Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, May 15, 2013

USM: My Interview "PPSL" and TIps

"Keluar balik, masuk macam tak ada adap!"

Da kena, interview tak mula lagi awal-awal da kena hentam. huhuhu muka tegang je panel ni..rileks ah.. Aku dengan muka siap senyum manis lagi keluar dari bilik tu. Bagi aq tu semua psiko jek, da nama interview mestinya dorang nak kerjakan n psiko berabis punya..

Tersengih-sengih keluar then masuk balik dengan beri salam. Setiap seorang pula tu bagi salam, ha ambik 10 orang bagi salam. Ada  student tu hampir-hampir nak duduk..

"Sapa swuh duduk?"

Tada..kena lagi.. nasib aq tak duduk lagi..berdiri sambil senyum2.. aku bukan apa, bila da nervous gila menjadi-jadi senyuman ku sampai ke telinga..<---Tips tu, bila nervous senyumlah, positifkan diri takpun gerak-gerakkan badan sikit hilangkan nervous tu...bertenang

"ha silakan duduk"

fuh gila tense muka dorang ni....Intro tu salah seorang panel siap speaking2 lagi..

"Introduce yourself, why are here and why we should pick u as PPSL, any volunteer"

Tudia, aq tak ready jadi orang pertama yang diinterview.. nak tengok n kaji dulu cara dorang ni..M dulu bak kata Saiful Apek..

Da sampai giliran aku..che speaking la knok..aq tak abis senyum, jari jemari ku, aku gengamlah, aku urut2lah, pukul2 paha n macam-macam aku buat supaya nervous aku ni hilang.


"Assalammualaikum and very good afternoon, I'm Wilma Bt Talib, second year student, from school of Humanities and I'm here because I want to become PPSL. If u look at my..ah." alamak lupa plak apa dalam bahasa Inggeris borong..erghh spoil

"form" kata panel manis bertudung bawal ku cuba membantu ku

"ya in my form, you can look that I'm lack in experience that's why I want to become PPSL to improve my skill. I'm quiet nervous now but actually I'm really good in communication.

"Orang mana?" da mencelah da, aq tak abis nak intro lagi.. banyak lagi nak lobi ni..huhuhu

"Sabah" Jawab ku selamba

"Anak Kampung satu" kata panel yang paling banyak bertanya dalam bilik ni..kuat sangat kenakan student yang datang interview..psiko kuat kot..

"ha, apa?" aq terkial-kial kurang mengerti apa yang dimaksudkannya, aq berpaling pada rakan ku kat sebelah "apa tu knok?"

"nyanyi lagu anak kampung" kata panel banyak tanya tu lalu panel-panel yang lain ketawa macam suka jak maw dengar aku nyanyi. Well I dun really mind actually...Menyanyi jak kot..mang hobi aku berkaraoke gtu..kaki karoks kot

"Boleh boleh boleh" Kataku dengan penuh semangat. Haru biru bilik tu dengan ketawa mereka macam tak percaya aku sahut cabaran drg. Na ambik ko!

"Ah in addition, I'm a confident person" hahah hantam kasi sama dia.. Bingit lagi bilik tu dengan hamburan gelak tawa mereka.. huhuhuhu

"ok saya mula nanyi 123..Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan, rumah ku tiada, adapun bapa punya. Apa lagi belanja mahu beli berlian kahwin sama kamu....." aku nanyi dengan confident level yang paling tinggi siap gerak-gerak badan lagi.. Hobi aku kot singing walaupun lah suara tak ble nak bla..

Satu bilik tu enjoy abis..mula-mula tadi punya tense n pressure..

"Kenapa tak apply sem lalu?" Panel bertudung bawal tu mengutarakan soalan kepada ku.

"Actually I booked tiket early last year that's why la can't join, but this time I didn't book yet, I booked it later.

"oooh ok" balasnya sambil senyum-senyum. Aku mang tak putus senyum sejak masuk bilik interview tu.

Tu jak part aku.. sebenarnya aq tak puaslah, kecuali aku n member aku, 8 student yang lain macam-macam kena hentam kenapa gila2 nak join, ada kelebihan apa, diarahkan jadi MC protokol, bagi arahan n macam-macamlah soalan-soalan penyelesaian masalah sampai ada yang tak dapat nak jawab, nak jak aku tolong jawabkan tapi nanti kan aq jadi spotlight..hahahaha *over nampak..

Student yg dibagi peluang kedua tu masih buntuh, akhirnya aku ditawarkan untuk membantunya, student tu diminta nanyi lagu PPSL, lagu PRU,hahah ni yg tak ble bla...dia tak taw, then dia dimintalah nyanyi lagu apa pun dia taw tapi dia ermm... Aku pun tolonglah temankan dia nyanyi lagu Kosong by Njawa..

Macam-macam karena orang yang menginterview dan yang diinterview...

Rileks..dun worry..huhuhu
Akhir sekali, bahagian penutup, panel pun menjelaskan kenapa mereka bertindak sedmikian, uji macam, hentam sana sini, dorang nak tengok bagaimana ketahanan diri kami ni bila berhadapan situasi sedemikian, bagaimana kami mempertahankan diri, mampu tak atasi semua tekanan ni dan  panel tu cakap lagi jadi PPSL mesti "SPORTING"

So, menurut korang aq ni sporting tak?...

Tips nak pegi interview by me:

1. Prepare yourself. Maksudnya bersedia, siapkan diri dengan isu-isu semasa, tahu tentang kerja, jawatan, lagu tema bagai kena tahu juga kang disuruh nyanyi tak la gagap.. orang-orang besar dalam jabatan tu dan kementerian-kementerian dalam negara kita kena ambik tahu juga. gelaran-gelaran orang2 kenamaaan..n banyak lagilah.. Prepare n be sensetive terhadap isu-isu semasa.

2. Confident. I know some question tu macam susah jak jawab.. kuncinya confident je jawab..xkisahlah salah or betul..tambah-tambah lagi if berkaitan tentang pendapat. Then setiap kata yang kelaur dari mulut tu mesti jelas dan menyakinkan, Nanti tak payahlah orang yang nak interview korang tu dok ulang banyak kali soalan.

3. Always smile. It can boost your confident level. and korang akan memaparkan first impersion yang baik. Jangan muka tegang2.

4. Defend yourself. Time interview ni orang nak hentam-hentam kita. Semua yang kita cakap akan dibantah and dipersoalkan. Dont worry, tak akan kena saman pertahankan diri dan idea anda. Drg psiko je lebih actually.

5. Be yourself. Dun overacting..huhuhu ada orang macam ni, nak dapat punya pasal..

6. Appearance. I know sometimes appearence doesn't show your true colors but at least we shoul respect the term of "INTERVIEW" pakai sopan noh, jangan nak seksi seksa. hehehe Aq tadi interview pun tak pakai baju formal pun.. ada sebab, aq lupa arini nak g interview padahal semalam tu da mempersiapkan diri kot.

7. Tawakal. :)

Thats all. Aku nak bertawakal ni. Keputusan interview jadi PPSL ini akan dimaklumkan melalu sms... Syukur kepada Allah SWT, interview aq dan member aku tadi okay, baik-baik saja malah superb!

*PPSL-Pembimbing Program Siswa Lestari



No comments:

Post a Comment