Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, January 01, 2013

2012 end, 2013 awake me!

<--------------------everybody look to the left, everybody look to right----------------------------------->
Hi,

Malam ni merupakan malam terakhir tahun 2012 if ikut kalender barat..Aku takut bangun, aku takut nak move on tapi masa tak pernah tunggu sesiapa. Tahun 2012 semesti perlu ditinggalkan.Cerita kau dan aku mungkin habis sampai disini..Jika ditakdirkan cerita kau dan aku tamat, aku harap akan ada yang membuka cerita baru yang lebih indah dari yang kau pernah cipta bersama ku ketika ditahun 2012. Tahun 2013 menjadi satu permulaan yang baru dengan azam baru dalam hidup ku..aha perlukah azam baru setiap tahun baru? sudah lupakan semua..Tahun 2012 sudah berakhir malam ini.
Tepat 12pm, aku yang sedang lepak atas bangunan GSS terasa bagai berada di negara yang sedang berperang..Sekitar penang huru hara dengan letupan mercun, bunga api menghiasi langit yang gelap..Langit begitu indah dengan pelbagai warna, hampir 30minit berterusan dengan bunyi mercun yang seakan-akan bunyi lepasan tembakan bertubi-tubi ke langit. Saat itu aku tersedar, mungkin begini keadaannya di Gaza bila peluru-peluru manghujani bumi mereka.Tapi bedanya, keadaan disana diiringi ketakutan tapi disini diiringi dengan kegembiraan menyambut tahun baru. Habis disini.
 Bercerita tentang azam tahun baru, kami masing-masing meluahkan azam tahun baru. member aku Oja "semoga apa yg sedia ada akan berkekalan" wishnya aku agak blur dan tak mengerti tapi biar saja..itu wish dia, Jus pula "inginkan Irwansyah jadi suaminya" aha nampak tak kat situ..hahahah, Aie pula ..erghh aku lupa da dia ckp apa..Rahma wish "semoga dia jadi lebih lasak". Mungkin itu sekadar omongan siapa tahu mungkin saja mereka ada wish lain yang lebih privasi... dan aku..aku, aku harap hidup ku lebih bahagia. ok tinggalkan,
habis tentang azam 2013.
Kini, aku nak share pula tentang penjelajahan ku.. Korea, dalam June 2013 aku akan ke korea tapi sebelum itu aku akan melawat Bandung sekitar April. Aku tak jadi pergi Korea lepas exam sebab Snow manghujani bumi Korea dan member aku prefer aku kesana time autumn or spring..Bandung pula, aku akan ke sana with member2 aku yang bertiga ni. Spent holiday together and lawat tempat2 bersejarah.. Tahun 2013, kami baru terhengah nak ambik lesen memandu..<---memalukan, tua2 bangkak baru nak ambik lesen...Aku harap semua plan kami tuk tahun 2013 ni berjalan dengan lancar. Btw, lama tak blogging, actually tengah exam..huhuhuhu.
Khas kepada sahabat-sahabat ku, semoga tahun 2013 kita menjadi lebih matang dan bahagia. Pada korang semua yang baca ni, semoga tahun 2013 korang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. The end^^! Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment