Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, June 05, 2013

Study week yang tak sangat nak studynya.

Hi guys, 
nampak kat bawah tu? Ha tu la menu kami kat hostel ni.. semua serba kekurangan tapi kami bahagia makan macam ni ala-ala kat rumah..taklah rindu sangat dengan kampung halaman.

DInner Kampung Style
Bermula sudah study week dan minggu hadapan pertempuran di medan peperiksaan akan bermula.. So untuk persediaan, makanan kenalah yang sihat-sihat supaya badan cergas n otak cerdas.. Magie buat masa ini adalah diharamkan..chewahh buat fatwa sendiri pulak kan...hahahaha 

me dan justinah aka Chef

   Kami sangat rasa bersyukur dan bertuah dapat member yang pandai masak, maka taklah juga kami kebuluran. Hey jangan cakap I tak mainkan peranan apa-apa k. Aku jadi pembantu dapur..huhuhu aku ni hal-hal sediakan bahan-bahan untuk memasak aku memang terer..So aku sesuai sangatlah jadi pembantu dapur. Tatkala Justinah pula jadi chef kami, Rahma pula jadi clearner..hahahah habis jak masak dan makan semua, hah kerja dialah kemas dan cuci minggan mangkuk, kuali, gelas dan balalalala...huhuhu.

me & rahma aka cleaner..hahahaha
Untuk pertama kalinya terasa macam kat rumah sendiri plak.. apa tidaknya, menu yang member aku masak ni menu-menu kampung kot such as ikan goreng, sayur tumis, kerang rebus dan paling HARDCORE adalah KILAU. Korang yang bukan dari Sabah ni mesti tak tahu makanan apakah kilau tu kan.

HARDCORE!!! Kilau made in Penang!

kerang rebus.. 
Mari aku cerita sikit. Kilau ni ikan mentah dan dimasak hanya guna cuka dan limau jak, ala makanan Jepun gitu mentah sikit takyah nak goreng or masak atas api. Bahan-bahannya hanya isi ikan yang sudah diasingkan tulangnya, limau, lada*penting, bawang merah dan cuka. Tapi memandangkan kami tak ada bawang maka bawang dikeluarkan dari senarai masa buat kilau ni. Menjadi juga!!SEDAP TAK TERKATA. Berair mata pedas.

Aku masak memang boleh tapi korang bersedialah untuk cirit birit.huhuhu sapalah nak jadikan isteri if tak tahu nak masak kan.. aku bukan tak study macam mana nak masak, da banyak guru kot.. ermm tak sampai seru lagi kalik untuk pandai masak, tunggu kahwin baru pandai kot..huhuhuhu 

FYI, aku pantang jumpa orang pandai masak or pandai potong sayur, potong daging or siang ikan.  Kagum wei!!!!! dan aq juga jeles sebab bakat aku dalam hal-hal cam ni masih tak kuar..terpendam gtu..chewahh... 

Aku berdoa agar dapat suami pandai masak..huhuhuhuhu
Amin...


No comments:

Post a Comment