Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, May 17, 2013

Happy Teacher's Day

ermm I dun know how to express my grateful to all my teachers.. Long time ago I'm not that kind of student that smart..Since I was kindergarden I always got five last place in the class. I'm so dumb that time, the only thing that I can score and pass are only Bahasa Melayu and Bahasa Inggeris..

enough with that, let me tell you about my high school teachers.

poyolah plak tulis dalam bahasa Inggeris..hehehehe

Cikgu Masni (Sejarah)

Walaupun cg Masni jarang masuk kelas disebabkan kekangan2 tertentu tapi tiap kali  masuk, kelas padat dengan curahan ilmu dan teknik-teknik menjawab exam. Kebanyakan student akan skor subjek sejarah. Ramalannya tentang exam jarang sekali meleset. Cg Masni juga sering kali memberi nasihat tentang kehidupan. Pengalaman yang pernah dia lalui, Beliau tak pernah lupa mengingat kami tentang hal-hal agama. Cg Masni keluaran USM. Kerana dia jugalah aku semangat masuk USM. Cg Masni tak lokek, seorang yang pemurah walaupun mukanya agak "garang" heheh tegas bha tu. Ketika aku tingkatan 6, aku menghadapi masalah-masalah kewangan sehingga aku terpaksa turun kerja part time tiap hari minggu kat kedai ubat cina pak cik aku. Cg Masni sering kali memberi wang saku kepada ku. Ketika ini tidak banyak yang aku boleh lakukan untuk membalas jasa baiknya. namun aku tak pena lupa apa yang cg telah berikan kepada ku. Terima Kasih Cg Masni.

Cikgu Shamin ( Sejarah AKA Guru Kelas)

Cg Shamin seorang yang memahami..kalau boleh setiap masalah pelajar tu dia maw setelkan.. Cg Shamin juga seorang yang low profil... Guru paling banyak menderma untuk klas kami time jamuan..heheh guru kelas kot.. selalu juga bagi nasihat dan paling aku suka secara personal bila dia menceritakan tentang perjalanan hidupnya menjadi seorang muslim. Walaupun banyak cabaran yang dihadapinya namun tetap pendiriannya menjadi seorang muslim.

Cikgu Ju (Pengajian Am 1)

Setiap hari penampilannya menjadi fokus utama. Cg Ju sangat fashionista, kata-katanya tajam menusuk sanubari tapi itu semua untuk kebaikan kami semua. Cg Ju juga seorang yang pemurah dan lucu bila mengenakan student yang lain. Cikgu Ju suka pink. Pantang dia bila ada yang anti-Pink..huhuhuhu

Cikgu Akhsan ( PAM 2)

Cikgu Akhsan seorang yang sempoi. Dia tak marah... :) Rilekss....Kelas dia pun enjoy, no pressure. Ohh cg Akhsan juga keluaran USM. Dia suka sebut "OUT" bila ada yg salah buat graph.

Cikgu Garsia (Ekonomi Mikro)

Cg Garsia orangnya sangat aktive, sangat bersemangat dan jarang sekali skip kelas. Cg Garsia sampai satu tahap berasa sangat sedih bila markah kami ekonomi semua rendah-rendah tak seperti yang dia jangkakan.. Dia sangat geram bila soalan senang pun kami tak dapat nak jawab. ermm bagi aku cg Garsia ni agak agresif dalam pengajar...dia mahu kami skor jak bha tu, tak mahu kami gagal exam.. juga keluaran USM

Cikgu Sarenah ( BM 2)

Kami sering meniru gaya cg Sarenah bertutur. Ada sesuatu yang unik..huhuhuh biarlah jadi rahsia kami. Walaupun cg Sarenah nampak lembut tapi selalu juga marah sebab banyak yang tak buat kerja sekolah dan tak fokus dalam kelas, ada yg tidur, ada juga yang buat hal sendiri.

Cikgu Rosni (BM 1)

Walaupun dia dingin tapi oklah..

Cikgu Raihan (MUET)

Dari bangunan sebelah da boleh dengar suara cg Raihan. Huhuhuhu bingit kot, nada suaranya tinggi bukan bermaksud dia marah begitu juga bila dia menengking. My English improved a lot.. Thanks teacher. Teringat dulu masa result SPM keluar, cg raihan peluk aku sebab skor A subjek dia. Sangat terharu time tu...

Cikgu Zaini (Ekonomi Makro)

Ermm bolehlah.. *time untuk aku tidur.. hahaha sangat suka bila dia tak masuk kelas.. *jahatnya la aq ni.. jujurnya aq fokus bha dalam kelasnya walaupun ngantok sgt2...*padahal tidur sudahpun..

Cikgu Suhana (Matematik)

Karena mu cg Suhana aq pandai dan skor A matematik moden SPM.. Untuk pertama kalinya sepanjang aku form 5 aq tak pernah gagal maths. Bulan ke bulan semakin meningkat. CG suhana terer kot ajar Maths.

Sir Soo (Kimia)

Sir Soo juga tak pernah marah...seorang yang sangat disiplin tentang masa. On time masuk and keluar kelas. ermm teringat kali pertama dia masuk kami, gelak kot..huhuh biarlah jadi rahsia juga apa yang lucu..hehehehe

Cg Shamrin ( Add Maths)

hehehe aq malas kelas dia tapi bukan malas kat dia.. aku malas sebab aku mang tak ble nak skor add maths... sorry cg..  Cg Shamrin semua tentang Add Math plus garang jugalah.. Nasib baik lulus jugalah Add Math walaupun skor E..hahahaha

Kesimpulannya semua cikgu aq best2 sampai yang bangang macam aku ni boleh transform jadi "smart kid"
Trust me, I was nothing before. Tapi nasihat dan dorongan cg2 semua aq akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.. Cerita-cerita dari guru-guru tentang kehidupan di U menaikkan semangat ku untuk skor dalam STPM, nak masuk U la katakan..

Kepada barisan guru-guru Sekolah Menangah Bugaya khususnya guru-guru Tingkatan 6 tahun 2009/2010,Terima Kasih cikgu ^^!
Tak lupa kepada guru-guru tadika, sekolah rendah dan menangah, terima Kasih juga...

Kepada semua guru-guru...

Selamat Hari Guru







1 comment:

  1. lumrah agaknya, mesti ada 1 subject yang buat kita mengantuk. Kalau ezzatie dulu kelas akaun. mmg sedap diulit mimpi.

    btw, nak jemput tuan tanah join 1st segmen ezzatie =)

    http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2013/05/segmen-topup-24-jam-by-miss-ezzatie.html

    ReplyDelete