Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, February 23, 2013

Rose like a baby

Hi, nak tanya sikit mana jadi pilihan korang rose yang segar or yang palsu?




Semestinya korang nak rose yang ori dan segar kan..tapi masalah bila tak tahu cara nak buat rose anda tu segar dan hidup lebih lama..sebab biasanya rose yang dapat dari kedai bunga boleh tahan seminggu jer..nak tahan lebih lama tak??

Haa..saya nak share sikit info tentang penjagaan rose ni..tak kiranya korang dapat sekumtum or berjambak-jambak rose, korang mesti nak rose tu terus hidup kan.. opps sebelum tu nak gtaw cara tengok bunga rose tu baru or da lama...maksud aku yang segar sgt2..korang tengok kat kelopak rose tu, if korang nampak kelopak rose tu ada urat macam kat tangan kita ha...yang urat-urat tu..maknanya rose tu masih hidup tapi tak berapa segar..

Okay next, Caranya kekalkan kesegaran rose. Pertama sekali pastikan korang guna balang or pasu daripada kaca taw.. sebab tulah kebanyak kedai bunga letak bunga-bunga mereka dalam balang-balang kaca sebab ianya mampu mengekalkan kesegarran rose tersebut..and normally bunga yang korang beli dari kedai tu da di stream..korang tahu kan stream bunga tu apa..ala yang potong daun and duri-duri rose tu.. 

Da letak dalam balang or pasu kaca, airnya kena tukar sekali dalam setiap tiga hari dan jangan lupa hujung batang rose tu potong sikit setiap kali tukar air dan bahagian kelopak rose yang da rosak, cabut je tapi korang kena pegang kat bawah kumtuman rose tu baru cabut arah ke atas..bukan pegang kat batang tengah2 batang rose tu kang tak pasal-pasal patah rose kamu.. tambahan, potong secara serong taw batang rose tu untuk memudahkannya menyerap air.

Biasanya da lebih seminggu, hujung kumtuman rose akan bewarna hitam..haa nak cabut boleh tapi saya syorkan selagi rose tu nampak cantik cuma ada garis-garis hitam kat hujung kelompak, korang gunting yang hitam tu jak.. Bahagian yang rosak kena buang sebab ianya boleh merebak ke kawasan lain..

Kesimpulannya, rose ni nak tahan lama boleh saja selagi korang gunakan cara yang betul..lagi bagus if korang dapat letak rose tu dalam peti sejuk selama 12 jam ke...sekali shari gtu.. btw, tips2 semua ni saya dapat dari tauke jual bunga rose.. semoga bermanfaat... Assalammualaikum.


Wednesday, February 20, 2013

Kerja amal sambil melancong

Hi,
Briefing Misi Kor Sukarelawan USM Merentasi Perlis

hah sapa kata buat kerja amal tak boleh nak melancong.. if korang nak tahu, buat kerja-kerja amal ni boleh bawah korang ke merata-rata tempat taw..opps bukan nak show off ya.. nak share je.. baru-baru ni join program Kor Sukarelawan USM iaitu misi merentasi Perlis..

Seramai 70 student USM dalam lebih kurang 10 lebih gtu pegawai2 and lecture USM turut serta program ni.


Nak cerita sikit je.. malas nak tulis panjang2.. 17 feb, 3pm  kami bertolak ke Perlis...untuk pertama kalinya menjejakkan kaki ke Perlis negeri yang memiliki 7 pesona..nak tahu? Silalah google..hehehe... 6pm lebih sampai pun and menginap kat Putra Palace Hotel..ermm syukur ah dapat duk hotel free..
Check in sini guys
Esoknya 18 feb 3013, dalam 8 am..lepas da bekfast semua kami bertolak ke Tasik Melati..oppsy bukan nak bersantai okay.. buat kerja amal sikit...pemanasan pungut sampah..walaupun dari jauh tasik tu cantik and bersih but banyak juga sampah.. and paling banyak sekali putung rokok..pelik sgt org2 ni sedap2 je buat selamba buang putung rokok merata-rata kat tempat rekreasi walaupun da ada tong sampah yang disediakan... Tasik yang cantik diserikan dengan bunga-bunga teratai jadi kurang enak pemandangannya dengan kehadiran bekas minuman..ermm nak kata apa pun susah.. btw, tasik melati ni cantik sangat..if korang free..datanglah sana..terasa macam negara China masa kat sana..hahaha nak tahu kenapa? hah jap g da g sana hang tahulah.
Misi pertama Pembersihkan sekitar Tasik Melati

Cantik kan..ada itik kat sini but nampak tak botol minuman kat tasik tu..ermm 

Tu dia puntung rokok jugalah paling banyak

Da nak penuh satu palstik sampah

If terjatuh budak ni, xtaw nak cakap apa..gelak jak kot..hahahah jahat

Mission accomplished 
Da abis pungut sampah-sampah..kami bertolak ke Padang Besar.. waw excited gila nak g sana...sebab banyak orang cakap tempat banyak barang murah..yang xbestnya, aku tak bawa sesen duit pun..nasib dapat pinjam kat member RM50..huhu dapatla juga nak beli Rilakkuma... next time nak pegi sini sini lagi shopping bawah balik Sabah..hehehe

Sedey, xda gambar kita kat dalam ni..huhuhu
3pm, kami bertolak g rumah Anak-Anak Yatim Penyayang. Buat macam-macam aktiviti..yang bestnya budak-budak ni kita orang tak terasa pun dorang ni anak yatim ke anak yatim piatu ke.. sebab dorang sangat mesra and happening..happy go luck.. Syukur  sangat kehadiran kami disambut mesra oleh mereka. Semoga kehadiran kami memberi motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Misi utama 

Bola kenalan bersama adik-adik dan fasi
Universiti Impian adik-adik kita
Adik-adik membentangkan Universiti impian mereka. Bravo^^!
Apa yang penting?!

Kerjasama!
9pm, bersama DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail juga selaku canselor USM serta anak-anak yatim, kami makan malam bersama.

Selesai majlis makan malam, penyampaian sijil, pelancaran buku Volunteerism In Malaysia, pemotongan kek sambutan ulang tahun Sultan dan Permaisuri dan semua acara-acara pada malam tu. 11pm kami balik ke USM..


Menjunjung Kasih Tuanku
  Okay, sampai disini saja.. kuliah da mula... semoga semester ini..we kill it guys! Assalamualaikum. Next....






























Tuesday, February 12, 2013

Air dan bangunan kosong

Da dua hari air kat Desa Restu (hostel) ni tak ada.. aku dari kemarin tak mandi hanya basuh badan guna tisu basah..nak solatpun terpaksa lepak kat mall. Seharian lepak kat mall sampailah solat magrib kat sana, balik desa tup tup tup air masih tak ada..argh hampa macam na solat isyak..erghh nak gosok gigi pun tak dapat..stok air minum aku cuma tingal separuh dalam botol air ni.. nak guna gosok gigi xda la plak air minum nanti.. erghh nasib ada tisu basah basuh kaki dan muka.

Itu semalam, pagi ni bila bangun cek air kat toilet.. masih tak ada air..tak boleh jadi ni, kepala aku da gatal tak cuci. Subuh-subuh dunia aku bersiap tekad nak pergi desa lain tumpang mandi. Sebelah desa aku ni ada desa dan pelajar jarak jauh lelaki ditempatkan kat desa tu, dalam perkiraan ku semua pelajar jarak jauh yang stay kat desa tu da out. Desa tu sebelah desa aku je tapi atas bukit sikit dalam 20m sampailah. Dengan penuh debaran aku masuk kat bangunan 10 tingkat yang aku tak pasti masih ada penghuni atau tiada. Aku tak pasti kalau semua student lelaki da out dari dari bangunan tu. Nervous gila melangkah masuk ke bangunan tu. Bukan apa aku takut kot2 masih ada student lelaki yang belum keluar dari desa tu.

Dengan langkah penuh berhati-hati aku masuk ke bangunan tu. Sempat baca signbord "Perempuan dilarang masuk ke kawasan bangunan ini" argh lantaklah aku da tak tahan, nak mandi juga..nak terkucil sudah plak tu.. Cepat-cepat aku menuju ke blok paling dekat dengan pintu masuk tadi. Macam-macam yang aku fikir..takut oranglah lagi takut kot-kot tetiba ada makluk yang aku tak duga muncul depan mata..argh tak kisahlah makin difikir nanti benda tu makin datang. Sunyi sepi bagunan tu..

Walaupun aku nak setelkan urusan aku ni secepat mungkin tapi aku tak tahulah, setiap pergerakan ku penuh dengan berhati-hati dan itu yang membuatkan aku lambat. Semuanya aku lakukan degan senyap dan berhati-hati..Toilet tu agak gelap, nasib suis lampu aku capai cepat bukan apa, design bagunan tu sama saja dengan desa aku. Keadaan toilet tu agak kering mungkin da behari kot tak ada orang guna..andaianku la.. Pili air pancuran aku buka penuh berhati-hati dan tiba-tiba...

Masa syok-syok mandi, macam-macam bunyi yang aku dengar dari dalam bilik air tu. Arghh persetankan.. Aku buat tak kisah semuanya.. Habis je da urusan diraja baginda semua, pintu bilik air aku buka dan keluar dari toilet tu. Sekali lagi aku cemas, langkahku terhenti, aku terdengar sesuatu... bunyi orang masuk lewat pagar yang aku masuk tadi.. cepat-cepat aku masuk ke toilet semula dan mengenakan tudung ku dengan kemas dalam hati kalau aku ketahuan masuk desa lelaki ni aku akan jawab "Kat desa restu tak ada air dan aku terpaksa masuk ni nak mandi sebab dari kemarin tak dapat mandi" Ok dialog semua aku da set kat otak. Aku bukan buat salah besarpun cuma nak tumpang mandi kat sini, lagipun rasanya semua student lelaki kat desa ni da move out.

"Ya Allah selamatkan aku" hanya itu yang terlintas di dadaku.. Bila da nak sampai kat pagar desa tu, satu maklukpun aku tak nampak tapi bunyi tadi macam ada orang masuk bagunan tu sebab aku boleh dengar pagar kena buka..Toilet yang aku masuk tadi dekat je dengan pintu masuk..sebab tu blok pertama. Aku lihat sekeliling masih gelap segelap alam..nak dikatakan kucing tak ada pula. mungkin angin tapi xda pula angin kuat subuh-subuh buta ni. Aku apa lagi buka langkahlah..pecut balik desa aku..aish sempat lagi mata aku ni meliar ke bangunan2 yang gelap tu.


Syukur sangat aku keluar dengan selamat dari bagunan tu.. Aku tak tahulah napa aku gila sangat nak masuk bagunan kosong tu semata-mata nak mandi..erghh rasanya korang kalau da sehari tak mandi sanggup tak masuk bagunan kosong yang ada air tu untuk mandi je.. Minggu depan 18 feb 2013 baru semua bagunan ni akan berpenghuni semula sebab da buka semester...Aku balik Sabah cuti seminggu jak haritu and da sewa bilik kat desa aku tu ha. Bila semester buka baru balik ke bilik asal...sekarang ni penempatan sementara jak.. sebab tulah aku masih ada kat USM ni walaupun semester masih tak mula..

Monday, February 11, 2013

Mabul Island

Hi,

Hari ini nak cerita sal bercuti g Mabul baru-baru ni.. jangan tekejut if I say I'm went there with my RM0.. hahaha bahagianya dunia bercuti dengan bajet 0.. KOSONG .. nak taw camna aku boleh bawa member aku bercuti g Mabul dengan RM0?? teruskan membaca...

lalalala mudah je nak bercuti dengan RM0 if korang banyak link and kenalan..macam aku..bukan aku yang banyak link tapi mak bapa aku yang banyak link sana sini.. Sejak bulan Disember law tak silap saya, mak aku menetap kat mabul jaga homestay mak cik aku.. na dia, mana la taw ada perancangan nak bercuti ke mabul.. Summer Friends ..bolehlah klik kejap if nak tahu lebih lanjut..

kan da melalut..back to the story.. walaupun mak cik aku tu kaya and ada homestay tapi sorry okay, aku tak tumpang kaya dia pun..g Mabul pun aku tak duk homestay dia.. Aku dengan member aku stay rumah kedai..korang taw tak rumah kedai tu apa?? hah kat rumah tu 2 tingkat, kat atas rumah kat bawah kedai runcit.. pemilik rumah kedai tu anak buah mak aku.. kami stay kat sana.. dapat makan free lagi..heheh sgt2 berterima kasih kat anak buah mak aku tu..baik orgnya.. ok itu sal tempat stay.setel~~

ha pasal bot ke mabul lak.. huhuhuhu lama jugalah kami tggu kat jeti.. Tunggu org2 bapa aku kenal..last2 atas pengaruh anak buah makcik aku yg agak berpengaruh kat mabul tu..Kami pun dptlah nak bot seventure free2!! hahahaha

Kesimpulannya, if korang ada link or family kat desinasi pelancongan ni, mudah je nak travel with bajet RM0... itu je..thanks la pada yg baca smpai sini.. hehehehe so here our pic masa kat sana 2 hari 1 malam... sorry I share sikit je