Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, February 23, 2013

Rose like a baby

Hi, nak tanya sikit mana jadi pilihan korang rose yang segar or yang palsu?




Semestinya korang nak rose yang ori dan segar kan..tapi masalah bila tak tahu cara nak buat rose anda tu segar dan hidup lebih lama..sebab biasanya rose yang dapat dari kedai bunga boleh tahan seminggu jer..nak tahan lebih lama tak??

Haa..saya nak share sikit info tentang penjagaan rose ni..tak kiranya korang dapat sekumtum or berjambak-jambak rose, korang mesti nak rose tu terus hidup kan.. opps sebelum tu nak gtaw cara tengok bunga rose tu baru or da lama...maksud aku yang segar sgt2..korang tengok kat kelopak rose tu, if korang nampak kelopak rose tu ada urat macam kat tangan kita ha...yang urat-urat tu..maknanya rose tu masih hidup tapi tak berapa segar..

Okay next, Caranya kekalkan kesegaran rose. Pertama sekali pastikan korang guna balang or pasu daripada kaca taw.. sebab tulah kebanyak kedai bunga letak bunga-bunga mereka dalam balang-balang kaca sebab ianya mampu mengekalkan kesegarran rose tersebut..and normally bunga yang korang beli dari kedai tu da di stream..korang tahu kan stream bunga tu apa..ala yang potong daun and duri-duri rose tu.. 

Da letak dalam balang or pasu kaca, airnya kena tukar sekali dalam setiap tiga hari dan jangan lupa hujung batang rose tu potong sikit setiap kali tukar air dan bahagian kelopak rose yang da rosak, cabut je tapi korang kena pegang kat bawah kumtuman rose tu baru cabut arah ke atas..bukan pegang kat batang tengah2 batang rose tu kang tak pasal-pasal patah rose kamu.. tambahan, potong secara serong taw batang rose tu untuk memudahkannya menyerap air.

Biasanya da lebih seminggu, hujung kumtuman rose akan bewarna hitam..haa nak cabut boleh tapi saya syorkan selagi rose tu nampak cantik cuma ada garis-garis hitam kat hujung kelompak, korang gunting yang hitam tu jak.. Bahagian yang rosak kena buang sebab ianya boleh merebak ke kawasan lain..

Kesimpulannya, rose ni nak tahan lama boleh saja selagi korang gunakan cara yang betul..lagi bagus if korang dapat letak rose tu dalam peti sejuk selama 12 jam ke...sekali shari gtu.. btw, tips2 semua ni saya dapat dari tauke jual bunga rose.. semoga bermanfaat... Assalammualaikum.


2 comments:

  1. suatu hari nanti, akan kuguna ke tak tips ni ea? dreams come true..haha (^___^)

    ReplyDelete
  2. hahaha mana la taw kot satu hari nanti dapat bunga rose from someone...gunalah tips ni..

    ReplyDelete