Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, August 29, 2014

Permohonan Bantuan Pendidikan dari Pusat Zakat Sabah

September mendatang ini pastinya ramai adik-adik yang melanjutkan pengajian ke IPTA. Tahniah bagi korang yang berjaya menempatkan diri di IPTA, bersyukurlah anda kerana masih ada teman-teman kita yang mahu melanjutkan pengajian tetapi berhadapan dengan kekangan-kekangan yang menghalang mereka daripada melanjutkan pengajian ke IPTA. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa, ini bukanlah pengakhir bagi anda.

Ehchechechehche.. aku da nak mula berceramah lah ni, dah sudah daripada melalut-lalut tak tentu pasal fokus pada tujuan utama penulisan kali ini yakni tentang permohonan bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh pusat zakat Sabah. So, post kali ni ditujukan khas buat sabahan yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading. Dah namanya khas buat sabahan jadi besabah-sabah la aku disini.

Aku ndak taw kalau adik-adik Sabahan tahu pasal bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh pusat zakat Sabah ni, kalau ndak taw na cepat-cepatlah nanti rujuk mana-mana cawangan pusat zakat berhampiran anda. Disini aku hanya memaklumkan dan berkongsi pengalaman ku memohon bantuan pendidikan ni.

3 tahun yang lalu, aku juga salah seorang yang sibuk mengurus kemasukan ke IPTA begitu juga merupakan antara yang sibuk mencari mana-mana badan kerajaan yang menawarkan bantuan. Alhamdulillah dapatlah info pasal bantuan daripada pusat zakat ni daripada rakan-rakan. Apalagi kami pun pergi beramai-rami ke pusat zakat Tawau memohon bantuan pendidikan.

Bantuan pendidikan dari pusat zakat ini ada tiga antaranya; bantuan bayaran yuran, bantuan tiket penerbangan dan bantuan pendidikan untuk yang mualaf tapi boleh pilih satu jak dan permohonannya hanya sekali sepanjang pengajian. Aku dan rakan memilih untuk memohon bantuan bayaran yuran pengajian. Alhamdulillah rezeki kami ada. :)

WilmaShana.blogspot.com

Urusan permohonan ini mudah dan tidak lama, penting jangan lupa bawa salinan surat tawaran, ic yang sudah disahkan. Aku pun lupa2 ingat apalagi dokumen diperlukan, yang aku ingat surat tawaran dan ic penting bawa. Nanti kamu ringan-ringankan tulang pergi pejabat pusat zakat tu sebab borang permohonan bantuan pendidikan hanya boleh diambik di pejabatnya, ndak ada main muat turun atau daftar online gtu.

Lepas da siap isi borang dan bagi dokumen yang dorang perlukan, kamu tunggu saklah diorang akan tapis mana-mana yang layak dan menepati syarat. Inn Syaa Allah kalau kamu dapat nanti sem depan yuran pengajian kamu akan dibayar sebanyak 1 ribu ringgit oleh pusat zakat dan bakinya kamu bayarlah guna ptptn gtu. Kalau soal tiket penerbangan pulak aku tak pasti sama ada pusat zakat bagi duit buat beli tiket atau kita claim bayaran tiket itu. Aku ndak pasti bha sebab aku dulu memohon bantuan bayaran yuran pengajian.

Rata-rata kita ni meminjam dengan PTPTN, na untuk ringankan beban kamu sekeluarga, baguslah kamu apply ni bantuan jadi ada juga bajet kamu lebih sikit bila PTPTN kamu sikit jak dipotong untuk yuran. Paling tinggi peluang untuk dapat bantuan ni kalau kamu baru maw masuk U sebab nama kamu masih bersih dari mana-mana bentuk biasiswa dan pinjaman.

WilmaShana.blogspot.com
Kalau kamu maw lebih jelas bagus juga kamu rajin-rajin masuk laman web pusat zakat Sabah (http://www.zakat.sabah.gov.my/). Aku nasihatkan kamu call dulu pusat zakat berhampiran kamu untuk tanya apa saja dokumen diperlukan untuk memohon bantuan ni. 

Itu saklah...okbye..semoga berjaya. Assalamualaikum.


1 comment:

  1. salam.. sya ni tahun 2 sudah.. tapi blm pernh lg apply ni zakat sabah..bole ka lgi tu apply ya?

    ReplyDelete