Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, March 04, 2013

Pray for Sabah



Ketika aku sedang syok bersiar-siar melawat Penang Heritage World, pangilan telephon dari mak ku mengubah mood ku.. Ya Allah, sedang kami disini berasa seronok dan selamat, saudara-mara ku di kampung dalam ketakutan.. Berilah mereka kekuatan Ya Allah.. Semoga saja isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah dapat diselesaikan dengan segera.. Menurut mak ku..kampung kami kena serang dan adegan tembak menembak berlaku sekitar 7.30pm semalam..  Alhamdulillah family ku sempat melarikan diri dan bersembunyi dikawasan darat (pendalaman).. Memang sudah aku agak kampung kami akan jadi sasaran disebabkan kedudukannya yang berada di perairan dan strategik.. Dugaan ku ternyata tidak salah.. Menurut mak ku Semporna kini dikenakan perintah berkurung.. Pekan kecil kami itu kini sunyi sepi bagaikan pekan berhantu yang sudah lama tidak berpenghuni.. ntah sudah berada yang maut dalam pertempuran ni.. Kejadian ini mengingatkan aku pada satu peristiwa pencerobohan pekan kami itu suatu ketika dulu yang mana kejadian tembak menembak juga turut berlaku.. Semoga semua baik-baik saja..

Kawasan pasar ini pada kebiasaannya sibuk dan sesak dengan kereta, para pelancong dan penduduk Semporna..tapi kini..
Ya Allah, semoga kembali aman semula negeriku yang tercinta.





2 comments:

  1. Hurmm cikgu pun tgh bercuti ...hati sentap dgn berita kematian 6 pahlawan negara, semoga allah lindungi kita semua terutamanya pahlawan negara dan penduduk di sabah

    ReplyDelete
  2. kamu kena sabar wil.. kita sama2 doakan supaya semua orang baik2 saja, terutama keluarga kamu..in shaa allah

    ReplyDelete