Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, June 21, 2014

Book Haul: Rich Dad Poor Dad

Sejak setahun yang lepas, nama Robert T. Kiyosaki mula menarik perhatian ku. Di mana saja penulisan atau pendidikan tentang kewangan pasti nama ini tidak ketinggalan dijadikan sebagai contoh. Akibat perasaan ingin tahu semakin membuak-buak aku mula aktif mencari di mana aku boleh mendapatkan buku-buku penulisannya yang popular dengan terma Rich Dad Poor Dad. 

Akhirnya, aku berjaya memiliki 2 buah penulisan beliau iaitu Rich Dad's Retire Young Retire Rich dan satu lagi penulisan bersama Donald J. Trump dalam Why We Want You To Be Rich. Kedua-dua buku ini turut diterbitkan dalam bahasa Melayu. Aku memilih untuk membaca edisi bahasa Melayu untuk memudahkan aku memahami dengan lebih tepat tentang ilmu-ilmu kewangan yang disampaikan. Kedua-dua buku ini juga tidaklah mahal, bagi aku pelaburan terhadap buku bukanlah satu perkara yang sia-sia. Tambah-tambah lagi kepala aku ni memang kepada business dan kewangan maka buku-buku sebegini merupakan salah satu genre kegemaranku.


Wilmashana.blogspot.com

Buku ini untuk mereka yang berniat untuk bersara pada usia muda sebagai orang kaya tanpa bebanan kewangan. Retire Young Retire Rich tentang bagaimana Robert T. Kiyosaki dan isterinya, Kim Kiyosaki memulakan kehidupan daripada kosong sehingga akhirnya mereka bersara tanpa sebarang beban kewangan. Proses tersebut mengambil masa kurang daripada sepuluh tahun. Melalui buku ini, diceritakan bagaimana mereka dapat melakukan hal tersebut. Sacara ringkasnya, kandungan buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Leverage Minda, Leverage Perancangan, Leverage Tindakan dan Leverage Langkah Pertama. 

Wilmashana.blogspot.com
Why We Want You To Be Rich adalah hasil tulisan bersama Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang telah diteremahkan oleh Fakharoll Rodziee Don. Kedua-dua jutawan ini berkongsi ilmu kewangan yang dibahagikan kepada 5 bahagian termasuklah tentang mengapa mereka menulis buku ini, tiga kategori pelaburan, detik penentuan antara menang dan kaya, apa yang kita lakukan sekiranya berada di tempat saya yakni pelajar, dewasa, orang kaya, orang gagal yang menjadi kaya... dan mari mulakan sekarang pelaburan hartanah, MLM, perniagaan sendiri...!

Apa yang saya taip disini hanya sedikit sahaja tentang buku-buku ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ini bolehlah mulakan langkah anda mengunjungi kedai-kedai buku berhampiran. Rich Dad's Retire Young Retire Rich edisi bahasa Melayu ini dijual pada harga RM33 (Semenanjung) RM36 (sabah & Sarawak) manakala Why We Want You To Be Rich pula pada harga RM30 (Semenanjung) dan RM33 (Sabah & Sarawak)

"Ada wang berjuta tapi tiada ilmu tiada gunanya, apalagi bagi yang tiada wang lagi tiada ilmu"-WilmaShana-
Kalau korang nak minta saya tolong dapatkannya juga boleh. Hantar email k.







2 comments:

  1. Nak pinjam la macam ni...minat nak baca...to selalu nak beli yg lain

    ReplyDelete
  2. Bestnya .. macam nak kena beli jugak

    ReplyDelete