Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, June 16, 2014

Kolej Swasta vs STPM

Tengah sibuk buat persiapan peperiksaan akhir untuk semester 6 ni masuk pulak chat dari anak buah aku yang kononnya nak minta nasihat. Katanya nak masuk kolej sedangkan urusan kemasukan tingkatan 6 sudah dijalankan. Ok aku pun terangkanlah kat dia plan study yang mana lebih baik.

Tak salah bagi aku kalau dia nak masuk kolej2 swasta tu tapi kita ni village people, kena pilih plan study yang tidak membebankan kewangan disamping dapat menjamin masa depan.
Katanya bayar RM300 saja dan dapat pinjaman penuh. PTPTN? Berapa ribu? beribu-ribu? Aku ada member yang study kolej swasta yang pinjaman mereka mencecah 70ribu tuk 6 semester sahaja. Bila da keja kau jadi hamba hutang. Itu kalau kau dapat kerja, kalau tak kerja sampai bila kau nak buat rekod hidup hutang-hutang tu? Belum kira lagi masalah-masalah yang dorang hadapi akibat kos hidup perbelanjaan dan kos pembelajaran yang tinggi.

"Dorang cakap kolej ni lain dari yang lain." Wahai anak buahku memanglah tak akan ada yang akan cakap kolej mereka sama dengan kolej yang lain, itu semua teknik pemasaran nak tarik ko masuk study kat kolej dorang lepas tu bagi ko pinjaman ptptn bepuluh-puluh ribu dan kau pun happy dapat duit banyak masa study. Pinjaman berpuluh-puluh ribu kau tu belum tentu dapat tanggung kos-kos yuran dan sara hidup kau bulan-bulan. Kolej swasta dik mana ada yang murah! Daripada kau masuk kolej-kolej swasta ni sebagai mak cik kau, aku lebih sokong masuk tingkatan 6, kualitinya lebih terjamin, bukan semua boleh masuk ambik STPM, kau gagal SPM kau tak layak dik. If you know what I mean. 

Dan kau pun macam nak tak nak masuk tingkatan 6 sebab kau dengar pengalaman budak-budak village yang fail cakap STPM susah. Budak-budak tingkatan 6 macam aku dan member-member aku yang lain survive pula, tidaklah susah mana kalau kau study betul-betul. Rakan-rakan sekelas aku yang tak masuk U sekarang da kerja kerajaan jadi pegawai-pegawai biasa kat pendaftaran dan ada yang jadi polis (majoriti budak lelaki). Yang kau pi dengar cakap budak-budak STPM yang fail da kenapa? Memanglah dorang akan cakp susah, sapa suruh tak study lebih kuat, ingat nak melepak, dating, berfoya-foya, bergaya sana sini saja. Tak ada yang bodoh dan pandai cuma rajin dan malas saja. Akibat malas dan tidak berusnguh-sungguhlah tu mereka fail. Kita ni village people, tambahan pula village people yang hidup besa-besa malah kadang-kadang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf hidup kita jadi lebih baik. Tapi kenalah yang kena dengan tempatnya jangan sampai menyusahkan family.

Aku bertambah sakit hati bila kau cakap kau da bayar RM300 pendaftaran dan tak boleh nak refund da. Kan da kena maki hamun kau dengan aku! Kau buat keputusan macam tak ada hari esok, da lah wang 300 tu kau kena kerja 2 bulan part time baru dapat, tujuan wang tu asalnya kau nak urus kemasukan tingkatan 6 ko, beli buku-buku rujukan semua. Kau macam lalang nampak yang itu macam bagus kau masuk tanpa fikir panjang. Kau macam tak ada hari esok sampai tak sempat nak fikir lagi terus saja bayar. Kita ni village people, aku tak naklah nanti kau call mak bapa kau tiap-tiap bulan minta duit belanja. Kolej kau tu tempatnya bandar besar yang kos hidupnya kalah-kalah orang kaya kat village kita tu. Kita ni village people, nak masuk kolej-kolej macam tu kena fikir panjang!

Tahap pendidikan tu plak hanya diploma dan kau nak hutang beribu-ribu dari ptptn hanya untuk diploma dari kolej swasta. Lepas kau da grad nanti kau yakin kah kolej tu akan tunaikan jaminan pekerjaan yang diberi. Tiap-tiap tahun beribu-ribu graduan masuk pasaran kerja, yakin nak bersaing dengan graduan-graduan ni berbekalkan sijil diploma kau dari kolej tu? Satu lagi hal yang buat aku risau, kau baru belasan tahun, lepasan SPM budak village nak masuk study kolej swasta di bandar metropolitan, aku risau kau kena culture shock. Umur belasan tahun masuk bandar jauh dari family, sosial bandar tak sama dengan di village. Umur yang 20an masuk bandar pun boleh culture shock ni kan pulan belasan tahun macam kau.

Kita ni village people, isu hutang ptptn tu satu, jaminan pekerjaan tu satu, kos hidup kau d bandar lagi macam mana? Kolej swasta bagi aku its all about business! Aku tak nak anak-anak buah aku buat pilihan yang salah sebab tu aku provide and advice kau plan-plan pendidikan dari awal. Tapi kau mudah-mudah temakan janji-janji kolej yang buat pemasaran ke atas budak-budak village macam kau. Mak bapa kau pula tak tahu apa-apa sebab village people, mak cik kau yang lebih awal makan garam dari kau ni pun kau tak nak dengar.

Lepas tu kau cakap budak IPTA pun hutang PTPTN. Kita orang tak apa, hutang kita orang taklah mencecah beribu-ribu sampai RM70 ribu hanya untuk 6 sem, lingkungan RM30ribu-40ribu saja, itu pun IPTA dalam negeri dan bila kau dapat 1st kelas grad nanti, hutang tu akan kira langsai, hangus.
Kau pula umur baru belasan tahun, maklumlah lepasan spm da nak buat rekod hutang beribu-ribu.
Kau tak nak masuk tingkatan 6 sebab nampak kolot dan tak kren. Sedar-sedarlah kita ni village people bukan orang bandar yang kaya dan mak bapa berkerjaya.

Sekarang kau da dengar nasihat dari aku tapi kau nak juga masuk kolej swasta tu. Aku harap kau tak menyusahkan mak bapa kau minta duit belanja tiap-tiap bulan akibat wang PTPTN beribu-ribu tak mencukupi!

Aku bukan nak pandang rendah dengan kolej-kolej swasta ni. Okaylah tu dorang provide pendidikan untuk yang tak berapa nak lepas SPM or STPM. Masalahnya kau village people yang hidup family kau sentiasa dibebani masalah kewangan bagi aku kolej-kolej swasta bukan pilihan yang tepat untuk sambung belajar tambah-tambah kau budak village yang agak bijak dalam akademik, SPM kau cantik, aku boleh nampak  kau akan lepas STPM dan ada masa depan yang cerah. Lain ceritalah kalau kau village people mak bapa kaya dan mampu, suka hati kau lah nak belajar dimana-mana, aku tak akan halang kau.

Aku da bagi kau plan masuk tingkatan 6 dulu sebab kau masih muda, kalau kau lepas tingkatan terpulang kau nak kerja atau nak smabung belajar. At least kalau kau ada STPM, bolehlah kau menaruh sedikit harapan apply spa8. Kalau kau nak sambung belajar di IPTA bolehlah kau guna STPM kau tu apply biasiswa. Kerajaan Negeri kita akan bagi kau biasiswa kalau kau layak. Makanya kau kena kerja keras untuk dapatkan biasiswa tu. Kalau kau setakat nak lepas STPM dengan result yang biasa saja macam mana kau nak bersaing?

Penat aku nasihat kau dan bagi kau pilihan yang sesuai dengan kos yang mampu mak bapa kau tanggung dan sesui dengan result spm kau. Daripada kau masuk kolej yang aku sendiri pun tak perna dengar, lebih baik kau masuk kolej komuniti or KPTM kat village tu. Lebih dekat dengan rumah, kos hidup kau tak mahal.

Kau nak hidup macam aku, aku bagi jalan nak jadi macam aku tapi kau tak makan nasihat, kau nak juga pilih jalan kau sendiri yang aku susah nak terima sebab aku tahu benda-denda tu malah akan menyusahkan family kau nanti. Sia-sia kau ada mak cik macam aku tapi kau tak nak pakai nasihat dan cadangan aku.

Kalau kau masuk juga kolej tu, itu pilihan hidup kau. Sebagai mak cik kau, aku hanya mampu bagi nasihat yang terbaik untuk kau. Aku harap kau boleh buktikan yang aku buat penilaian yang salah tentang pilihan kau nak sambung belajar di kolej dan aku harap juga nanti kau tak menyusahkan mak bapa kau minta wang belanja setiap bulan! Semoga kau berjaya buktikan yang aku salah membuat penilaian. Aku cuma nakkan yang terbaik buat hidup kau dan mak bapa kau. Aku sayang mak kau, aku tak nak nanti dia menghadapi masalah-masalah yang tidak patut akibat kau. Cukuplah penderitaan yang dia tanggung selama ni. Aku tak nak dengar kau menyusahkan hidupnya. Buktikan pada mak cik kau yang kau buat keputusan yang tepat dan tidak akan menimbulkan masalah pada mak bapa kau.




7 comments:

  1. bagus nasihat mak cik nye..hii
    betul better ambil tingkatan 6 la. =)

    ReplyDelete
  2. hehe..panjang lebar makcik bagi nasihat..aq pun rasa better amik STPM then for degree boleh fikir nak sambung ke IPTA..kolej ni kena sedia duit jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah mak cik siap emosi lagi bagi advice..thanks sudi baca

      Delete
  3. hihi thanks akak,nasihat yg berguna ar! sekarang ni kite masuk form 6 jugak hee

    ReplyDelete
  4. syira lepasan stpm..skrg hanya tunggu degree :) yuran murah...jimat !

    ReplyDelete