Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Sunday, January 05, 2014

Aku kekok fizikal contact




Tadi petang lepas selesai jak jawab exam General English kami geraklah maw p Tesko bah konok beli belanja dapur. Sebelum tu kami singgahlah masjid kebetulan da azan solat asar. Dipendekkan cerita, habis jak solat berjemaah macam besalah akan ada sesi bersalaman dan berlaga-laga pipi. Jujur aku sangat kekok bukan sebab aku berlagak ka apa, mungkin aku da tebiasa sejak kecil jarang sekali melakukan adegan sedemikian.. maksud aku berlaga-laga pipi walaupun sesama sejantina. aku rasa kekok sangat-sangat. Aku hanya melihat gelagat-gelagat mereka mencari jalan menggelak untuk belaga-laga pipi ni. Tiba-tiba gadis disebelahku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tak kanlah aku nak buat tak tahu jak kan. aku pun senyum dan menghulurkan tangan untuk besalaman. Nampak sangat aku kekok bila berlaga pipi hanya pipi sebelah kanan yang saling berlaga, pipi kiri tak berlaga pun, jauh sungguh jaraknya, tak dapat aku jangkakan. Aku hanya tersengih-sengih mungkin dia pun perasan aku nampak kekok melakukan adegan itu. kawan-kawan aku memang tahu aku sensetif bab-bab fizikal contact ni sebab itulah dorang pun jarang nak bersalaman dengan aku.

Aku bolehlah dikatakan hidup dalam keluarga yang agak rock. Ibu ku Hajah tapi bapa belum berkesempatan lagi menunaikan Haji. Kami jarang melakukan sentuhan fizikal macam bersalam atau berpelukan..bepegang tanganpun masa nak melintasi jalan raya, itu pun dengan mak. Hanya apabila aku balik kampung atau balik USM, barulah ada adegan bersalaman, bercium pipi dan berpelukan dengan ahli-ahli keluarga. ouuh please dun judge our life style. Kami memang agak rock tapi kami sangat rapat dan terlalu menyayangi antara satu sama lain cuma bab-bab fizikal contact ni agak jarang dilakukan.

Tiap kali hari raya wajiblah bersalam-salaman ni kan.. Masalahnya bila da sesi berkunjung or dikunjungi aku akan rasa was-was, timbul persoalan di otak ni nak salam orang ka tidak. Ntahlah..aku memang tak bepa suka bersalam-salam ni. Bukan sebab tak ada rasa hormat cuma ntahla kenapa. Even though bila ada orang terlanggar sikit badan aku ni, rasa lain da. Terus peluk tubuh, nak marah pun ada. Tapi sejak da berkali-kali kena tegur oleh someone, aku berusaha ringankan tangan bersalaman. Aku hanya akan salam orang-orang yang tua, mulanya aku hanya salam dengan posture sedikit tunduk pun kena comment..lepas tu aku tukar style, salam dengan letak tangan orang yang aku salam dekat dahi pun kena comment. Kini, aku da boleh salam orang dengan cium sekali tangan yang aku salam tu tapi rasa lain macam tu masih ada. 

Junior2 aku kat U ni pula rajin salam senior, bolehlah jadi sebahaian latihan untuk aku bersalaman dengan orang. Mungkin juga sebab aku 10 tahun mendapat pendidikan cina, budaya hidup pula agak kebaratan sebab bapa ku berbangsa bisaya. ok la da ada kesedaran bila da besar ni. Dulu menjadi budaya hidup bila berjumpa dengan yang lebih tua akan menundukkan badan dalam 90 darjah. Sejak hidup mula terdedah dengan macam-macam budaya ni, budaya menundukkan badan yang aku pelajari dari kecil mulai lupus dari kebiasaan hidupku.

Cara Islam lebih baik.. aku masih berusaha membuang rasa kekok bila bersalaman dengan orang lain. takut juga orang salah paham, nanti aku difikir sombong ka sebab tak nak salam orang. Chayok2! Usaha tangga kejayaan..pssttt.. adakah yang sama situasinya dengan aku??? 




No comments:

Post a Comment