Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, April 19, 2013

Seminar Sejarah Bersama Prof Leonard Y. Andaya.

Bagi budak sejarah macam kami, nama Leornad Y. Andaya bukan lagi sesuatu yang asing. Sepanjang mengaji kat USM ni, buku-buku hasil kajian beliau menjadi rujukan utama kami seperti Sejarah Malaysia.. Walaupun sudah mencecah 70-an  tetapi beliau masih active berkecimpung dalam bidang academic..

Hari ini satu lagi kertas kerja yang beliau bentang sungguh menarik perhatian dan merupakan sesuatu yang baru dalam pensejarah iaitu "The Malays of Makassar & Bima in Eastern Indonesia"

wilmashana.blogspot.com
Ini merupakan kali pertama saya berpeluang menyertai seminar ilmiah dan academic yang nyata majoriti audience terdiri daripada orang yang bukan calang-calang seperti Prof, Dr, Dato' dan sarjana-sarjana hebat.. Aku terasa sangat kecilnya diriku berada dalam kalangan orang sedemikian.. Hujah dan soalan-soalan yang bentang dan dikemukan begitu mantap. Baru aku tahu maksud disebalik kata-kata Dato' K. Ambalakan tentang seminar academic.. bukan sembarangan.. Kini aku sudah dapat merasai pengalaman yang selalu diceritakan oleh Dr semasa dalam kelas..

Agak-agak bilalah aku akan menjadi salah satu panel yang akan membentangkan kertas kerja???.. ermmmm.... Inn Syaa Allah suatu hari nanti bila aku sudah berkemampuan dan cukup ilmu di dada. Amin.. 

Terima kasih kepada Prof . Madya Mahani dan Prof. Dato' Abu Talib yang sudi menjemput kami menghadari seminar sejarah ini. Peluang sebegini sesungguhnya bukan selalu dapat diberi kepada pelajar-pelajar degree seperti kami.



 

1 comment:

  1. time aku cari bahan sejarah.. tetiba nmpk ini di suggest oleh google.. :D

    ReplyDelete