Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, February 20, 2013

Kerja amal sambil melancong

Hi,
Briefing Misi Kor Sukarelawan USM Merentasi Perlis

hah sapa kata buat kerja amal tak boleh nak melancong.. if korang nak tahu, buat kerja-kerja amal ni boleh bawah korang ke merata-rata tempat taw..opps bukan nak show off ya.. nak share je.. baru-baru ni join program Kor Sukarelawan USM iaitu misi merentasi Perlis..

Seramai 70 student USM dalam lebih kurang 10 lebih gtu pegawai2 and lecture USM turut serta program ni.


Nak cerita sikit je.. malas nak tulis panjang2.. 17 feb, 3pm  kami bertolak ke Perlis...untuk pertama kalinya menjejakkan kaki ke Perlis negeri yang memiliki 7 pesona..nak tahu? Silalah google..hehehe... 6pm lebih sampai pun and menginap kat Putra Palace Hotel..ermm syukur ah dapat duk hotel free..
Check in sini guys
Esoknya 18 feb 3013, dalam 8 am..lepas da bekfast semua kami bertolak ke Tasik Melati..oppsy bukan nak bersantai okay.. buat kerja amal sikit...pemanasan pungut sampah..walaupun dari jauh tasik tu cantik and bersih but banyak juga sampah.. and paling banyak sekali putung rokok..pelik sgt org2 ni sedap2 je buat selamba buang putung rokok merata-rata kat tempat rekreasi walaupun da ada tong sampah yang disediakan... Tasik yang cantik diserikan dengan bunga-bunga teratai jadi kurang enak pemandangannya dengan kehadiran bekas minuman..ermm nak kata apa pun susah.. btw, tasik melati ni cantik sangat..if korang free..datanglah sana..terasa macam negara China masa kat sana..hahaha nak tahu kenapa? hah jap g da g sana hang tahulah.
Misi pertama Pembersihkan sekitar Tasik Melati

Cantik kan..ada itik kat sini but nampak tak botol minuman kat tasik tu..ermm 

Tu dia puntung rokok jugalah paling banyak

Da nak penuh satu palstik sampah

If terjatuh budak ni, xtaw nak cakap apa..gelak jak kot..hahahah jahat

Mission accomplished 
Da abis pungut sampah-sampah..kami bertolak ke Padang Besar.. waw excited gila nak g sana...sebab banyak orang cakap tempat banyak barang murah..yang xbestnya, aku tak bawa sesen duit pun..nasib dapat pinjam kat member RM50..huhu dapatla juga nak beli Rilakkuma... next time nak pegi sini sini lagi shopping bawah balik Sabah..hehehe

Sedey, xda gambar kita kat dalam ni..huhuhu
3pm, kami bertolak g rumah Anak-Anak Yatim Penyayang. Buat macam-macam aktiviti..yang bestnya budak-budak ni kita orang tak terasa pun dorang ni anak yatim ke anak yatim piatu ke.. sebab dorang sangat mesra and happening..happy go luck.. Syukur  sangat kehadiran kami disambut mesra oleh mereka. Semoga kehadiran kami memberi motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Misi utama 

Bola kenalan bersama adik-adik dan fasi
Universiti Impian adik-adik kita
Adik-adik membentangkan Universiti impian mereka. Bravo^^!
Apa yang penting?!

Kerjasama!
9pm, bersama DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail juga selaku canselor USM serta anak-anak yatim, kami makan malam bersama.

Selesai majlis makan malam, penyampaian sijil, pelancaran buku Volunteerism In Malaysia, pemotongan kek sambutan ulang tahun Sultan dan Permaisuri dan semua acara-acara pada malam tu. 11pm kami balik ke USM..


Menjunjung Kasih Tuanku
  Okay, sampai disini saja.. kuliah da mula... semoga semester ini..we kill it guys! Assalamualaikum. Next....






























1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete