Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, July 10, 2014

Macam Mana KL?

Da dua minggu menetap d KL, ada satu perasaan yang pelik sejak menetap di sini. Aku tak tahu tapi aku sepertinya tak suka duduk di sini. Aku rasakan lebih selesa duduk di Pulau Pinang. Ntah mungkin keadaan yang terlalu bising dan sibuk membuatkan aku tak berapa nak suka KL. Tambahan pula kejadian tanah runtuh di persimpangan Imbi menyulitkan pergerakan ku sana sini dan membuatkan perjalanan melalui monorel menjadi sulit. Cuaca pula agak terik, asyik jalan kaki pula dalam jarak yang jauh. Arghh aku semua nak komplain. Tapi syukur alhamdulillah aku masih survive.
google image

Aku kerja part time kat Krispy Kreme di Times Square, da seminggu kerja sini agak menyeronokan sebab hari-hari dapat makan donut dan paling penting dapat minum coffee free. Gaji tak banyak sangat standard la RM4.50 sejam tapi adalah elaun lain dia bagi. Kira ok jugalah. Walaupun baru seminggu tapi cukup banyak pengalaman yang aku dapat dealing with different kind of people. Majoriti pelanggan krispie kream ni orang luar yakni pak-pak Arab dan orang-orang kulit putih dan hitam. Banyak kerenah mereka ni. Paling tak best bila ada satu dua couple mat saleh buat tak senonoh. 

Orang-orang luar ni kena belajar sikit etiquette bila datang Malaysia yang majoritinya penduduk beragama Islam. Aku tak boleh nak bla bila ada couple mat saleh ni bermesra-mesraan depan kaunter. WHAT THE HELL! GO GET A ROOM! Bulan puasa kot! Give some respect! Jangan nak apply sangat hak kebebasan korang tu, ini Malaysia bukan negara barat.

Habis tentang tu, sebenarnya yang tak bestnya kat KL ni bila poket ko cukup-cukup tuk makan saja. Semuanya plan tak akan jalan if tak ada duit. Temptation memang banyak apa lagi orang-orang kuat bergaya dan shopping macam aku. sabar jelah, tahan-tahan nafsu sikit. Yang bestnya nya aku suka duk perhati orang-orang kat KL ni, wow each of them have their own taste n sense of fashion. 

Alhamdulillah kebanyakkan yang aku jumpa semua peramah dan tidak sombong. Tiap kali terasa macam da sesat, aku tak malu bertanya siapa saja yang ada di sekelilingku. Syukur semuanya baik belaka dan sudi membantu. Ada juga yang sering menjadikan aku kaunter pertanyaan padahal aku juga sama seperti mereka budak baru duk KL. Aku rasa bersalah bila tak dapat nak jawab pertanyaan mereka macam aku bukan orang Malaysia tapi apa boleh buat aku juga baru nak kenal selok belok KL.

Kesimpulannya duk Kl ni kau kena bersedia jadi kaunter pertanyaan. Hahahahaha

5 comments: