Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, January 07, 2013

Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia


Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.

 tiket percuma airasia
Cara Dapatkan Tiket Percuma Airasia 2013
Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua pengguna boleh akses tiket percuma Airasia mulai 8 Januari 2013. Tiket percuma itu akan dibuka mulai 12 Tengah Malam 8 Januari 2013.
Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.comDianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.
Destinasi Penerbangan Percuma
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempoh Penerbangan Percuma
Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013
Cara Pembayaran Penerbangan
Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.


Sumber: Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia | melvister.com 

No comments:

Post a Comment