Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, August 08, 2013

Di Pagi Raya

Arghh apalah nasib lewat plak bangun pagi raya ni, xsempat nak solat subuh, mak pun sama akibat keletihan kami berdua telajak tido, nasib saja jiran sebelah rumah bising mengejutkan kami berdua yang tinggal dirumah tengah loading ni, tak tahu bila nak siap sepenuhnya.

Kelam kabut jugalah kami berdua bangun mandi dengan air yang sejuknya menusuk ke tulang, nak panaskan airpun da tak sempat. Fuh!

Dalam perjalanan ke masjid, baru teringat aku lupa bawa sejadah dan sarung sembahyang. Aiyo! Inilah jadi kalau kelam kabut. Terpaksa aku patah balik!

Selesai saja solat sunat Aidilfitri, aku segera memohon maaf dengan mak. Sampai rumah terus sediakan barang-barang untuk hidangan kalau-kalau ada tetamu yang datang.

Mata ku pula semakin layu. Argh aku sudah tidak peduli, aku masuk ke bilik dan melelaplan diri setika. Nasib tak ada yang datang rumah beraya saat itu.

Dekat 4 jam juga aku telelap, chat dari dia membuatkan aku semangat untuk bangun. Aku minta dia datang rumah ambik aku nak jalan dengan dorang.

Jantung ku berdebar kencang, dia bersediakah jumpa mak aku? Betulkah tindakan aku ni? Aku takut buat silap. Cepat-cepat aku menunaikan solat zohor minta Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhiratku.

Alhamdulillah nyata Allah sentiasa ada bersama ku, mak ku menerima dia dengan baik. First time dalam hidup aku buat begini. Maksud aku yala pertama kali memperkenalkan secara rasmi dengan mak teman istimewaku.

Wednesday, August 07, 2013

Malam Takbir

Argh! Berantakkan semuanya! Langsir yang aku pasang saat ini semuanya huru hara, tiada satupun yang betul aku pasang, ada yang terbalik dan ada juga yang saiz tak sama. Nyata jasad ku saja yang rancak bekerja tapi jiwa ku melayang terkenangkan hal semalam.

Semalam shopping bersama ibunya membuatkan aku kekok. Ya semestinya aku kekok, aku tak biasa dan pandai berpura-pura yang aku ni pandai layan orang. Apa yang mampu aku lakukan adalah menjadi diriku sendiri dan bersikap terbuka dengan ibunya.

Ibunya bagiku sama seperti ibuku, jika dilihat dari rupa paras mereka nampak sebaya, mungkin? Nasib saja aku dan kakak ku tak jadi pergi Tawau shopping baju raya, hikmahnya aku, dia dan ibu sama-sama keluar shopping buat pertama kalinya. Aku bangga sebab ibunya menerima aku dengan baik.

Ibunya bersungguh-sungguh membantu aku memilih baju raya yang sesuai untuk aku. Butik demi butik kami masuk masih tiada yang berkenan. Ada satu butik tu ada baju peplum dark blue, bagi aku dan dia baju tu cantik tapi ibunya tak berkenan. Aku ok jak.

Da nak 4pm akhirnya kami masuk butik peace, cari punya cari, ibunya dan dia berkenan dengan baju kurung moden ada sulaman lace warna pastel.

Masa fitting baju tu, ibunya siap tolong aku lagi. Finally kami bertiga suka dengan baju tu. Da pula, belum beli tudung. Sepanjang dalam kereta aku hanya membisu, bersuara hanya apabila diajak berbicara.

Da selesai beli tudung, kami gerak ke bazaar membeli kuih muih untuk bebuka. Aku hanya menidakkan apabila ditanya nak kuih mana satu. Ibunya pelik dengan tingkah ku, dia ingin aku memberitahu apa saja yang aku mahu makan. Tapi jujurnya aku memang tiasa selera makan kuih muih kat bazaar kecuali coklat. Erghh...

Bila da rapat dengan ibunya, aku jadi yakin aku akan menjadi sebahagian daripada keluarganya. Tapi aku sebenarnya masih ragu dengan hatinya. Hakikatnya sukar untuk kita percaya kali kedua bila sudah dilukakan.

Apapun aku harap lepas da harungi semua masalah-masalah hebat ni, hubungan kami akan jadi lebih baik.

Kiisah ini sebenarnya tentang hunting baju raya semalam tapi melalut jak lebih. Hehehehe

Tuesday, August 06, 2013

Bila Si Dia Sudah Ada Yang Punya


"Aku baru jak dapat taw tentang gfnya. Kata mereka perempuan tu budak kg Srijaya, cantik, putih, pakai tudung n muka baik. Pantas saja dia jatuh hati ngan perempuan tu. Aq kalah sebab walaupun aku putih tapi muka ku berparut ada jerawat. Tambah2 lagi aku memang xngam lgsg pakai tudung, tak terer nak pakai tapi aq pakai juga sebab aurat! Ternyata dia sama saja dengan lelaki lain yg pantang nampak pompuan lebih cantik dari gf sendiri.

Walau apa pun, parents dia maw dia bersama ngan aku. Ermm ni yg buat aq muskil. Apa dia kembali kat aku sebab dia masih sayang aku atau semata-mata sebab parents dia.

Tapi dia cakap dia da insaf dan menyesal dengan tindakannya. Everyone deserve second chance. Walaupun sebenarnya aq terluka tambahan lagi pompuan tu jauh lebih baik dari aku tapi aq masih mawkan dia. I need him! I'm suck without him!

Kesiannya diri ni bak tajuk lagu Hafiz Bahagiamu Deritaku.
Aq percaya setiap yg terjadi tu ada hikmahnya. Ini ujian Allah terhadap ku. Aq berdoa moga dia tidak lagi buat aku terluka. Cinta jarak jauh pastinya 90 peratus jadi macam ni.. Patutlah orang selalu nasihat syg n setia tu 50-50 masa couple. Tapi aq da terlanjur 100% sygkan dia. What to do? Sebesar mana pun salahnya, aq tetap maafkan."

Da abis baca kisah tu now jom intai tips bila si dia ada yang lain.

Dalam hubungan cinta jarak jauh sukar untuk kita tahu apa yang dilakukannya setiap hari, perubahan dirinya sukar diketahui kerna masing-masing berjauhan.

Komunikasi memainkan peranan penting. Kalau dulu setiap hari dia akan mesej or kol tapi tiba-tiba da jarang sangat nak contact. That's the clue, something must be wrong.

Bila dia reply mesej da tak semesra dulu, bz bz bz bz. Bila call banyak alasan, call dia tak sambut la, sambut pun hanya akan terasa macam dilayan dengan dingin. Mesej pun tanya satu jawab satu, nampak sangat tak nak mesej alasan bz.

Tup tup tup tiba-tiba lak dia minta dilupakan alasan orang tua tidak bersetuju sedangkan sebelum ni ok pula. Takpun alasan dia da tak ada rasa sayang kat korang. 99 percent sure dia sudah ada yang lain!

Dalam hubungan yang biasa pula berhati-hati bila dia sangat protective terhadap handphonenya. He never let you touch his hp? Be careful, tabahkan hati kerna pasti ada sesuatu yang disembunyikannya mungkin mesej atau gambar mereka. Nak pinjam kejap pun dia tak bagi, bila bagi pinjam dia ambik masa lama belek sana sini dulu kat hp tu baru bagi pinjam.

Dia da tak macam dulu excited bila nak jumpa kamu, pakai smart-smart. Ajak keluar pasti ada saja alasan diberi, penampilan pun da tak macam dulu smart giler.

Tingkah lakunya acuh tak acuh je nak balik cepat. Da tak ada apa sangat nak dibualkan. Kalau dulu dia sering buatmu tertawa dan rasa dilindungi tapi bila dia sudah ada yang lain pasti berlaku perubahan pada dirinya walaupun dia cuba berlagak biasa namun naluri hati terasa macam ada something wrong, beware guys.

That's it. If korang ada penunjuk yang lain, silalah share tanpa segan silu.