Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Monday, June 23, 2014

Penjagaan Kulit Muka Dengan Bahan Semula Jadi: Telur

Kini, pelbagai jenis produk kecantikan dan penjagaan kulit muka boleh didapati dipasaran malangnya bagi saya dan rakannya yang mengalami masalah kulit sensetif, tidak mudah bagi kami untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar sesuai. Setahun yang lepas saya tidak lagi menggunakan produk kecantikan setelah mengalami keradangan di muka akibat penggunaan masker, krim muka, pencuci muka dan toner untuk menghilangkan blackheads, whiteheads dan juga jerawat. Hanya pelembap vitamin E daripada cosmoderm saya gunakan untuk menghilangkan parut jerawat, selebihnya tidak! Walaupun dinyatakan produk berkenaan sesuai untuk kulit sensetif malangnya kesan buruk yang saya terima. Bukan sekali saya terkena tapi berkali-kali, sejak daripada itu promoter mahupun konsultan kecantikan tidak lagi mudah menabur kata-kata magis mereka ke atas saya. 

Walaupun terdapat product kecantikkan dan penjagaan kulit muka yang diperbuat 100% daripada bahan semula jadi namun harganya lebih tinggi berbanding produk biasa. Maka adalah lebih baik untuk anda mula menjelajah ke dapur menghasilkan produck kecantikkan sendiri. Saya rasa lebih selamat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang dibuat di bilik saya sendiri tanpa campuran bahan-bahan kimia. Antara yang sangat menyembuhkan dan menyegarkan kulit muka saya adalah telur. Ya TELUR AYAM. Telur ayam ini banyak khasiatnya tidak kiranya sama ada putihnya mahupun kuningnya, dua-dua baik untuk kulit muka.

sumbangan google image

Putih telur ini sesuai dijadikan masker khususnya bagi kulit muka yang kering, berminyak dan berjerawat. Putih telur ini boleh mewujudkan satu keseimbangan ke atas kulit muka agar tidak terlalu kering dan uga tidak terlalu berminyak. Keupayaannya mengecilkan liang pori di muka dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat kerana liang pori yang besar boleh menyebabkan kotoran habuk tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat. Masker daripada putih telur juga boleh menghilangkan blackheads dan whiteheads.

Telur merupakan salah satu sumber protein dan baik untuk kesihatan otot. Selain itu, ianya juga mengandung banyak vitamin B2 dan vitamin B3 yang dapat mengatasi masalah jerawat, menghilangkan blackheads, whiteheads, mengecilkan liang pori di muka serta dapat mencerahkan kulit muka. 

Membuat masker daripada telur ini sangat mudah dan perlu dilakukan secara konsisten seminggu sekali untuk hasil yang superb. Hanya perlu pisahkan putih telur dengan kuning telur. Sapu putih telur tersebut ke seluruh muka. Untuk blacheads dan whiteheads di hidung, basahkan tisu yang nipis dengan putih telur dan letak dihidung seperti masker biasa. Selepas da betul-betul kering, bolehlah tarik perlahan-lahan tisu tersebut pasti rasanya seronok bila blackheads dan whiteheads turut serta tertarik melekat kat tisu tersebut. Kemudian bersihkan muka dengan air biasa, kulit muka akan rasa licin dan segar. Untuk melembapkan, kini giliran kuning telur pula untuk disapukan di muka. Jangan biarkan terlalu lama untuk memudahkan pembersihan sebab kuning telur bila da kering sangat susah nak dibersihkan, selapas 5 minit bolehlah cuci muka sekali lagi. :) 

*maaf sekiranya gambar dibawah ni berbau telur dan memualkan anda*

wilmashana.blogspot.com
Nampak sangat banyak bekas-bekas jerawat kan, alhamdulillah sekarang masalah jerawat bernanah da tak ada. O...ya saya juga tidak menggunakan sebarang pencuci muka, saya da tak percaya dengan clensing foam yang pelbagai di pasaran tu, hanya memudaratkan muka saya saja. Bak kata member air wuduk lagi power. over la plak..
Itu saja, mudah, murah dan yang paling penting bebas daripada bahan kimia. Yeah! Kini kulit sensetif seperti saya juga boleh menggunakan produk kecantikan daripada bahan semula jadi yang dibuat sendiri. Yuhuuu!!!

Baca sini untuk mengetahui bagaimana saya berjuang mengatasi masalah jerawat.



4 comments:

  1. bahan semula jadi lagi baik kan,confirm2 takde ingredient yang dangerous untuk kulit,hehe :)

    ReplyDelete
  2. Jimat n sangat berkesan..... thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  3. yup...memang suka masker telur ni..bau sikit tapi hasilnya memuaskan!

    ReplyDelete
  4. biasa telur putih dan telur kuning saya buat telur setengah masak dan minum ja. rupanya ada kegunaan lain. boleh cuba lepas ni.

    ReplyDelete