Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, February 12, 2013

Air dan bangunan kosong

Da dua hari air kat Desa Restu (hostel) ni tak ada.. aku dari kemarin tak mandi hanya basuh badan guna tisu basah..nak solatpun terpaksa lepak kat mall. Seharian lepak kat mall sampailah solat magrib kat sana, balik desa tup tup tup air masih tak ada..argh hampa macam na solat isyak..erghh nak gosok gigi pun tak dapat..stok air minum aku cuma tingal separuh dalam botol air ni.. nak guna gosok gigi xda la plak air minum nanti.. erghh nasib ada tisu basah basuh kaki dan muka.

Itu semalam, pagi ni bila bangun cek air kat toilet.. masih tak ada air..tak boleh jadi ni, kepala aku da gatal tak cuci. Subuh-subuh dunia aku bersiap tekad nak pergi desa lain tumpang mandi. Sebelah desa aku ni ada desa dan pelajar jarak jauh lelaki ditempatkan kat desa tu, dalam perkiraan ku semua pelajar jarak jauh yang stay kat desa tu da out. Desa tu sebelah desa aku je tapi atas bukit sikit dalam 20m sampailah. Dengan penuh debaran aku masuk kat bangunan 10 tingkat yang aku tak pasti masih ada penghuni atau tiada. Aku tak pasti kalau semua student lelaki da out dari dari bangunan tu. Nervous gila melangkah masuk ke bangunan tu. Bukan apa aku takut kot2 masih ada student lelaki yang belum keluar dari desa tu.

Dengan langkah penuh berhati-hati aku masuk ke bangunan tu. Sempat baca signbord "Perempuan dilarang masuk ke kawasan bangunan ini" argh lantaklah aku da tak tahan, nak mandi juga..nak terkucil sudah plak tu.. Cepat-cepat aku menuju ke blok paling dekat dengan pintu masuk tadi. Macam-macam yang aku fikir..takut oranglah lagi takut kot-kot tetiba ada makluk yang aku tak duga muncul depan mata..argh tak kisahlah makin difikir nanti benda tu makin datang. Sunyi sepi bagunan tu..

Walaupun aku nak setelkan urusan aku ni secepat mungkin tapi aku tak tahulah, setiap pergerakan ku penuh dengan berhati-hati dan itu yang membuatkan aku lambat. Semuanya aku lakukan degan senyap dan berhati-hati..Toilet tu agak gelap, nasib suis lampu aku capai cepat bukan apa, design bagunan tu sama saja dengan desa aku. Keadaan toilet tu agak kering mungkin da behari kot tak ada orang guna..andaianku la.. Pili air pancuran aku buka penuh berhati-hati dan tiba-tiba...

Masa syok-syok mandi, macam-macam bunyi yang aku dengar dari dalam bilik air tu. Arghh persetankan.. Aku buat tak kisah semuanya.. Habis je da urusan diraja baginda semua, pintu bilik air aku buka dan keluar dari toilet tu. Sekali lagi aku cemas, langkahku terhenti, aku terdengar sesuatu... bunyi orang masuk lewat pagar yang aku masuk tadi.. cepat-cepat aku masuk ke toilet semula dan mengenakan tudung ku dengan kemas dalam hati kalau aku ketahuan masuk desa lelaki ni aku akan jawab "Kat desa restu tak ada air dan aku terpaksa masuk ni nak mandi sebab dari kemarin tak dapat mandi" Ok dialog semua aku da set kat otak. Aku bukan buat salah besarpun cuma nak tumpang mandi kat sini, lagipun rasanya semua student lelaki kat desa ni da move out.

"Ya Allah selamatkan aku" hanya itu yang terlintas di dadaku.. Bila da nak sampai kat pagar desa tu, satu maklukpun aku tak nampak tapi bunyi tadi macam ada orang masuk bagunan tu sebab aku boleh dengar pagar kena buka..Toilet yang aku masuk tadi dekat je dengan pintu masuk..sebab tu blok pertama. Aku lihat sekeliling masih gelap segelap alam..nak dikatakan kucing tak ada pula. mungkin angin tapi xda pula angin kuat subuh-subuh buta ni. Aku apa lagi buka langkahlah..pecut balik desa aku..aish sempat lagi mata aku ni meliar ke bangunan2 yang gelap tu.


Syukur sangat aku keluar dengan selamat dari bagunan tu.. Aku tak tahulah napa aku gila sangat nak masuk bagunan kosong tu semata-mata nak mandi..erghh rasanya korang kalau da sehari tak mandi sanggup tak masuk bagunan kosong yang ada air tu untuk mandi je.. Minggu depan 18 feb 2013 baru semua bagunan ni akan berpenghuni semula sebab da buka semester...Aku balik Sabah cuti seminggu jak haritu and da sewa bilik kat desa aku tu ha. Bila semester buka baru balik ke bilik asal...sekarang ni penempatan sementara jak.. sebab tulah aku masih ada kat USM ni walaupun semester masih tak mula..

2 comments:

  1. hahahaa, pnya la jauh...tuk mndi jk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat jak la..xjauh mana pun..huhuhuhu yg penting mandi..

      Delete