tahu langsung, takut nanti aku tanya over-over sal budak tu, hah tersebar satu superstore aku suka dia pula.  

Kebetulan pula masa ni budak tu on his way ke office tingkat satu.
"Chiaki!"  Adui kakak ni jerit nama dia, apa lagi, dia pun menoleh ah dengan anak matanya yang tepat     
memandang ke arahku dengan muka yang agak blur.
"Dialah Chiaki yang kirim salam kat kau" arhh kakak serius bagitahu depan-depan pula, aku yang malu jadinya. Aku jadi nervous dan secara tak sengaja aku terjeling maut kat dia. Argg sudah!
"Eeee" dahinya berkerut, dengan mimik muka yang tak suka dengan tindakan ku, satu perkataan yang keluar darinya agak menyakitkan hati aku. Apa yang dia Eeeekan? aku tak sengajalah jeling kau sebab aku nervous time tu.

Aku baru jak nak kenal-kenal and rapat dengan dia, rosak plan ku. Apa aku nak buat sekarang ni? Aku minat dialah kebetulan pagi tadi mimpi dapat BF hot, aku fikir mimpi ku kali ni bakal jadi kenyataan tapi satu jelingan dari aku tadi merosakkan plan ku untuk berbfkan jejaka hot. Patutkah aku plan strategik baru untuk rapat dengan dia. Apa aku patut buat? Aku rasa aku suka mamat tu sebab aku nervous bila nampak kelibatnya... Sepanjang hari dia lalu lalang kat depan aku, dia tak senyum, tiada lagi kata salam yang disampaikan kepada ku..erghh jadi stress pula aku oleh mamat ni. 

                        

*Coretan ini rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg da mati atau yang masih hidup. Peace Yo


Sunday, November 25, 2012

Dia pergi...


Langkah ku semakin pantas, jam di tangan kiriku menunjukkan sudah 7:50 pm..

"arg sempatkah aku jumpa dia, please let me see him tonight" monolog ku dalam hati..
Kalau aku tak lari mesti aku tak sempat nak jumpa dia, aku sudah tidak peduli orang awam yang memandang ku bagaikan dalam track lari pecut, aku ingin menang. Tapi kali ini bukan berlumba lari, bukan kejar penyamun or apa-apa yang sama waktu dengannya.. Pecutan ku semakin laju, jantung ku berdenyut kencang. Aku mesti juga jumpa dia malam ni.
....................................
"mana dia ni, aku mesti jumpa dia..aku mesti.." kata-kata yang terkuar dari mulut sambil anak mata ku meliar ke sana sini cuba mencari kelibatnya..Satu sosok tubuh di tempat duduk paling hadapan stesen bas itu persis dia, aku dekatinya dan ya itu memang dia..syurkurlah dia masih belum bertolak lagi..

Satu senyuman yang amat manis dilemparkan dan aku tahu senyuman itu khas untuk aku. Erghh badan ku agak berpeluh make up ku da comot, ntah apa-apa da rupa aku tapi aku tak peduli sebab yang penting aku dapat jumpa dia malam ni.
 Aku duduk ditepinya dengan nafas yang tercungap-cungap, dia pula seperti mengeluarkan sesuatu dari poketnya..ahak adakah dia akan propose aku malam ni?!!

"na, lap peluh tu" ergg mengarutlah aku..sapu tangan dia hulurkan kepada ku, mungkin dia tahu aku tergesa-gesa datang takut terlepas nak jumpa dia.
........

"Perhatian, bas Dyana SBH 2376, Semporna-Kota kinabalu akan bertolak sebentar lagi, diminta semua penumpang untuk masuk ke dalam bas, terima kasih" Argggh aku tak sempat nak rilek bas da nak bertolak, aku tak puas lagi nak tatap wajahnya..

"bas maw bertolak sudah ni" katanya sambil merenung tepat ke mata ku.
"ala kejap lagilah, sayang baru sampai, abg da nak jalan pula. Sabar dulu, bagi orang lain masuk bas dulu, abang naik la belakang sekali" pujuk ku dengan muka yang amat masam sekali pernah aku buat. Aku bukan apa, aku nak cakap banyak benda kat dia..
"ok sayang" satu jawapan yang mampu membuatkan muka ku tersenyum manis.
  Semua penumpang hampir da nak habis naik bas tapi aku pula masih tak mahu melepaskannya. Pembantu bas tak habis-habis menjerit minta semua penumpang naik..Persetankanlah dia nak jerit apa pun sebab aku tak habis cakap lagi dengan kekasih hatiku.
Tapi dia pula jadi tak ketentuan, beg digalasnya dengan kemas dan berdiri sambil mengajak ku untuk bergerak sama, mungkin dia  takut bas kan meninggalkannya.

"Abang naik dululah, bas da nak jalan tu, sayang jaga diri taw"
"Ala.. kejap lagilah" pujuk ku lagi
"bas da nak jalan tu, nanti kita jumpa lagilah" gilirannya cuba membuatkan aku paham keadaannya tapi aku..arghh masih tak sanggup nak lepaskan dia.
"yala, sampai sana jangan lupa mesej taw" akhirnya aku mengalah dengan pujukannya.
 Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Aku dengan berani pada waktu itu menunjuk ke arah dahi ku..Aku tahu dia paham maksud aku...dan satu kucupan singgah ke dahiku.


Suasana yang riuh rendah dengan pelbagai ragam manusia menjadi sunyi sepi seketika bagi ku...Aku speechless seketika, aku tidak dapat memandang matanya mungkin aku malu sebab ini kali pertama dia memberi kucupan kepadaku..
........................................
Aku masih berdiri disitu memerhati tingkahnya menaiki bas, ku lihat dia memberikan tiket kepada pembantu bas yang kecoh itu dan mengambil tempat duduk sebelah tingkap. Aku pula masih tercengat di stesen bas tersebut dengan air mata yang mengalir di pipi ku.Aku berdoa agar dia selamat pergi dan kembali kepada ku dengan segera..
.......................................

"baby i'm so lonely, lonely, lonely, lonely...~~~" lamunan ku terhenti oleh getaran handphone yang berada dalam poket sebelah kanan jeans skinny ku...aku mengelap air mataku dan membuka inbox ku..

"Abang sayangkan sayang sangat-sangat, jaga diri juga k, jangan nakal-nakal :)"

argg satu pesanan yang semakin menderaskan aliran air mata ku ke pipi. Aku pelik kenapa aku air mata ku mengalir semakin deras seperti air terjun. Mungkinkah aku terharu, mungkinkah aku sedih dia pergi..
"Aku sayangkan kau" luah hati kecil ku yang makin sebak dengan pemergiannya..

Aku menoleh semula ingin melihatnya tapi bas semakin jauh meninggalkan aku. Dia pergi...


*Coretan ini rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yg da mati atau yang masih hidup. Peace Yo


Kursus Asas Menyelamat bersama JPAM

Hello guys,
Rasa lama plak xbuka and update kat blog ni padahal baru 3 hari 2 malam jer tinggal, hehehehe argh aku rindu sekali dengan blog n korang semua..Opss tak ketinggalan USM kesayangan ku, aku rindu ergg rindu bilik, katil, bantal, selimut blalalalalal~~~ mengarut lebih..
Tak sia-sia 3 hari 2 malam aku join kursus ni under JPAM, memang best giler..dapat belajar banyak benda..jeng jeng jeng.... aku da tau cara nak buat CPR guys..hehehe motif sangat kan??

 Ala bukan tu jak bha, aku pun da pandai makin pandai kawat kaki walaupun da bertahun-tahun aku tinggalkan sejak PLKN tahun 2009..ada lagi, dapat belajar pelbagai jenis kecederaan, medication (see xmasuk medic pun dapat study medication, untunglah aku) tentang kebakaran, usungan, cara ikat tali yang betul.

Ha jangan main-main taw, nak selamatkan orang if teknik salah boleh membawa maut taw.teknik ikat tali kena betul, bawa mangsa kena betul, rawat kecederaan kena betul, nak bagi CPR pun kena ada teknik yang betul, bukan main tekan jer kat dada and bagi hembusan lips to lips..semua ada teknik taw..yang tak ada asas keselamatan tu jangan dok pandai-pandai nak selamatkan mangsa kalau tak taw caranya sebab jurulatih cakap nanti mangsa tu makin parah..huhuhuhu so kena taw la ilmu-ilmu menyelamat ni kalau nak selamatkan mangsa..tak kisahlah mangsa apa, mangsa kebakaran ke, kemalangan ke dll...

Pokoknya best bangat kursus ni, dapat study banyak benda baru and dapat ramai kawan^^! Peace guys, t aku cerita lagi, penat sesangat maklumlah baru sampai bilik terus update blog. Sekarang nak rehat dulu.. btw bagi yg tinggal jejak tu, aku da follow^^!



Assalamualaikum^^!

Friday, November 23, 2012

Pergi 3 hari 2 malam.

Selamat menunaikan solat jumaat semua...pstttsss specially budak lelaki, jangan ponteng solat jumaat..

Aku sedikit bimbang, petang ni dalam jam 3 kami akan bertolak mengikut kursus asas menyelamat. Aku bimbang akibat cerita-cerita yang disumbat oleh rakan-rakan ku yang telah join kursus ni semestar lalu. Mereka asyik perli aku jak, tahulah aku ni kinda puteri lilin, sikit berpanas kat matahari, mulalah muka ku berubah kepada sesuatu yang mungkin tidak dapat kamu bayangkan..ahaks da over plak kan..Tapi hakikatnya memang macam tu, tiap kali berpanas mesti meradang muka aku ni. Ingatkah entry aku tentang bola jaring kat UUM tu...erggg aku takut berlaku lagi. Susah payah aku merawat keradangan muka aku ni. Tapi aku mesti buktikan aku akan berjaya lepasi kursus tu. Aku bukan nak sangat tapi ni projek pertama member aku, sebagai seorang sahabat aku mesti sokong dan sertai projek dia. lagipun kursus ni free, kalau orang luar yang datang join kena bayar RM400 tau.. so kenalah ambik peluang yang ada. Diiktiraf pula tu nanti jadi ahli JPAM.

 Persetankanlah, sebab kali ni aku tak akan lupa membawa first aid ku sendiri..terutamanya "calamine lotion" benda ni lah yang mampu menyembuhkan muka aku yang bila teruk berpanas dia akan bengkak n kemerahan..Aku tak tahulah, sensetif sangat da muka aku sejak stay kat semenanjung ni..kali pertama muka aku meradang teruk masa jejalan kat KL. Erggg rasa tak nak ingat moment tu..then UUM aritu..harap-harap da buat preparation ni, muka ku tak lah meradang kali ni. Sebab member aku seorang tu cakap dalam kursus ni ada kawat kaki segala dan aktiviti kat panas-panas, dalam dewan jak bila malam tapi bilik ada penghawa dingin. Apakah sesuatu yang menyeronokkan bilik berhawa dingin? arghh pedulilah, aku perna PLKN setakat kawat kaki tu aku boleh tapi aku takut panas. Kalau dulu aku tak kisah sangat muka naik radang maklumlah tak fikir sangat soal personaliti. Member aku siap perli lagi

"na kuarkanlah semangat PLKN mu tu, ahahahahah, adalah ni balik USM dengan muka yang sunburn lagi"

Rasa nak tumbuk muka dia. tapikan aku lebih baik perna kawat sebab ada member aku ni xpernah kawat, hahaha mesti lucu ni..kalau ada handy cam rasa nak rakam jak nanti. Mana tahu nanti dia kawat macam robot.kakakakakaka...*sakit perut gelak..

Aku sebenarnya suka aktiviti lasak tapi sejak horman kewanitaan ku ni meningkat, minat aku ke arah tu semakin kurang. Aku tak paham, aku suka ganas-ganas ni, hiking, flying fox, marathon, camping, dan yang sama waktu dengannya. Adakah sebab sekarang ni member aku da tak ada yang ganas-ganas, maksud aku sekarang ni member-member aku kat sini budak-budak baik perangainya and tidak kearah mcm yang cakap tadi. Kalau kat kampung memang ganaslah, maklumlah budak kampung semua lasak-lasak.

ergg da banyak pula yang aku bebel ni,

bha kita jumpa lagi selepas 3 Hari 2 Malam


Lots of love.Peace ^V^!..Assalammualaikum.

Thursday, November 22, 2012

What I and You can do?


Assalammulaikum...

Untukmu Gaza.

Poster-poster ini sudah cukup untuk dijadikan penjelasan. Tidak perlulah aku menaip dan berkata-kata panjang lebar.








Assalammualaikum...


Tuesday, November 20, 2012

Agama ku Islam


Ya agama ku Islam dan aku tidak mengiktiraf agama selain daripada agama ku..Tapi bukan bermaksud aku tak hormat agama orang lain. Konsep "iktiraf" itu perlu difahami..Sesungguhnya kita mengucap dua kalimah syahadah pengakuan bahawa yang diwajib disembah itu Allah dan Rasulullah itu pesuruhNya. Mana boleh kita sebagai umat Islam mengiktiraf agama lain sedang kita yakin akan ketauhidan Allah swt itu. 
Istilah iktiraf itu bermaksud kita menerima Tuhan dan sesuatu agama sebagai yang benar sedangkan agama yang benar itu hanya Islam. Begitu juga bagi agama lain, mereka menganggap agama mereka itu benar jadi bagaimana mungkin mereka mengiktiraf agama dan Tuhan ku?Mengiktiraf Tuhan selain daripada Allah itu sesungguhnya perbuatan yang menyekutukan Allah..Aku tidak iktiraf Tuhan selain daripada Allah tapi aku hormat agama orang lain. Aku hormat sebagaimana dan selama mana mereka menghormati agama ku.. Aku tidaklah alim sangat, tahap keimanan ku hanya Allah swt yang tahu. Kita hanya manusia biasa yang kadang kala alpa. Marilah kita saling ingat mengingatkan. Dakwah itu bukan kerja para ulama saja tapi tanggungjawab semua muslim. 

Monday, November 19, 2012

Pray For Gaza




Siapalah kita? 
Apalah kuasa yang kita ada?
Bagaimana kita hendak bantu saudara seIslam kita nun jauh di sana tertindas dan terbunuh?
Orang tua, anak kecil, wanita, para pemuda menjadi mangsa tembakan dan pengeboman disana..

Aku juga manusiaa biasa yang tidak punya apa-apa mahupun maampu melakukan sesuatu yang bisa mengubah nasib saudara kita di sana..Tapi sebagai umat Islam, hamba Allah yang hina, aku yakin kita semua mampu menadah tangan kepada-Nya memohon agar diberi perlindungan kepada saudara kita disana..
 Mungkin ada yang masih tidak sedar mahupun tidak ambil peduli akan persekitaran diluarnya, namun sekurang-kurangnya kita perlu ambil tahu sedikit sebanyak perihal saudara seagama dengan kita di luar sana.. Walaupun kita tidak punya kuasa besar membantu mereka tapi kita masih ada Allah tempat kita memohon..Tolong, aku merayu kepada semua marilah kita berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Gaza. 
Dalam mana-mana agama sekalipun, tiada yang mengajar atau membawa kepada keganasan dan keburukan.  Lets pray for Gaza. 

Sunday, November 18, 2012

Luahan si anak angkat

Assalamualaikum,

Hi guys, entry ni true story and its happen to myself. I'm not sure about other yang jadi adopt daughter or son but to me its kinda big dilemma to myself. Rasanya semua orang pun tahu apa anak angkat tu kan, if ada tak tahu na tanya saja dengan sapa-sapa yang ada kat situ.hehehehehe..xpn tya abg google..huhuhu^^!

Back to my story as adopt daughter, actually I've been adopt since i was baby. Sejak kecil lagi arwah nenek selalu bagitau yang aku ni anak angkat, arwah siap gtaw gie sapa family aku yang sebenar.. tak jauh pun, mak kandung aku tu adik beradik dengan mak aku. So kiranya stastus aq sebenarnya hanyalah anak buah kepada mak aq but memandangkan dipelihara sejak baby, aku da biasa gelar mak n papang, kakak n abg dengan family angkat aku. Aku anak bongsu dalam family ni mcm biasa anak bongsu mesti manja kan. and yes dalam family angkat ni aku memang manja, biasanya apa aku nak, aku mesti dapat. Parents aku sayang sgt kat aku mcm anak sendiri. Sometimes aku terfikir jugalah kakak n abg aku ni tak jeles ka? 
Budak nakal
kan..kan..kan.. But drg tak jeles taw malah drg lagi yang manjakan aku. Parents aku crita masa aku baby, satu gigitan nyamuk pun xboleh hinggap kat aku. betapa besarnya kasih syg mereka kat aku. Maklum la drg da xda adik, semua da besar2. 


Aku selalu la juga jumpa parents kandung aku cuma skrg da tak la selalu sebab aku da study jauh2. 

Masa kecik dulu bapa kandung aku tu asal nampak aku trus tangkap aku and kiss aq. "eeuuiii"<-----nilah reaksi aq kdg2 smpai menangis tapi org kampung tgok, mereka gelak kat aq n ckp "tu bapa ko la" tapi aku budak lagi masa tu, apa lagi asal nampak Beliau trus lari lintang pukang. Dalam aku umo 5 thun Semua dok ckp yg aku ni anak dbuanglah, anak dipungutlah di tong sampah, aku djumpalah d jambatan...n mcm2 lagi..benda-benda cam ni lawpun aq masa kecik tapi aq smpai skrg masih tak ble lupa. Aku selalu juga main ngan adik beradik kandung aku tu, kan drg tu ramai so banyak kawan. Dalam family kandg tu aq anak ke 6, ada adik 4 n 2 akak n 3 abg. Ramaikan, sebab tu la dulu aku selalu curi2 dtg rumah laut(rumah family kandung aq) main kat sana. Kat rumah darat (rumah family angkat) cuma aq seorg jak budak bosan.. Kakak Ana (kakak 1st dlm family angkat) selalu marah aku sebab dy ckp nanti jatuh kat jambatan la, swuh kita tido siang la, panaslah n blalalala..Aku nakal sgt n sampai satu tahap akak aq tak tahan dy terckp "balik la mak mu sana, jgn balik2 lagi" org da panas msti ckp bukan2. Aku apa lagi merajuk lah..tapi akak aku ni sekali tu jak kot tercakap camtu...ermm dialah yg paling jaga aku dri kecik smpai besar camni..apa jak aq minta kat dia, nak apa la, beli apalah, dia mesti usaha bagi aq.Dia tak pernah berkira ngan aku..asala ada duit, dia akan bagi apa jak..sama la mcm kakak aku yg kedua(kak imang) n ketiga (kak faezah)..law abg sulong (abg san) jangan ckplah..taw bagi harapan jak tapi jarg yg dy tunaikan..

Papang (bapa angkat) aku pula syg sgt kat aku, masa kecik aku slalu jauh dri dia sebab dia keja jauh, tapi bila dia balik umah rasa mcm heaven..Pegi skola, Beliau sediakan air panas tuk mandi, bekfast n sterika baju aku..sampailah aq form 6..but baju aq iron sndiri da..tiap kali balik skola, mesti da ada makanan kat meja..tapi masakan papang kadang tak sedap trus aq wat alasan kenyg lah apala...tpi dy pandai masak makanan kegemaran aku..minta jak nak makan apa, sok lusa dy twun pekan beli barg n adalah sudah tu dy masak makanan kegemaran ku..aq suka papang aq masak bubur ayam, sup n kacg hijau.Aku luang banyak masa dengan papang aku kat rumah, cerita mcm2 kat dia n Beliau selalu nasihat sal kehidupan. Papng aku ni antara org yang pentingkan pendidiakan. Sebab tu la aku law aku ponteng, mesti dia marah. My mom pula ermm bz ngan jualannya...masa mula masuk U, hari2 oo kena kol.. they are too protective..but now da besa aq jauh..ok da.. 

Aku happy tapi aku juga dalam dilemma
Yes aq memang happy but aku dari dulu sampai dalam dilema. walaupn aku taw sapa family kandung aq but bukan mudah bagi ku untuk mengelar mereka mak n bapa.. aku bingung nak gelar mereka apa..waktu kecik dulu boleh la panggil "makcik" "pakscik" tapi now da kekok bab da taw hal sebenar...tiap kali jumpa mereka, aku sometimes hanya say "hi" "smile" "salam" n bla.. tak banyak yang aku dapat wat..aku tak taw how i supposed to treat them...Sejak kecik aq jauh dri kehidupan mereka..maksud aq yala lain rumah, jarang communicate, so mcm na la maw show kat drg yg aku ni sedar mereka tu family aku. memanglah dulu masa aku tak matang aku ada juga rasa xsuka kat drg sebab tak pedulikan aku, aku sakit ka, apakah..but now, aku da paham n cuba dekatkan diri dengan drg. Aku pena curi2 tido rumah laut..makan kat sana just to make myself close to them specially my parents..tapi sampai skrg perkataan "mak" n "bapa" tu sukar untuk aq katakan. Aku risau, takut nanti family yg jaga n syg aq selama ni kecik hati kat aku n aggap aku lupakan drg.. Aku tak tawlah mcm na maw bahagikan kasih syg ku tuk dua family ni.. 

Aku mahu berbakti kepada parents kandung aq juga dan bahagiakan parents yg jga aq selama ni..."syurga kat bawah telapak kaki ibu" aku takut jadi anak durhaka but aq tak taw mcm na..aq da usaha nak rapatkan diri kat drg. sometimes aq rasa jauh sngat dri ini dri dorang n susah nak rapat..tambah2 lagi aku ni bukan jenis yg pandai muka2 n bodek2 org supaya suka kat aku.. Kadang duduk ngan parents kadung, mereka tanya sepatah aq jawab sepatah, maw communicate pun susah.. ntahlah mcm na..umur aq da 21 but aq masih tak berjaya nak ckp "mak" "bapa" kat drg..berat sgt mulut ni....rasa nak tampar jak..Aku makin dilemma lagi bila family yg syg aq selama ni slalu ingatkan aq jgn lupakan org yg da jaga aku sejak baby. Aku tak tawlah nak ckp apa, aku nak luang masa kat family kandung, family yg satu lagi merajuk pula..arghh tension..sebab tu la aq sampai sekrg masih xdpt nak ckp "aq syg mak n bapa n adik beradik yg lain" kat family kandung aku..lagi pula hati aku ni hampir sepenuhnya syg kat family yg satu lagi..apa tak nya..merekalah yg manjakan, syg, jaga aq sejak baby, bagi aq pendidikan sempurna smapi ke menara gading ni n mcm2 lagi. Aku taw aq bertuah dapat family yg syg giler kat aq tapi aku kadang-kadang rasa tersekat antara dua family ni..Family angkat aq ni terlalu sygkan aq smpai takut kehilangan aq, takut aq berpaling arah ke family kandung and lupakan mereka but they are also my family lawpun aq kurang kasih syg dri mereka sejak kecik but who's know mungkin dorang pn syg kat aq cuma keadaan yg tak mengizinkan..


Aku cuma mampu mendoakan kebahagia ibu bapa ku.. Insyaallah aku akan cuba lagi untuk meluahkan yang aku juga syg akan mereka. Ya Allah, semago lidahku mudah untuk meluahkannya, semoga family aku paham keadaan ku. semoga merka memberi aku ruang untuk berbakti kepada ibu bapa ku.. Ya Allah, semoga terbuka pintu hati mereka memahami apa yang aku kehendaki.

Saturday, November 17, 2012

Istanbul Aku Datang, Best?

My girlfriends mati-mati set date maw p tgok ni cerita..me pun curious la best sangat ka cerita tu?
We kinda busy this moment, paham2 saja la, member yg seorang pegi kem SUKSIS, yang kami bertiga tinggal kat desa ni lain lagi busy wat asegment lain lagi ada program SUKIPT g UUM tu... And finally setelah setel semua program2 tu (ops esegment xsiap lagi kot), dapat la kami kuar lepak. Kami da lama plan nak tengok crita ni cuma keadaan yang tak mengizinkan. Boleh dikatakan kami agak "ketinggalanlah" maw tgok cerita ni, majoriti budak2 kampus ni da tengok....but its okay as long as we watch it. :)


Kita orang datang lambat terpaksa ambik 8.10pm, huhuhu xdapat harga student ^^!


Lisa pegang watak Dian dalam cerita ni k kita crita sikit ^^, Dian ni da lama kapel ngan Azad (Tomok) sejak kat bangku skola lagi. Azad sambung study kat Istanbul, budak medic la katakan. And Dian tak nak tunggu lama2, 6-7 tahun kot xlarat Dian nak tggu. So Dian made decision to leave Malaysia n come to Istanbul^^!

Serious, kami berempat bising kot dalam cinema tu, hahaha bukan apa cuma rasa lucu sangat tengok tomok kat dalam movie ni but Lisa, wah we like u Lisa!!!saranghae! 


Dian datang ke Istanbul dengan harapan Azad akan propose dia kat sana but apa yang berlaku tak seperti yang Dian plan. Dian kena tipu and dapat housemate lelaki, Haris (Beto).Hahaha memang luculah hubungan dorang ni..geli jak hati maw ketawa bha.


Ermm dalam lucu-lucu kisah drg ni, sedih jugak la bila Azad salah sangka dengan hubugan Dian n Haris. Haris rasa kasihan kat Dian n nak tolong Dian tolong jelaskan kat Azad yang Dian kena tipu n terpaksa tinggal serumah ngan dia akibat xda duit nak pindah lagi. Haris pertahankan Dian sampai bertumbuk ngan Azad dan tiba-tiba wah!! Melis, kekasih Azad dtg rumah Azad n Dian pun dapat tawlah yang Azad curang kat dia. Sedih sesangat rupa-rupanya Azad curang. 


Sebelum Dian nak balik Malaysia, untuk pertama kalinya Haris ajak Dian date (berdua tu kira date la kan,hehehehe) Pada malam tu juga Azad dtg ke apartment Dian n propose Dian. Finally perkara yg selama ini Dian harapkan berlaku tapi timing ndak ngam, Dian da mcm ada feel kat Haris. Last2 Dian pilih Haris and kawin ngan Haris^^!Happy ending.

*Andai ko rasa apa yang aku rasa.....Bila dua hati sudah sebati, memang sukar untuk dileraikan.

Dressing Lisa comel sangat, watak dia pun sangat2 la adorable kn guys^^!




If korang ada masa pegi la tgok "Istanbul Aku Datang", serious best giler^^!
Assalamualaikum.










Thursday, November 15, 2012

Sukan IPT Siswa Siswi Sabah (SUKIPT) 2012


13/11/2012 (selasa)
PERSIS USM, take pic dulu sebelum bertolak

Sukan-sukan antara persatuan sabahan peringkat universiti telah diadakan bertempat di UUM, kedah. Banyak juga U yang join, 10 universiti kot antaranya U kesygan ku USM dan U yang lain seperti UUM sendiri, UPSI, UTM, UMT, UPM, UKM, UM, UniMAP, UiTM Shah Alam. Dalam banyak2 U yang join ni aku hanya dapt jejak kawan aq dua orang jak kot, student UUM n UM. Best la jugak dapat jumpa dorang but sedihnya ndak ada plak take pic ma drg berdua....
Acara yang dipertandingkan anataranya Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar ketegori perempuan dan lelaki.
I tell u the truth here, aku sebenarnya baru kali ni join 100% aktiviti with Persatuan siswa-siswi Sabah USM (PERSIS). Sebelum ni aku malas tapi kali ni memandangkan aku ada masalah aq maw diri ku sibuk supaya aku dapat hilangkan stres akibat masalah peribadi yang aq hadapi. Thanks PERSIS bagi ruang untuk aq join program ni. Walaupun hanya beberapa hari, hilang juga lah stres ku sedikit sebanyak. Aku sedar yang aku banyak kawan-kawan Sabahan di USM ni n yang sebenarnya gila-gila juga mcm aq..sporting giler bha. Ermm tapi bila da balik kampus, balik la plak fikir masalah2 ku. arghhh...kena pegi jogging setiap petang dan buat mcm2 aktiviti with my friends so I can forget my problems with YOU! (sapa2 la yg terasa)
So, here our pictures masa kat UUM bertanding..
Pgi tu putih2 lagi semua kami...hahahaha 
Pemain no.3, me paling hujung tudung biru.
Panas kot pagi tu...fuh silau tapi buka mata jer take pic

First Match
Play gurlz!
Take pic dulu before game.
wajah2 menang bha tu

Guard sampai pengsan bha


Menang banyak kali, Peace ^^!
Center terbaik kami!
Tapi disini ada yg xkena...nampak ka?


Random Netball game

c Q melompat juga bha sama payung2nya..hahha

Manang tatap manang tapi 100plus jangan lepas..hahahaha



Masuk Final bha kami.




Moment bikin terharu..sabar guys..kita mesti kuat. Kita taw kita hebat. GO girls!
Penyorak bola jaring..AKA pemain bala tampar n along kat situ pemain futsal  paling banyak peminat.hehehehe awal2 dtg trus ada yg maw take pic ma dy bha.

Valley Ball, PERSIS USM
Tu dia get ready sudah, kaki kuda2 man!

My ball knok katanya!

Ball YDP PERSIS, take1

Take 2!

Kill the ball!
Point man!
Serve kasi masuk!

C Q juga la paling manang!^^

Alamak, serve out kalik..nevermind guys!
Random match
Woman category, PERSIS USM
kill kasi pengsan org sebelah..hahhaha(jahat bah)
   
na malawan kamu

Futsal , PERSIS USM
Go Adnin!
Hazimi (baju hitam) budak kelate pun join kita bha!
Dexter, Manager kami bha tu..cumil kan

Random2 knok kata c kawan dalam group PERSIS
Malam perasmian penutupan SUKIPT




Dancing "I am for You"




BYE alls..jumpa tahun depan


Thank you guys for the support, we win as a family. Biarpun banyak antara kita tercedera malah hati pun cedera juga akibat hal2 yg kita tak terfikir akan terjadi tapi kita tetap sabar.. we go to as a team but we come back as a family. Realize yang aku boleh masuk n bercampur gaul ngan kamu semua walaupun sebelum ni ada konflik2 sikit..heheh tau2 jak la aq orgnya agak berterus terang... Progarm ini wat kita kenal hati budi antara satu sama lain..di sinilah kita ketawa bersama managis bersama oppss accept me (hati keras la knok kan) tapi serious aku terharu ma kamu semua. Xsangka aku boleh jadi begitu rapat ma family PERSIS. ni kali la..bekawan sudah kita semua..moga hubangan yang terjalin berpanjangan.. Semoga PERSIS trus bahagia dan bersatu kita teguh! *lupa plak, na aq sedih ni sangat2 sebab muka ku sunburn, bebelang bha..kuar jerawat yg lama sudah ndak pandai timbul.,,gurls yang lain mesti bebelang juak kn, untung la budak futsal main dalam dewan ndak kena matahari..kami ni..sob sob sob****
:(...Assalamualaikum.

P/s: All pictures credit to Azlina and Andi.