Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, August 07, 2013

Malam Takbir

Argh! Berantakkan semuanya! Langsir yang aku pasang saat ini semuanya huru hara, tiada satupun yang betul aku pasang, ada yang terbalik dan ada juga yang saiz tak sama. Nyata jasad ku saja yang rancak bekerja tapi jiwa ku melayang terkenangkan hal semalam.

Semalam shopping bersama ibunya membuatkan aku kekok. Ya semestinya aku kekok, aku tak biasa dan pandai berpura-pura yang aku ni pandai layan orang. Apa yang mampu aku lakukan adalah menjadi diriku sendiri dan bersikap terbuka dengan ibunya.

Ibunya bagiku sama seperti ibuku, jika dilihat dari rupa paras mereka nampak sebaya, mungkin? Nasib saja aku dan kakak ku tak jadi pergi Tawau shopping baju raya, hikmahnya aku, dia dan ibu sama-sama keluar shopping buat pertama kalinya. Aku bangga sebab ibunya menerima aku dengan baik.

Ibunya bersungguh-sungguh membantu aku memilih baju raya yang sesuai untuk aku. Butik demi butik kami masuk masih tiada yang berkenan. Ada satu butik tu ada baju peplum dark blue, bagi aku dan dia baju tu cantik tapi ibunya tak berkenan. Aku ok jak.

Da nak 4pm akhirnya kami masuk butik peace, cari punya cari, ibunya dan dia berkenan dengan baju kurung moden ada sulaman lace warna pastel.

Masa fitting baju tu, ibunya siap tolong aku lagi. Finally kami bertiga suka dengan baju tu. Da pula, belum beli tudung. Sepanjang dalam kereta aku hanya membisu, bersuara hanya apabila diajak berbicara.

Da selesai beli tudung, kami gerak ke bazaar membeli kuih muih untuk bebuka. Aku hanya menidakkan apabila ditanya nak kuih mana satu. Ibunya pelik dengan tingkah ku, dia ingin aku memberitahu apa saja yang aku mahu makan. Tapi jujurnya aku memang tiasa selera makan kuih muih kat bazaar kecuali coklat. Erghh...

Bila da rapat dengan ibunya, aku jadi yakin aku akan menjadi sebahagian daripada keluarganya. Tapi aku sebenarnya masih ragu dengan hatinya. Hakikatnya sukar untuk kita percaya kali kedua bila sudah dilukakan.

Apapun aku harap lepas da harungi semua masalah-masalah hebat ni, hubungan kami akan jadi lebih baik.

Kiisah ini sebenarnya tentang hunting baju raya semalam tapi melalut jak lebih. Hehehehe

No comments:

Post a Comment