Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Tuesday, June 17, 2014

Penipuan Cyber: Email Pishing Scam

Tergerak hati ini untuk buat entry tentang penipuan cyber akibat da berkali-kali menerima email dari pelbagai syarikat yang menyatakan saya memenangi wang tunai, yang terbaru adalah daripada United Nation World Bank kononnya saya menerima wang pampasan 5million us dollar dan juga memenangi Yahoo Award. Sebelum ni saya terus delete saja tapi kali attacement file tu saya buka dan download sebab nak buat entry ni. 

Saya harap rakan-rakan blogger sekalian mahupun my silent reader jangan mudah tertipu jika dapat email-email macam ni. Jangan tergoda dengan ayat-ayat manis yang diberikan, sekali matlumat peribadi korang mereka dapat maka tak akan tenanglah hidup korang. Kalau nak baca testimoni-tesmoni tentang penipuan cyber ni, korang searchlah kat google banyak yang berkongsi tentang email-email sedemikian rupa.

Penipuan melalui email ini dkategorikan sebagai Email Pishing  dan email yang saya terima ni kononnya daripada World Bank dan telah bersidang dan mengeluarkan 1 senarai nama yang menjadi mangsa penipuan. Blalalalala..bila masa pulakan saya jadi mangsa ni... Ayat bukan main power lagi, buat aku berfikir dua tiga kali bila masa aku jadi mangsa penipuan ni sampai boleh dapat wang pampasan begini banyak? kononyalah.. korang jangan mudah termakan teknik mereka ni.

Nampak sangat tipunyer
Yang bawah ni pula email daripada "Yahoo & Google" yang menyata telah menang wang tunai sebab aktif sangat online. Okay pasal online tu memang aktifpun tapi benda-benda macam ni tak payahlah nak percaya, da nama kaki tipu mesti macam teknik yang nampak real mereka akan guna. Adik-adik, kakak-kakak, makcik pakcik dan mak bapa yang dapat email-email macam ni janganlah dilayan, kalau sekadar nak baca itu boleh tapi jangan pula baca sampai terjatuh dalam perangkap email pishing ni yer.




Ada satu lagi jenis penipuan melalui panggilan telefon dikategorikan senagai "voice pishing". Penipuan macam ni, mereka akan call bakal-bakal mangsa dan buat kes, contohnya jadi pemenang bertuah, kena bayar saman dan bayar yuran tertunggak. Korang pernah tengok tak "Gag Concert" kat saluran KBS? Hah kalau korang selalu tengok, perasan tak akan akan segment lawak voice pishing. Walaupun benda tu lucu tapi itulah hakikatnya, bagus mereka ni buat kempen-kempen kesedaran tentang penipuan dalam bentuk lawak yang secara langsung memberikan satu pengajaran kepada penonton supaya tidak mudah tertipu dengan voice pishing dan segala macam pishing lagi, kalau fishing tak apa juga. Hehehehe

Ok tak nak bebel panjang-panjang lagi, cuma nak pesan jangan mudah termakan kata-kata manis mereka, nampak macam realkan? Rasa macam nak try contact mereka nak pastikan betul atau tidak kan? Nasihat saya sebagai blogger yang takla berpengalaman jadi mangsa scam ni tolonglah jangan cuba-cuba nak berhubungan dengan mereka ni kang tak pasal-pasal kena hypnosis korang juga yang susah.




2 comments:

  1. Penipuan Cyber, Email Phishing Scam ini makin menjadi2. paling banyak saya dapat dari M2U ntah sape2 la sendernya. Terus masukkan dalam junk / spam mail.

    ReplyDelete
  2. betul tu...janganlah sebarangan main klik je link yang dapat through email atau sms

    ReplyDelete