Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, August 15, 2014

Sibuknya Hari-hariku

Hi,
Rasanya tak terlambat lagi nak ucap selamat hari raya korangs. Maaf zahir batin kot-kot ada post atau komen yang menyindir ke, menyakitkan hati ke atau buat pembaca kecil hati ke. Maaf yer bak kata mereka mari kita kosong-kosong. Hehehehe

Hah nak habaq ni, bulan lalu korang tahu kan aku stay KL tapi tak sempat nak cukupkan sebulan duduk KL aku balik mengejut ke Sabah. On the spot aku berhenti kerja 24 jam. Tesis tak tesis, family come first! Pembaca setia blog ni tahulah aku buat apa kat Kl dan kerja apa. Aku urgent balik Sabah, tak ada pun dalam rancangan aku untuk balik bercuti ke kampung halaman tapi kita manusia biasa yang hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Kakak aku kak Ana masuk wad, 16 Julai haritu dia dikejaarkan ke Hospital Besar Tawau disebabkan beberapa komplikasi untuk bersalin normal. Kak Ana pregnant twin dah tu masalahnya twin kat dalam perut dia songsang, kepala bayi tu dua-dua kat bahagian atas. Tambah pula twin yang duk sebelah kiri Hospital Semporna tak dapat nak kesan dengutan jantungnya. Paling menambah kerisauan kami kak Ana kurang darah. Pagi tu juga dia dikejar ke Hospital Besar Tawau dan dimaklumkan dia perlu menjalani pembedahan. 

3 pack darah dimasukkan dalam badannya, ini merupakan pembedahan pertama dalam keluarga kami jadi memang tidak hairanlah kalau satu family semua risau. Jam 1 tengahari tanggal 18 julai, kak Ana dibawa masuk ke bilik pembedahan, aku menghantarnya sehingga ke pintu dewan pembedahan. Wajahnya pucat, aku tahu dia takut aku juga takut tapi aku sikitpun tidak menunjukkan ketakutan dan kerisauan ku sebab kak Ana da cakap, adanya aku disisinya membuat dia lebih kuat. Hanya selepas aku meninggalkannya di pintu masuk dewan bedah, air mata ku mengalir. Aku risau sekiranya terjadi apa-apa kepadanya. 

3 jam kemudian bayi kembar itu dibawa turun dan aku sekali lagi mengalirkan air mata terharu dan bersyukur semuanya berjalan lancar. Kecil saja kedua-dua bayi perempuan ini, yang kakak beratnya 2.6 kg manakala yang adik pula hanya 2.1 kg, sedikit kecil saiznya berbanding kakak. Selama seminggu kak Ana dalam wad selepas pembedahan tersebut, akulah yang menjaganya. Sabaik saja di rumah, aku jugalah yang menjadi ibu kedua kepada kembar comel ni Mai Zara Arissa dan Mia Zara Alissa. 

Aku kini umpama melalui latihan persedian untuk menjadi ibu, setakat bancuh susu takde hal bro. Lenakan bayi sampai berjaga malam pun xde hal bro. Kak Ana masih  tidak kuat untuk menguruskan sendiri kembar ni. Kembar ini merupakan kembar pertama dalam keluarga kami, ibuku sangat gembir dapat cucu kembar. 

Majlis Akikah kedua-dua zara ni dibuat pada hari kelahiran ku 10 ogos. Siangnya majlis akikah dan malam harinya sambutan ulang tahun kelahiran ku ke 23. Terima kasih mak sudah menjagaku dengan penuh kasih sayang. Tidak lupa pada ibu kandungku yang sudah melahirkan aku ke dunia yang fana ini. Kini aku tahu betapa payahnya menjaga dan membesarkan seorang anak dengan lahirnya kembar ini. Btw, terima kepada rakan-rakan sudi datang malam tu siap bawa hadiah lagi. 

Jadi, kerja aku sekarang adalah curi masa untuk update blog ni sebab hari-hariku sibuk dengan hadirlah dua puteri kesayangan ku ni. Say hi to Arissa and Alissa :)

wilmashana.blogspot.com
Assalamualaikum


2 comments: