Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Sunday, May 12, 2013

Ni resipi apam ke pankek? ehh tu sma ja ka?

ermm da berapa hari ni tak post kat blog.. tahu, tak ada yang ternanti-nanti post kita ni..huhuhuhu
korang biasa tak masak then makan masakan sendiri pastu terasa nak muntah? Hah nilah yang sedang aku rasa ni.. petang tadi eksan la sangat nak masak pankek bagai.. mula tu nak masak apam kampung..da tinggal kat bandar ni tukaq ah nama pankek..hahahah*menyampah plak kn..
Siap akak kat kg lagi tya nak masak mcm na..

"Kak masak apam campur tepung dan gula ja kan?"
"Ya campur gula sidit jak nanti apam ko jadi keras kalau letak banyak"
"ok, bye!"
"gula sikit jak taw, campur telur dan serbuk penaik kalau ada"
"tak ada, xpala gula dan tepung jak, k bye!"
"gula sikit jak taw"

alahai kakak aku ni berapa da maw bagitaw gula sikit jak.. dan seterusnya aku dengan lagaknya pandai masak.. aku gaul2 tepung tu sesuai dengan air yang cukup-cukup, gula plak.. kakak aq ckp sikit jak, banyak kali penekanan plak tu.. pegilah aq ambik gula letak secubit dua.. da rasa adunan tu ngam.. shhhhhsss aq jatuhkan dalam kuali yang minyaknya agak banyak..lupa masak apam tak boleh banyak minyak smpailah kawan aku seekor tu tegur pasal minyak.. siap letak nestum lagi..ha mabik ko penambah rasa pankek nestum.. hahahaha da masak tu, jadilah roomate aku ni tukang rasa.. tawar kot..da planta sikit kat atas baru ada rasa..

Memandangkan tawar, aku tambah gula 2 sudu kat adunan tepung yang tak seberapa tu.. sedap juga campur nestu,..hahahaha ambik nestum campur lagi kat adunan apam tu.. Memang betul-betul pankek nestumlah.. ketal kot..nak potong pun susah..kena guna gigi..hahahah

Dekat sejam baru abis masak 4 ketul jak pun tapi lama macam tengah bake cake plak.. erghh tak abis makan pn pankek tu.. kena buang lagi, bukan membazir tapi mang xble nak makan.. sekarang ni pun rasa mual-mual nak muntah..tolong... tu ah masak main campur aduk sesuka hati..

Bagi aq memasak ni merupakan satu experiment.. Ni kali pertama masak benda ni.. xberapa nak menjadi..tak apa, fail sekali bukan bermakna akan fail lagi..kan ini experiment.. lama-lama nanti pandailah aku masak kans... macam mak cik aku skolah tinggi-tinggi bila kahwin tak taw masak but tiba-tiba pandai masak..nampak tak keajaiban bila da nikah tu? Yg tak pandai masak boleh jadi chef... hahahah percaya tak?

Itu sajalah.. nak rehat..perut buat hal..mungkin banyak sgt campur planta tadi..tak pn mesti gara-gara nestum tu..erghhh T.T.. t next time nak google cara buat apam AKA pankek ker...hahahha nak buat yang macam ni plak

nampak mcm sedap..yummy
Pankek dan apam benda yang sama

No comments:

Post a Comment