Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, August 08, 2013

Di Pagi Raya

Arghh apalah nasib lewat plak bangun pagi raya ni, xsempat nak solat subuh, mak pun sama akibat keletihan kami berdua telajak tido, nasib saja jiran sebelah rumah bising mengejutkan kami berdua yang tinggal dirumah tengah loading ni, tak tahu bila nak siap sepenuhnya.

Kelam kabut jugalah kami berdua bangun mandi dengan air yang sejuknya menusuk ke tulang, nak panaskan airpun da tak sempat. Fuh!

Dalam perjalanan ke masjid, baru teringat aku lupa bawa sejadah dan sarung sembahyang. Aiyo! Inilah jadi kalau kelam kabut. Terpaksa aku patah balik!

Selesai saja solat sunat Aidilfitri, aku segera memohon maaf dengan mak. Sampai rumah terus sediakan barang-barang untuk hidangan kalau-kalau ada tetamu yang datang.

Mata ku pula semakin layu. Argh aku sudah tidak peduli, aku masuk ke bilik dan melelaplan diri setika. Nasib tak ada yang datang rumah beraya saat itu.

Dekat 4 jam juga aku telelap, chat dari dia membuatkan aku semangat untuk bangun. Aku minta dia datang rumah ambik aku nak jalan dengan dorang.

Jantung ku berdebar kencang, dia bersediakah jumpa mak aku? Betulkah tindakan aku ni? Aku takut buat silap. Cepat-cepat aku menunaikan solat zohor minta Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhiratku.

Alhamdulillah nyata Allah sentiasa ada bersama ku, mak ku menerima dia dengan baik. First time dalam hidup aku buat begini. Maksud aku yala pertama kali memperkenalkan secara rasmi dengan mak teman istimewaku.

No comments:

Post a Comment