Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, June 26, 2014

Penjagaan Kulit Muka Dengan Bahan Semula Jadi: Air Basuhan Beras

Orang tua kat kampung kita pernah bagi tips tentang air basuhan beras dijadikan pencuci muka. Masa itu belasan tahun lagi dan tak percaya sangat dengan petua-petua makcik-makcik kampung ni, yala petua-petua orang kampung tak ada bukti saintifik nak tunjuk kat anak muda yang perasan pandai sangat. Hahahaha 

Tiap kali kakak sulang suruh basuh beras untuk makan malam, sambil basuh beras tu jugalah asyik fikir betul ke air basuhan beras ni boleh buat muka bersih dan putih berseri? Macam tak percaya jer, kotor kot air basuhan ni. Akhirnya tak diaplikasikan pun petua yang makcik-makcik kampung bagi.

Bila da besar baru tahu ada betulnya air basuhan beras tu digunakan pencuci muka dan mulalah rajin guna petua ni. Orang dulu-dulu mana ada produk pencuci muka berlambak macam sekarang ni maka air basuhan beras tu lah dijadikan pencuci muka. 
sumbangan google image
Kalau korang nak taw bukan orang kita je guna air basuhan beras ni untuk cuci muka tapi hah negara kelahiran kpop pun amalkan khususnya bila bercakap tentang natural product. Pernah tonton rancangan variety ala-ala dokumetari yang diberi judul "Human Condition", pernah tonton tak? Hah cuba tonton sikit kat youtube channel KBS. Adalah dalam satu episod tu mereka kena hidup tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Wahh macam-macam alternatif lain mereka guna sebagai ganti kepada produk yang mengandungi bahan kimia antaranya pencuci muka, mereka gunakan air basuhan beras. 

Air basuhan beras ni mampu menanggalkan kotoran kat muka dan juga menyegarkan kulit muka. Bonus, mencuci muka dengan air basuhan beras juga mampu menjadi kulit muka kita lebih bermaya dan cerah berseri. K-style juga menyenaraikan air basuhan beras ni sebagai pencuci muka untuk mendapatkan kulit muka putih berseri. Tahukah anda sejarah SKII ada kaitannya dengan beras...Maka tidak hairanlah kalau air basuhan beras ini sangat baik untuk muka jika dijadikan pencuci muka pagi dan malam. Ehh kalau iyapun bersihkan dulu makeup yang tebal gedabak tu baru basuh dengan air basuhan beras yang mana beras tu sudahpun dibasuh terlebih dahulu sebanyak 3 kali. Tak paham juga macam nak cuci muka dengan air basuhan beras? Ikut arahan dibawah ni:

"Basuh beras sebanyak 3 kali seperti biasa macam basuh beras untuk masak nasi, kemudian basuhan terakhir gunakan sebagai pencuci muka."

Itu saja. Simply the best dan paling penting tak ada bahan kimia! Yeah bertambah lagi senarai produk penjagaan kulit anda daripada bahan-bahan semula jadi. Saya pun menggunakan petua ni jika giliran saya masak nasi. Kalau bukan giliran saya masak nasi maka saya pun basuh muka bersih-bersih dengan sponge dan air biasa.


inilah sponge saya guna untuk membasuh muka


"I don't use cleansing foam, I'm so into natural product because of my really sensitive skin" ~WilmaShana~


Wednesday, June 25, 2014

Survival Di Kota Metropolitan

Hello guys,
Maka selepas berhempas pulas dalam dewan peperiksaan untuk semester 6 ni, aku dan member aka jurucamku yang pro*Well siapa lagi nak puji dia kan kalau bukan saya..hahahaha nanti dia xnak tangkap gambar kita pulak.. akan bertolak ke KL...

wilmashana.blogspot.com
Yuhuu bunyi macam best tapi tidak sayang-sayangku sekalian, aku ke kota metropolitan ini untuk urusan kerja selama 2 bulan. Aarghh bunyi macam retis saja, tak ada maknanya. Yang sebenarnya ni hah memandangkan semester depan merupakan semester akhir saya berada di USM tercinta ni maka haruslah mini tesis Dokumen-dokumen Sejarah Malaysia disiapkan dalam tempoh 2 bulan. 

Yes dalam tempoh 2 bulan yakin aku mampu siapkan tugasan dalam masa sebulan saja dan yakin juga aku akan "beraya" di kota sibuk ini. Dalam tempoh ini maka aku akan menjadi pengunjung setia arkib negara di Kuala Lumpur menyelokar segala dokumen yang berkaitan.Tapi dunia blogging ni sesibuk mana pun nanti akan ku jenguk juga untuk update segala macam cerita dan update segala segment yang aku lancarkan.

Aku ada banyak mini projek untuk entry akan datang dalam blog ni. Masa yang terluang di kota metropolitan ni akan digunakan sebaiknya untuk membuat sedikit sebanyak tentang trendfashion dan lifestyle dll jugalah. Duduk di kota metropolitan ni mesti dapat macam-macam isu untuk dikeluarkan di blog ni. Oya sebelum terlupa ada sesiapa nak buat small gathering ker event ker untuk para blogger di KL ni silalah invite saya k. Ker ada siapa-siapa nak jemput saya ke rumah raya nanti..hahahaha *muka 10sen minta kena invite. I'll make time for that, yala kan bukan setiap hari kat arkib tu, lagi pula arkib bukannya buka 24/7... 

sumbangan google image
Ermm urusan sewa menyewa bilik untuk 2 bulan da setel sekarang nak cari duit belanja tuk survive dan ke sana sini. Maka kena buat part time juga ni al-maklumlah duit poket tinggal seratus lebih-lebih jer, tu pun tak lebih banyak, dalam 10sen 20sen adalah.. nak tak nak kena juga kerja kang tak pasal-pasal minta bantuan FAMA plak, tak naklah aku! Cantik jer plan aku kan..semoga berjaya Wilma Shana!!! Fighting for the survival in KL!! ^^! Pstt.. saya promoter yang cemerlang ada tak nak upah saya jadi promoter? Hehehehe ok bye..

~you can't always depends on your parents. You're 21 and above, survive on your own! Be an independent woman because being independent is a vital skill for people who wants to take control of their own lives~ wilmashana~

Rujukan:  FAMA merujuk kepada father and mother.



Monday, June 23, 2014

I Want To Be Next Malaysia Fashion Blogger

Hi, petang tadi keluar outing dengan member..huhuhuhu feeling jadi model sat. Berangan-angan nak jadi salah seorang fashion blogger.. Lepas ni nak buat research tentang fashion, bergaya tanpa perlu berbelanja banyak wang ringgit. Nantikan taw.. Layan dulu gambar-gambar petang tadi hasil tangkapan member saya Justinah Ismail aka photographer tak berapa nak pro..hahahaha tapi boleh tahan. Apa pun kena ucap terima kasih juga kat dia sebab tangkap gambar saya :) Yeah!

Gurls da get ready! Snap snap snap!!!
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com
wilmashana.blogspot.com


I'm super excited lol! 






Penjagaan Kulit Muka Dengan Bahan Semula Jadi: Telur

Kini, pelbagai jenis produk kecantikan dan penjagaan kulit muka boleh didapati dipasaran malangnya bagi saya dan rakannya yang mengalami masalah kulit sensetif, tidak mudah bagi kami untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar sesuai. Setahun yang lepas saya tidak lagi menggunakan produk kecantikan setelah mengalami keradangan di muka akibat penggunaan masker, krim muka, pencuci muka dan toner untuk menghilangkan blackheads, whiteheads dan juga jerawat. Hanya pelembap vitamin E daripada cosmoderm saya gunakan untuk menghilangkan parut jerawat, selebihnya tidak! Walaupun dinyatakan produk berkenaan sesuai untuk kulit sensetif malangnya kesan buruk yang saya terima. Bukan sekali saya terkena tapi berkali-kali, sejak daripada itu promoter mahupun konsultan kecantikan tidak lagi mudah menabur kata-kata magis mereka ke atas saya. 

Walaupun terdapat product kecantikkan dan penjagaan kulit muka yang diperbuat 100% daripada bahan semula jadi namun harganya lebih tinggi berbanding produk biasa. Maka adalah lebih baik untuk anda mula menjelajah ke dapur menghasilkan produck kecantikkan sendiri. Saya rasa lebih selamat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang dibuat di bilik saya sendiri tanpa campuran bahan-bahan kimia. Antara yang sangat menyembuhkan dan menyegarkan kulit muka saya adalah telur. Ya TELUR AYAM. Telur ayam ini banyak khasiatnya tidak kiranya sama ada putihnya mahupun kuningnya, dua-dua baik untuk kulit muka.

sumbangan google image

Putih telur ini sesuai dijadikan masker khususnya bagi kulit muka yang kering, berminyak dan berjerawat. Putih telur ini boleh mewujudkan satu keseimbangan ke atas kulit muka agar tidak terlalu kering dan uga tidak terlalu berminyak. Keupayaannya mengecilkan liang pori di muka dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat kerana liang pori yang besar boleh menyebabkan kotoran habuk tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat. Masker daripada putih telur juga boleh menghilangkan blackheads dan whiteheads.

Telur merupakan salah satu sumber protein dan baik untuk kesihatan otot. Selain itu, ianya juga mengandung banyak vitamin B2 dan vitamin B3 yang dapat mengatasi masalah jerawat, menghilangkan blackheads, whiteheads, mengecilkan liang pori di muka serta dapat mencerahkan kulit muka. 

Membuat masker daripada telur ini sangat mudah dan perlu dilakukan secara konsisten seminggu sekali untuk hasil yang superb. Hanya perlu pisahkan putih telur dengan kuning telur. Sapu putih telur tersebut ke seluruh muka. Untuk blacheads dan whiteheads di hidung, basahkan tisu yang nipis dengan putih telur dan letak dihidung seperti masker biasa. Selepas da betul-betul kering, bolehlah tarik perlahan-lahan tisu tersebut pasti rasanya seronok bila blackheads dan whiteheads turut serta tertarik melekat kat tisu tersebut. Kemudian bersihkan muka dengan air biasa, kulit muka akan rasa licin dan segar. Untuk melembapkan, kini giliran kuning telur pula untuk disapukan di muka. Jangan biarkan terlalu lama untuk memudahkan pembersihan sebab kuning telur bila da kering sangat susah nak dibersihkan, selapas 5 minit bolehlah cuci muka sekali lagi. :) 

*maaf sekiranya gambar dibawah ni berbau telur dan memualkan anda*

wilmashana.blogspot.com
Nampak sangat banyak bekas-bekas jerawat kan, alhamdulillah sekarang masalah jerawat bernanah da tak ada. O...ya saya juga tidak menggunakan sebarang pencuci muka, saya da tak percaya dengan clensing foam yang pelbagai di pasaran tu, hanya memudaratkan muka saya saja. Bak kata member air wuduk lagi power. over la plak..
Itu saja, mudah, murah dan yang paling penting bebas daripada bahan kimia. Yeah! Kini kulit sensetif seperti saya juga boleh menggunakan produk kecantikan daripada bahan semula jadi yang dibuat sendiri. Yuhuuu!!!

Baca sini untuk mengetahui bagaimana saya berjuang mengatasi masalah jerawat.



Saturday, June 21, 2014

Book Haul: Rich Dad Poor Dad

Sejak setahun yang lepas, nama Robert T. Kiyosaki mula menarik perhatian ku. Di mana saja penulisan atau pendidikan tentang kewangan pasti nama ini tidak ketinggalan dijadikan sebagai contoh. Akibat perasaan ingin tahu semakin membuak-buak aku mula aktif mencari di mana aku boleh mendapatkan buku-buku penulisannya yang popular dengan terma Rich Dad Poor Dad. 

Akhirnya, aku berjaya memiliki 2 buah penulisan beliau iaitu Rich Dad's Retire Young Retire Rich dan satu lagi penulisan bersama Donald J. Trump dalam Why We Want You To Be Rich. Kedua-dua buku ini turut diterbitkan dalam bahasa Melayu. Aku memilih untuk membaca edisi bahasa Melayu untuk memudahkan aku memahami dengan lebih tepat tentang ilmu-ilmu kewangan yang disampaikan. Kedua-dua buku ini juga tidaklah mahal, bagi aku pelaburan terhadap buku bukanlah satu perkara yang sia-sia. Tambah-tambah lagi kepala aku ni memang kepada business dan kewangan maka buku-buku sebegini merupakan salah satu genre kegemaranku.


Wilmashana.blogspot.com

Buku ini untuk mereka yang berniat untuk bersara pada usia muda sebagai orang kaya tanpa bebanan kewangan. Retire Young Retire Rich tentang bagaimana Robert T. Kiyosaki dan isterinya, Kim Kiyosaki memulakan kehidupan daripada kosong sehingga akhirnya mereka bersara tanpa sebarang beban kewangan. Proses tersebut mengambil masa kurang daripada sepuluh tahun. Melalui buku ini, diceritakan bagaimana mereka dapat melakukan hal tersebut. Sacara ringkasnya, kandungan buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Leverage Minda, Leverage Perancangan, Leverage Tindakan dan Leverage Langkah Pertama. 

Wilmashana.blogspot.com
Why We Want You To Be Rich adalah hasil tulisan bersama Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang telah diteremahkan oleh Fakharoll Rodziee Don. Kedua-dua jutawan ini berkongsi ilmu kewangan yang dibahagikan kepada 5 bahagian termasuklah tentang mengapa mereka menulis buku ini, tiga kategori pelaburan, detik penentuan antara menang dan kaya, apa yang kita lakukan sekiranya berada di tempat saya yakni pelajar, dewasa, orang kaya, orang gagal yang menjadi kaya... dan mari mulakan sekarang pelaburan hartanah, MLM, perniagaan sendiri...!

Apa yang saya taip disini hanya sedikit sahaja tentang buku-buku ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ini bolehlah mulakan langkah anda mengunjungi kedai-kedai buku berhampiran. Rich Dad's Retire Young Retire Rich edisi bahasa Melayu ini dijual pada harga RM33 (Semenanjung) RM36 (sabah & Sarawak) manakala Why We Want You To Be Rich pula pada harga RM30 (Semenanjung) dan RM33 (Sabah & Sarawak)

"Ada wang berjuta tapi tiada ilmu tiada gunanya, apalagi bagi yang tiada wang lagi tiada ilmu"-WilmaShana-
Kalau korang nak minta saya tolong dapatkannya juga boleh. Hantar email k.







G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover

Ramadhan datang lagi...!
Jemput semua blogger turut serta memeriahkan G.A ini.


Hanya perlu follow:
1. Blog Tea & Coffee Lover *compulsary
2. Twitter Am_Supergirl 
3. Intagram am_supergirl 

*Kilk sini IklanIklanIklanIklan, Iklan* compulsary

11 Hadiah istimewa untuk dimenangi
Duit Raya untuk Top Referral

Buat Entry "G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover"
dan tempek banner dengan link entry ni sekali. 
Tinggalkan url entry tersebut di ruangan komen dibawah ni okay.

*walaupun G. A ni bermula minggu depan tapi da boleh hantar penyertaan. Senarai peserta hanya akan diupdate pada minggu kedua selepas G.A ni secara rasmi bermula.

Update
1. http://zenithiman.blogspot.com/2014/06/ga-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
2. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
3. http://kenny977.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
4. http://www.syuhadasalleh.my/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
5. http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
6. http://misszimpleskorea.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
7. http://awansamudera.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
8. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
9. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
10. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
11. http://mininominomi.blogspot.com/2014/06/ga-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
12. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
13. http://www.linieynor.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
14. http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
15. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
16. http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
17. http://dot-sn.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
18. http://satujanjikita.blogspot.com/2014/06/ga-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
19. http://adna2029.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
20. http://officalmissyana.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
21. http://aliatulaiman.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
22. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
23. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
24. shaiza.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
25. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
26. http://yangbaik.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
27. http://kaiwifey.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
28. http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
29. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
30. http://thelilaein.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
31. http://shalmilanadya.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
32. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
33. http://hajarashikin.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
34. http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
35. http://belongtomee.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
36. http://syxfiqxnissx.blogspot.com/2014/06/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
37. http://www.cekgunorazimah.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
38. http://akusukaketawa.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
39. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html?m=0
40. http://mydreamhigh123.blogspot.com/2014/07/ga-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
41. http://imaneeda.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
42. http://adichiee.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
43. http://yunismart99.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
44. http://fiqanszsecrets.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
45. http://www.ayuinsyirah.my/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
46. http://eirza.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
47.  http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
48.  http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
49. http://erynagadisimple.blogspot.com/2014/07/giveaway-syoknya-ramadhan-datang-lagi.html
50. http://conanedogawa2657.blogspot.com/2014/07/hanya-perlu-follow-1.html
51. http://seaofpizzas.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
52. http://blogjoingiveawaycontest.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
53.  http://eurukaseven.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
54.  http://amirahamer.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
55.  http://raradeluxe.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
56.  http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
57.  http://nur-afiz.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
58.  http://akusukaketawa.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by_15.html
59. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
60. http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html
61.  http://siszetty.blogspot.com/2014/07/g-syoknya-ramadhan-datang-lagi-2014-by.html

G. A Tamat

Winner update soon. Stay alert :) Sorry for the delay.



Friday, June 20, 2014

Cara anda & muffins melawan pembunuh ke-3 terbesar di Malaysia.

Suka makan muffins tak? 
Tak kisahlah suka atau tidak sebab ini peluang anda untuk membantu memerangi pembunuh ke-3 terbesar di Malaysia iaitu Stroke.

Banana-protein-muffins-lucasjamespersonaltraining
This is how YOU & muffins are gonna battle the 3rd largest killer in Malaysia.
If there's one way you can help the survivors of the 3rd largest killer in Malaysia. It's THIS. Why muffins are involved? Find out HERE! 


Kisah ini akan membuatkan anda mahukan dia terus membuat kek
Stephanie Stephen Abok
I was selected as one of the 10 finalists of myBurgerLab 2014 New Year Resolution Challenge and have challenged myself to learn how to bake and organise two charity bake sales within six months to raise RM5,000 for a charity of my choice --- the National Stroke Association of Malaysia (NASAM).
This campaign will seek to create awareness of stroke and how it can happen to anyone, anytime and of any age....continue read







Thursday, June 19, 2014

Pencarian Bloglist 3 Hari by Tea & Coffee Lover

Bismillahirrahmanirrahim

wilmashana.blogspot.com

Dengan ini saya melancar pencarian bloglist 3 Hari. 
Tamat selepas 3 hari. Join cepat-cepat tau!
30 tempat disediakan 
dan 
Jika penyertaan tak sampai 30 maka semua layak
tersenarai dalam bloglist Tea & Coffee Lover hingga tahun depan.
Jika penyertaan lebih 30 
maka 3 blogger akan dipilih secara random dapat free gift.

Hanya perlu follow:
1. Blog Tea & Coffee Lover *compulsary
2. Twitter Am_Supergirl *Jika ada
3. Intagram am_supergirl *Jika ada

*Kilk sini Iklan, Iklan, Iklan, Iklan*

Buat Entry "Pencarian Bloglist 2014/2015 by Tea & Coffee Lover"
dan tempek banner dengan link entry ni sekali. 
Tinggalkan url entry tersebut di ruangan komen dibawah ni okay


Itu saja. 

*Update bakal-bakal rakan kongsi Tea & Coffee Lover


1. http://cahayakasih90.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
2. http://freejustforu.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
3. http://www.syuhadasalleh.my/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
4. http://kapas-putih.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
5. http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
6. http://zenithiman.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
7. http://cikna136.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
8. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
9. http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
10. http://themarshgold.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
11. http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
12. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
13. http://husnamalek.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
14. http://awansamudera.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
15. http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
16. http://karyamahirah.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
17. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
18. http://norshamimi.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
19. http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/06/adamtag-pencarian-bloglist-2-hari-by.html
20. http://dakkcique.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-3-hari-by-tea-coffee.html
21. http://kenny977.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
22. http://historyjitra.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
23. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
24. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html 
25. http://levyienah.blogspot.com/2014/06/pencarian-bloglist-20142015-by-tea.html
26. Giliran anda...

Terima Kasih korang semua yang sudi join segment ni, memandangkan penyertaan tak sampai 30, semua akan disenaraikan dalam bloglist Tea & Coffee Lover sehingga Tahun Januari tahun 2015 (tahun depan) Check taw blog korang kalau saya terlepas pandang belum termasuk dalam bloglist, inform saya k.. tq semua. Sudi2 lagilah join segment saya k :) Love uolls!!!

~Tamat~




Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Esok da tamat, sempat lagi nak join..hehehehe
korang kalau nak join the club masih sempat
jom jom jom klik banner di bawah k..
Good Luck semua^^!


Wednesday, June 18, 2014

Fahami Personaliti Pasangan Anda

Sumbangan google image

"Bila sampai satu tahap dalam sebuah perhubungan, kau rasa diri kau dengan si dia tidak lagi serasi. Setiap apa yang kau lakukan salah dimatanya, setiap apa dia putus sering menimbulkan rasa tidak puas dalam dirimu. Bila kau kata nak tea, dia pula nak coffee. ehhh... Bila kau kata tak nak, dia pula nak. Kau rasa seperti dirimu tidak difahami malah dia juga rasa sedemikian rupa. Semua serba berbeza sehingga membawa kepada krisis dalam perhubungan malah benda kecil dijadikan isu untuk bertekak. Sudah pudarkah rasa cinta yang sebelum ni meluap-luap? Maka keputusan berpisah itu kau rasa adalah terbaik untuk kedua-dua pihak." 
Personaliti pasangan  merupakan hal utama perlu dikaji untuk terus kekal bahagia bersama si dia sebagaimana saat mula saling berkenalan dan jatuh cinta.
Bukan salah perbezaan itu yang menjadi penyebab ketidakserasian malahan semasa  mula-mula jatuh cinta dulu, tarikan perbezaan itu yang melahirkan rasa cinta. Ada juga yang bahagia walaupun mempunyai personaliti yang berbeza kerana perbezaan itu dijadikan satu pelengkap antara satu sama lain.
 "Kau tak kuat makan, dia kuat makan dan dia akan selalu ada menghabiskan sisa makanan kau yang kau tak habis makan tu. Kau kuat berbelanja dan boros, si dia pula tahu berjimat cermat maka urusan kewangan menjadi tanggungjawabnya. Kau panas baran tapi dia seorang yang tenang maka tiap kali kau naik angin si dialah yang mennenangkan kau." 

Perbezaan personaliti ini kemudiannya membawa kepada kebahagiaan dan keseimbangan dalam perhubungan. Persoalannya, mengapa ada yang berpisah dengan alasan tiada keserasian? Dari aspek mana yang tidak serasi itu bergantung pada alasan mereka. Oleh itu, memahami personaliti pasangan anda adalah penting untuk menjamin kestabilan dalam hubungan. Secara umumnya terdapat tiga jenis personaliti individu iaitu head type, heart type and bowel type.

Sebelum itu jom kita uji personaliti pasangan anda dahulu dengan melihat  jawapan yang si dia pilih sama ada no 1, 2 atau 3?
Situasinya adalah ketika memilih menu makanan di restoran. Hal pertama yang difikirkannya sebelum membuat keputusan untuk memilih menu adalah?

1. Memilih pakej menu yang murah tetapi enak?

2. Memilih menu yang nampak sedap dan indah didalam booklet menu tersebut tanpa mempersoalkan harganya?

3. Memilih menu yang menghidang saiz yang leibh besar?

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 1:

Personaliti Si dia adalah Head typeHead type merupakan golongan yang mementing logik akal dan sering menganalisis dan sangat kurang mengambil risiko dalam kehidupan. Bagi golongan ini, ilmu pengetahuan dan matlumat adalah berharga. Mereka tidak lokek membelanja wang untuk membeli buku dan untuk kos pengajian. Kebanyakan golongan ini memiliki pekerjaan professional seperti doktor, jurutera dan pendidik.

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 2:

Personalitinya adalah Heart typeHeart type merupakan golongan yang beremosi dan sensetif dan kurang mengambil risiko tetapi tidak sekurang golongan head type. Hal-hal seperti fasyen, reka bentuk, hiburan, dan seni merupakan minat mereka. Mereka ini mempercayai orang disekeliling mereka merupakan aset dan lebih selesa bila urusan kewangan mereka diuruskan oleh orang lain. Perbelanjaan untuk menjaga imej mereka bukanlah satu perkara yang sia-sia bagi mereka, sebab itulah mereka tidak lokek bila mengeluarkan wang untuk dibelanjakan ke atas barangan berjenama tidak kiralah sama ada beg, kasut, pakaian atau barangan kemas. 

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 3:

Personalitinya adalah bowel typeBowel type pula merupakan golongan yang sangat mementingkan kesihatan. Dalam banyak hal, kesihatan merupakan perkara utama yang diberkan tumpuan. Namun demikian, golongan ini tidak lokek berbelanja ke atas makanan. Golongan ini juga tidak takut berhadapan dengan risiko yang tinggi sebab itulah golongan ini kebanyakkannya terdiri daripada usahawan dan terlibat dalam bidang hartanah dan pelaburan.

Memahami personaliti pasangan anda adalah penting untuk memudahkan anda memahami dirinya disamping anda boleh berusaha mewujudkan kestabilan dalam hubungan anda. Tiga jenis personaliti ini tidak bermaksud individu tersebut hanya terhad memiliki sifat-sifat salah satu jenis personaliti. Kadang kala seseorang itu memiliki personaliti yang pelbagai yang mana kadang kala dia menjadi head type tapi dalam hal yang lain dia juga adalah bowel type. Untuk nampak mudah misalnya dia rajin belajar tetapi juga seorang yang kuat makan.

Apa yang penting adalah, pelajari dan pahami personaliti pasangan anda sikit demi sikit. Walaubagaimanapun, hal ini bukan bermakna hanya satu pihak yang perlu memahami personaliti pasangannya, pihak yang difahami juga perlulah memahami pasangannya. Pendeknya, dua-dua pihak perlu berusaha memahami pasangan masing-masing untuk terus bahagia bersama-sama.

Memahami personaliti pasangan ini bukan sahaja diaplikasikan dalam hubungan percintaan tapi juga dalam menjaga hubungan persahabatan, hubungan ahli keluarga yang lain malah hubungan dengan klien perniagaan. Persafahaman adalah penting mewujudkan satu suasan yang harmoni. Oleh itu jom kita lapangkan dada menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita dan saling melangkapi dalam antara satu sama lain.

Terima kasih kepada yang sudi baca dan semoga berbahagia selalu. Semoga tips ini bermanfaat. Anyeong ^^!









Tuesday, June 17, 2014

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

Percaya atau tidak aku merupakan pencinta tea dan juga coffee tapi bukan coffee daripada Starbuck yang hang p duduk berjam-jam dengan 1 mug coffee bak orang kaya sambil main iphone, mac, tablet dan pelbagai macam gadget kau. Aku lebih menyukai tea dan coffee yang dibuat sendiri sambil baca buku history di pagi yang indah, Auchh kelas kau mak cik! That's just me, Tea & Coffee Lover!

Maka aku pun dengan berbesar hati menyertai segment pencarian 50 bloglist coffeelover.
Kamu pun nak join? Mudah saja, tekan banner ni okay.


Assamualaikum ^^!




Penipuan Cyber: Email Pishing Scam

Tergerak hati ini untuk buat entry tentang penipuan cyber akibat da berkali-kali menerima email dari pelbagai syarikat yang menyatakan saya memenangi wang tunai, yang terbaru adalah daripada United Nation World Bank kononnya saya menerima wang pampasan 5million us dollar dan juga memenangi Yahoo Award. Sebelum ni saya terus delete saja tapi kali attacement file tu saya buka dan download sebab nak buat entry ni. 

Saya harap rakan-rakan blogger sekalian mahupun my silent reader jangan mudah tertipu jika dapat email-email macam ni. Jangan tergoda dengan ayat-ayat manis yang diberikan, sekali matlumat peribadi korang mereka dapat maka tak akan tenanglah hidup korang. Kalau nak baca testimoni-tesmoni tentang penipuan cyber ni, korang searchlah kat google banyak yang berkongsi tentang email-email sedemikian rupa.

Penipuan melalui email ini dkategorikan sebagai Email Pishing  dan email yang saya terima ni kononnya daripada World Bank dan telah bersidang dan mengeluarkan 1 senarai nama yang menjadi mangsa penipuan. Blalalalala..bila masa pulakan saya jadi mangsa ni... Ayat bukan main power lagi, buat aku berfikir dua tiga kali bila masa aku jadi mangsa penipuan ni sampai boleh dapat wang pampasan begini banyak? kononyalah.. korang jangan mudah termakan teknik mereka ni.

Nampak sangat tipunyer
Yang bawah ni pula email daripada "Yahoo & Google" yang menyata telah menang wang tunai sebab aktif sangat online. Okay pasal online tu memang aktifpun tapi benda-benda macam ni tak payahlah nak percaya, da nama kaki tipu mesti macam teknik yang nampak real mereka akan guna. Adik-adik, kakak-kakak, makcik pakcik dan mak bapa yang dapat email-email macam ni janganlah dilayan, kalau sekadar nak baca itu boleh tapi jangan pula baca sampai terjatuh dalam perangkap email pishing ni yer.




Ada satu lagi jenis penipuan melalui panggilan telefon dikategorikan senagai "voice pishing". Penipuan macam ni, mereka akan call bakal-bakal mangsa dan buat kes, contohnya jadi pemenang bertuah, kena bayar saman dan bayar yuran tertunggak. Korang pernah tengok tak "Gag Concert" kat saluran KBS? Hah kalau korang selalu tengok, perasan tak akan akan segment lawak voice pishing. Walaupun benda tu lucu tapi itulah hakikatnya, bagus mereka ni buat kempen-kempen kesedaran tentang penipuan dalam bentuk lawak yang secara langsung memberikan satu pengajaran kepada penonton supaya tidak mudah tertipu dengan voice pishing dan segala macam pishing lagi, kalau fishing tak apa juga. Hehehehe

Ok tak nak bebel panjang-panjang lagi, cuma nak pesan jangan mudah termakan kata-kata manis mereka, nampak macam realkan? Rasa macam nak try contact mereka nak pastikan betul atau tidak kan? Nasihat saya sebagai blogger yang takla berpengalaman jadi mangsa scam ni tolonglah jangan cuba-cuba nak berhubungan dengan mereka ni kang tak pasal-pasal kena hypnosis korang juga yang susah.




Monday, June 16, 2014

Kolej Swasta vs STPM

Tengah sibuk buat persiapan peperiksaan akhir untuk semester 6 ni masuk pulak chat dari anak buah aku yang kononnya nak minta nasihat. Katanya nak masuk kolej sedangkan urusan kemasukan tingkatan 6 sudah dijalankan. Ok aku pun terangkanlah kat dia plan study yang mana lebih baik.

Tak salah bagi aku kalau dia nak masuk kolej2 swasta tu tapi kita ni village people, kena pilih plan study yang tidak membebankan kewangan disamping dapat menjamin masa depan.
Katanya bayar RM300 saja dan dapat pinjaman penuh. PTPTN? Berapa ribu? beribu-ribu? Aku ada member yang study kolej swasta yang pinjaman mereka mencecah 70ribu tuk 6 semester sahaja. Bila da keja kau jadi hamba hutang. Itu kalau kau dapat kerja, kalau tak kerja sampai bila kau nak buat rekod hidup hutang-hutang tu? Belum kira lagi masalah-masalah yang dorang hadapi akibat kos hidup perbelanjaan dan kos pembelajaran yang tinggi.

"Dorang cakap kolej ni lain dari yang lain." Wahai anak buahku memanglah tak akan ada yang akan cakap kolej mereka sama dengan kolej yang lain, itu semua teknik pemasaran nak tarik ko masuk study kat kolej dorang lepas tu bagi ko pinjaman ptptn bepuluh-puluh ribu dan kau pun happy dapat duit banyak masa study. Pinjaman berpuluh-puluh ribu kau tu belum tentu dapat tanggung kos-kos yuran dan sara hidup kau bulan-bulan. Kolej swasta dik mana ada yang murah! Daripada kau masuk kolej-kolej swasta ni sebagai mak cik kau, aku lebih sokong masuk tingkatan 6, kualitinya lebih terjamin, bukan semua boleh masuk ambik STPM, kau gagal SPM kau tak layak dik. If you know what I mean. 

Dan kau pun macam nak tak nak masuk tingkatan 6 sebab kau dengar pengalaman budak-budak village yang fail cakap STPM susah. Budak-budak tingkatan 6 macam aku dan member-member aku yang lain survive pula, tidaklah susah mana kalau kau study betul-betul. Rakan-rakan sekelas aku yang tak masuk U sekarang da kerja kerajaan jadi pegawai-pegawai biasa kat pendaftaran dan ada yang jadi polis (majoriti budak lelaki). Yang kau pi dengar cakap budak-budak STPM yang fail da kenapa? Memanglah dorang akan cakp susah, sapa suruh tak study lebih kuat, ingat nak melepak, dating, berfoya-foya, bergaya sana sini saja. Tak ada yang bodoh dan pandai cuma rajin dan malas saja. Akibat malas dan tidak berusnguh-sungguhlah tu mereka fail. Kita ni village people, tambahan pula village people yang hidup besa-besa malah kadang-kadang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf hidup kita jadi lebih baik. Tapi kenalah yang kena dengan tempatnya jangan sampai menyusahkan family.

Aku bertambah sakit hati bila kau cakap kau da bayar RM300 pendaftaran dan tak boleh nak refund da. Kan da kena maki hamun kau dengan aku! Kau buat keputusan macam tak ada hari esok, da lah wang 300 tu kau kena kerja 2 bulan part time baru dapat, tujuan wang tu asalnya kau nak urus kemasukan tingkatan 6 ko, beli buku-buku rujukan semua. Kau macam lalang nampak yang itu macam bagus kau masuk tanpa fikir panjang. Kau macam tak ada hari esok sampai tak sempat nak fikir lagi terus saja bayar. Kita ni village people, aku tak naklah nanti kau call mak bapa kau tiap-tiap bulan minta duit belanja. Kolej kau tu tempatnya bandar besar yang kos hidupnya kalah-kalah orang kaya kat village kita tu. Kita ni village people, nak masuk kolej-kolej macam tu kena fikir panjang!

Tahap pendidikan tu plak hanya diploma dan kau nak hutang beribu-ribu dari ptptn hanya untuk diploma dari kolej swasta. Lepas kau da grad nanti kau yakin kah kolej tu akan tunaikan jaminan pekerjaan yang diberi. Tiap-tiap tahun beribu-ribu graduan masuk pasaran kerja, yakin nak bersaing dengan graduan-graduan ni berbekalkan sijil diploma kau dari kolej tu? Satu lagi hal yang buat aku risau, kau baru belasan tahun, lepasan SPM budak village nak masuk study kolej swasta di bandar metropolitan, aku risau kau kena culture shock. Umur belasan tahun masuk bandar jauh dari family, sosial bandar tak sama dengan di village. Umur yang 20an masuk bandar pun boleh culture shock ni kan pulan belasan tahun macam kau.

Kita ni village people, isu hutang ptptn tu satu, jaminan pekerjaan tu satu, kos hidup kau d bandar lagi macam mana? Kolej swasta bagi aku its all about business! Aku tak nak anak-anak buah aku buat pilihan yang salah sebab tu aku provide and advice kau plan-plan pendidikan dari awal. Tapi kau mudah-mudah temakan janji-janji kolej yang buat pemasaran ke atas budak-budak village macam kau. Mak bapa kau pula tak tahu apa-apa sebab village people, mak cik kau yang lebih awal makan garam dari kau ni pun kau tak nak dengar.

Lepas tu kau cakap budak IPTA pun hutang PTPTN. Kita orang tak apa, hutang kita orang taklah mencecah beribu-ribu sampai RM70 ribu hanya untuk 6 sem, lingkungan RM30ribu-40ribu saja, itu pun IPTA dalam negeri dan bila kau dapat 1st kelas grad nanti, hutang tu akan kira langsai, hangus.
Kau pula umur baru belasan tahun, maklumlah lepasan spm da nak buat rekod hutang beribu-ribu.
Kau tak nak masuk tingkatan 6 sebab nampak kolot dan tak kren. Sedar-sedarlah kita ni village people bukan orang bandar yang kaya dan mak bapa berkerjaya.

Sekarang kau da dengar nasihat dari aku tapi kau nak juga masuk kolej swasta tu. Aku harap kau tak menyusahkan mak bapa kau minta duit belanja tiap-tiap bulan akibat wang PTPTN beribu-ribu tak mencukupi!

Aku bukan nak pandang rendah dengan kolej-kolej swasta ni. Okaylah tu dorang provide pendidikan untuk yang tak berapa nak lepas SPM or STPM. Masalahnya kau village people yang hidup family kau sentiasa dibebani masalah kewangan bagi aku kolej-kolej swasta bukan pilihan yang tepat untuk sambung belajar tambah-tambah kau budak village yang agak bijak dalam akademik, SPM kau cantik, aku boleh nampak  kau akan lepas STPM dan ada masa depan yang cerah. Lain ceritalah kalau kau village people mak bapa kaya dan mampu, suka hati kau lah nak belajar dimana-mana, aku tak akan halang kau.

Aku da bagi kau plan masuk tingkatan 6 dulu sebab kau masih muda, kalau kau lepas tingkatan terpulang kau nak kerja atau nak smabung belajar. At least kalau kau ada STPM, bolehlah kau menaruh sedikit harapan apply spa8. Kalau kau nak sambung belajar di IPTA bolehlah kau guna STPM kau tu apply biasiswa. Kerajaan Negeri kita akan bagi kau biasiswa kalau kau layak. Makanya kau kena kerja keras untuk dapatkan biasiswa tu. Kalau kau setakat nak lepas STPM dengan result yang biasa saja macam mana kau nak bersaing?

Penat aku nasihat kau dan bagi kau pilihan yang sesuai dengan kos yang mampu mak bapa kau tanggung dan sesui dengan result spm kau. Daripada kau masuk kolej yang aku sendiri pun tak perna dengar, lebih baik kau masuk kolej komuniti or KPTM kat village tu. Lebih dekat dengan rumah, kos hidup kau tak mahal.

Kau nak hidup macam aku, aku bagi jalan nak jadi macam aku tapi kau tak makan nasihat, kau nak juga pilih jalan kau sendiri yang aku susah nak terima sebab aku tahu benda-denda tu malah akan menyusahkan family kau nanti. Sia-sia kau ada mak cik macam aku tapi kau tak nak pakai nasihat dan cadangan aku.

Kalau kau masuk juga kolej tu, itu pilihan hidup kau. Sebagai mak cik kau, aku hanya mampu bagi nasihat yang terbaik untuk kau. Aku harap kau boleh buktikan yang aku buat penilaian yang salah tentang pilihan kau nak sambung belajar di kolej dan aku harap juga nanti kau tak menyusahkan mak bapa kau minta wang belanja setiap bulan! Semoga kau berjaya buktikan yang aku salah membuat penilaian. Aku cuma nakkan yang terbaik buat hidup kau dan mak bapa kau. Aku sayang mak kau, aku tak nak nanti dia menghadapi masalah-masalah yang tidak patut akibat kau. Cukuplah penderitaan yang dia tanggung selama ni. Aku tak nak dengar kau menyusahkan hidupnya. Buktikan pada mak cik kau yang kau buat keputusan yang tepat dan tidak akan menimbulkan masalah pada mak bapa kau.