Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, June 26, 2014

Penjagaan Kulit Muka Dengan Bahan Semula Jadi: Air Basuhan Beras

Orang tua kat kampung kita pernah bagi tips tentang air basuhan beras dijadikan pencuci muka. Masa itu belasan tahun lagi dan tak percaya sangat dengan petua-petua makcik-makcik kampung ni, yala petua-petua orang kampung tak ada bukti saintifik nak tunjuk kat anak muda yang perasan pandai sangat. Hahahaha 

Tiap kali kakak sulang suruh basuh beras untuk makan malam, sambil basuh beras tu jugalah asyik fikir betul ke air basuhan beras ni boleh buat muka bersih dan putih berseri? Macam tak percaya jer, kotor kot air basuhan ni. Akhirnya tak diaplikasikan pun petua yang makcik-makcik kampung bagi.

Bila da besar baru tahu ada betulnya air basuhan beras tu digunakan pencuci muka dan mulalah rajin guna petua ni. Orang dulu-dulu mana ada produk pencuci muka berlambak macam sekarang ni maka air basuhan beras tu lah dijadikan pencuci muka. 
sumbangan google image
Kalau korang nak taw bukan orang kita je guna air basuhan beras ni untuk cuci muka tapi hah negara kelahiran kpop pun amalkan khususnya bila bercakap tentang natural product. Pernah tonton rancangan variety ala-ala dokumetari yang diberi judul "Human Condition", pernah tonton tak? Hah cuba tonton sikit kat youtube channel KBS. Adalah dalam satu episod tu mereka kena hidup tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Wahh macam-macam alternatif lain mereka guna sebagai ganti kepada produk yang mengandungi bahan kimia antaranya pencuci muka, mereka gunakan air basuhan beras. 

Air basuhan beras ni mampu menanggalkan kotoran kat muka dan juga menyegarkan kulit muka. Bonus, mencuci muka dengan air basuhan beras juga mampu menjadi kulit muka kita lebih bermaya dan cerah berseri. K-style juga menyenaraikan air basuhan beras ni sebagai pencuci muka untuk mendapatkan kulit muka putih berseri. Tahukah anda sejarah SKII ada kaitannya dengan beras...Maka tidak hairanlah kalau air basuhan beras ini sangat baik untuk muka jika dijadikan pencuci muka pagi dan malam. Ehh kalau iyapun bersihkan dulu makeup yang tebal gedabak tu baru basuh dengan air basuhan beras yang mana beras tu sudahpun dibasuh terlebih dahulu sebanyak 3 kali. Tak paham juga macam nak cuci muka dengan air basuhan beras? Ikut arahan dibawah ni:

"Basuh beras sebanyak 3 kali seperti biasa macam basuh beras untuk masak nasi, kemudian basuhan terakhir gunakan sebagai pencuci muka."

Itu saja. Simply the best dan paling penting tak ada bahan kimia! Yeah bertambah lagi senarai produk penjagaan kulit anda daripada bahan-bahan semula jadi. Saya pun menggunakan petua ni jika giliran saya masak nasi. Kalau bukan giliran saya masak nasi maka saya pun basuh muka bersih-bersih dengan sponge dan air biasa.


inilah sponge saya guna untuk membasuh muka


"I don't use cleansing foam, I'm so into natural product because of my really sensitive skin" ~WilmaShana~


6 comments:

  1. kaaan SKII tu sebenarnya dari beras aje... hihiks.. x mampu SKII jadi air beras pun boleh.. :D

    ReplyDelete
  2. Air basuhan beras memang banyak khasiat. Saya pernah buat mandi konon nak test petua nenek utk putih.haha

    ReplyDelete
  3. dulu rajin cuci muka dengan air beras. Sekarang usah dikata la..malas..huhu

    ReplyDelete
  4. dulu rajin gak goreng beras tanpa minyak pastu blend. tambah sedikit air buat masker..

    ReplyDelete