Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, March 04, 2013

Sampai bila?

Ya Allah, sesungguhnya mendapat berita pejuang negara yang terkorban membuatkan air mata ku hendak menitis. Itu baru pejuang negara, apalagi if family sendiri.? Dapat aku bayangkan betapa peritnya perasaan family pejuang negara yang terkorban dalam pertempuran semalam.

Hari ini panggilan telephone dari mak ku betul-betul membuatkan aku rasa negeriku dibawah bayu itu sudah tidak selamat. Menurut mak ku, khabar yang mengatakan kepala dua orang PGA yang dipenggal itu ternyata benar. Membaca khabar itu di facebook, aku tidak yakin ianya benar sehinggalah mak aku sendiri yang sahkan.  Buat apa mak aku hendak menipu sedangkan kejadian itu berlaku dikampung ku sendiri. Setakat ini 6 anggato polis terkorban. 

Menurut mak lagi, mayat penceroboh dan anggota polis yang terkorban terbiar-biar dibawah kolong (kawasan bawah rumah yang berair). Tiada satu pun yang berani sentuh. Tengah hari tadi saat keadaan tidak lagi seberapa genting barulah kesemua mayat-mayat itu dipungut. 

Mendengar cerita dari mak ku membuatkan aku tak senang duduk asyik memikirkan keselamatan mereka. Tambahan lagi kakak ku yang sarat mengandung hanya menunggu waktu untuk bersalin. Semporna kini masih dalam perintah berkurung, setiap orang dilarang keluar rumah. Aku risau akan kakak ku, macam mana jika dia hendak bersalin..arghh macam-macam persoalan berada di kepalaku.. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepada-Nya semoga mereka dijauhkan dari sebarang malapetaka. Semoga pejuang negara kita dapat menumpaskan kumpulan pencerobah di Sabah yang nyata memberi impak negatif bukan sahaja pada keselamatan penduduk malah ekonomi, sistem pendidikan, aktiviti sosial semuanya terganggu. #AnakSempornaSabah

Kita sedekah Al-Fatihah kepada pejuang negara yang terkorban, semoga mereka ditempatkan dalam kalangan umat yang mati syahid.


sumber pic: Facebook

No comments:

Post a Comment