Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, June 18, 2014

Fahami Personaliti Pasangan Anda

Sumbangan google image

"Bila sampai satu tahap dalam sebuah perhubungan, kau rasa diri kau dengan si dia tidak lagi serasi. Setiap apa yang kau lakukan salah dimatanya, setiap apa dia putus sering menimbulkan rasa tidak puas dalam dirimu. Bila kau kata nak tea, dia pula nak coffee. ehhh... Bila kau kata tak nak, dia pula nak. Kau rasa seperti dirimu tidak difahami malah dia juga rasa sedemikian rupa. Semua serba berbeza sehingga membawa kepada krisis dalam perhubungan malah benda kecil dijadikan isu untuk bertekak. Sudah pudarkah rasa cinta yang sebelum ni meluap-luap? Maka keputusan berpisah itu kau rasa adalah terbaik untuk kedua-dua pihak." 
Personaliti pasangan  merupakan hal utama perlu dikaji untuk terus kekal bahagia bersama si dia sebagaimana saat mula saling berkenalan dan jatuh cinta.
Bukan salah perbezaan itu yang menjadi penyebab ketidakserasian malahan semasa  mula-mula jatuh cinta dulu, tarikan perbezaan itu yang melahirkan rasa cinta. Ada juga yang bahagia walaupun mempunyai personaliti yang berbeza kerana perbezaan itu dijadikan satu pelengkap antara satu sama lain.
 "Kau tak kuat makan, dia kuat makan dan dia akan selalu ada menghabiskan sisa makanan kau yang kau tak habis makan tu. Kau kuat berbelanja dan boros, si dia pula tahu berjimat cermat maka urusan kewangan menjadi tanggungjawabnya. Kau panas baran tapi dia seorang yang tenang maka tiap kali kau naik angin si dialah yang mennenangkan kau." 

Perbezaan personaliti ini kemudiannya membawa kepada kebahagiaan dan keseimbangan dalam perhubungan. Persoalannya, mengapa ada yang berpisah dengan alasan tiada keserasian? Dari aspek mana yang tidak serasi itu bergantung pada alasan mereka. Oleh itu, memahami personaliti pasangan anda adalah penting untuk menjamin kestabilan dalam hubungan. Secara umumnya terdapat tiga jenis personaliti individu iaitu head type, heart type and bowel type.

Sebelum itu jom kita uji personaliti pasangan anda dahulu dengan melihat  jawapan yang si dia pilih sama ada no 1, 2 atau 3?
Situasinya adalah ketika memilih menu makanan di restoran. Hal pertama yang difikirkannya sebelum membuat keputusan untuk memilih menu adalah?

1. Memilih pakej menu yang murah tetapi enak?

2. Memilih menu yang nampak sedap dan indah didalam booklet menu tersebut tanpa mempersoalkan harganya?

3. Memilih menu yang menghidang saiz yang leibh besar?

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 1:

Personaliti Si dia adalah Head typeHead type merupakan golongan yang mementing logik akal dan sering menganalisis dan sangat kurang mengambil risiko dalam kehidupan. Bagi golongan ini, ilmu pengetahuan dan matlumat adalah berharga. Mereka tidak lokek membelanja wang untuk membeli buku dan untuk kos pengajian. Kebanyakan golongan ini memiliki pekerjaan professional seperti doktor, jurutera dan pendidik.

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 2:

Personalitinya adalah Heart typeHeart type merupakan golongan yang beremosi dan sensetif dan kurang mengambil risiko tetapi tidak sekurang golongan head type. Hal-hal seperti fasyen, reka bentuk, hiburan, dan seni merupakan minat mereka. Mereka ini mempercayai orang disekeliling mereka merupakan aset dan lebih selesa bila urusan kewangan mereka diuruskan oleh orang lain. Perbelanjaan untuk menjaga imej mereka bukanlah satu perkara yang sia-sia bagi mereka, sebab itulah mereka tidak lokek bila mengeluarkan wang untuk dibelanjakan ke atas barangan berjenama tidak kiralah sama ada beg, kasut, pakaian atau barangan kemas. 

Sekiranya si dia memilih jawapan nombor 3:

Personalitinya adalah bowel typeBowel type pula merupakan golongan yang sangat mementingkan kesihatan. Dalam banyak hal, kesihatan merupakan perkara utama yang diberkan tumpuan. Namun demikian, golongan ini tidak lokek berbelanja ke atas makanan. Golongan ini juga tidak takut berhadapan dengan risiko yang tinggi sebab itulah golongan ini kebanyakkannya terdiri daripada usahawan dan terlibat dalam bidang hartanah dan pelaburan.

Memahami personaliti pasangan anda adalah penting untuk memudahkan anda memahami dirinya disamping anda boleh berusaha mewujudkan kestabilan dalam hubungan anda. Tiga jenis personaliti ini tidak bermaksud individu tersebut hanya terhad memiliki sifat-sifat salah satu jenis personaliti. Kadang kala seseorang itu memiliki personaliti yang pelbagai yang mana kadang kala dia menjadi head type tapi dalam hal yang lain dia juga adalah bowel type. Untuk nampak mudah misalnya dia rajin belajar tetapi juga seorang yang kuat makan.

Apa yang penting adalah, pelajari dan pahami personaliti pasangan anda sikit demi sikit. Walaubagaimanapun, hal ini bukan bermakna hanya satu pihak yang perlu memahami personaliti pasangannya, pihak yang difahami juga perlulah memahami pasangannya. Pendeknya, dua-dua pihak perlu berusaha memahami pasangan masing-masing untuk terus bahagia bersama-sama.

Memahami personaliti pasangan ini bukan sahaja diaplikasikan dalam hubungan percintaan tapi juga dalam menjaga hubungan persahabatan, hubungan ahli keluarga yang lain malah hubungan dengan klien perniagaan. Persafahaman adalah penting mewujudkan satu suasan yang harmoni. Oleh itu jom kita lapangkan dada menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita dan saling melangkapi dalam antara satu sama lain.

Terima kasih kepada yang sudi baca dan semoga berbahagia selalu. Semoga tips ini bermanfaat. Anyeong ^^!









1 comment:

  1. Tq Shana ..Perkongsian berguna untuk kita fahami personaliti pasangan kita ..

    ReplyDelete