Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Thursday, October 23, 2014

Part 1, 13 Sept Lets Go! Spontaneous trip From Penang To Langkawi

Laporan dibuat oleh Wilma Shana >.<

Trip ke Langkawi ni memang tak plan dengan detailnya, kita dengan member terasa nak kuar dari Penang so kitapun redah jelah. Well, feeling-feeling nak melancong, terkejut beruk wa bila masing saling bertanya "tahu ka jalan ke Langkawi ni"..hahahah everyone was like "tak taw" habis! Maka dengan muka yang tahu malu ntah siapa-siapa jak la kami jadikan kaunter pertanyaan...hahahaha The great thing about Malaysian ni, mereka kalau tahu mereka tak segan-segan nak tolong kita tunjuk arah dan tempat yang patut dituju bila kita da sesat2. So, korang bila melancong dalam negara ini jangan takut sesat sebab Malaysian sangat suka membantu and borak-borak dengan uolls yang sedang bertravel tapi kena tanam juga sifat berhati-hati untuk elakkan benda-benda yang kita tak dapat nak jangka.

Berbekalkan backpack, jam 8.30am kami da tiba di Sungai Nibong (stesen bus P.Pinang) malangnya bus ke Kuala Perlis mahupun ke Kuala Kedah jam 1 petang baru ada. Fikir punya fikir ditambah pula dengan cadangan kakak jual tiket tu maka kami pun geraklah ke Butterworth. Jam 10.45am sampai pun ke Butterworth setelah menempuh perjalanan dengan bus dan feri, nampak jauh sungguh perjalanan lami...ayyy!

Stesen bus Butterworth, turun dari jeti terus nampak stesen ni
Dari Butterworth ni kami naik bus menuju ke Bandaraya Shahad Perdana. 12.30pm sampai sana wa ingat da sampai bandar ni trus jumpa jeti malangnya kena naik bus henti-henti lagi untuk sampai ke jeti Kuala Kedah. Sebelum itu, perut kami da lapar, singgahlah sebentar kat Restoran Impian Indah makan soto. huhuhuhuhu

3.25pm kami tiba di jeti Kuala Kedah, wa ramai sangat orang mengalahkan shopping mall buat sale,  rupanya musim cuti sekolah patutlah ramai sangat orang pergi Langkawi, banyak pula tu kaunter book penginapan tapi book kat depa ada cas tambahan dalam RM20. Memandangkan kami tak tahu sangat Langkawi camna dan takut buang masa banyak semata-mata cari penginapan bajet maka kami pun book la kat kaunter ini minta motel bajet. Dapatlah RM80 kat De Baron Motel yang nilai sebenarnya hanya RM60 saja.

Jeti Kuala Kedah, beratur nak masuk feri.
Tiket feri ke Langkawi dari Kuala Kedah RM23 seorang
Sepanjang 1 jam 35 minit perjalanan ke Langkawi, wa mabuk gila da lah sejuk akhirnya wa paksa pejamkan mata untuk elak wa muntah. 5pm kami tiba di Langkawi, dunia baru sebab kali pertama jejak kaki di Langkawi maka semuanya nampak baru dan menerujakan. 

Welcome to Langkawi!
Sampai-sampai jak bukan terus blaa cari motel kat mana tapi pergi round island kejap belek-belek peta akhirnya jumpalah lokasi Eagle Square, ala dekat jak pun dari jeti tu, over bagai tengok peta. Hahahahaha nama juga pertama kali jejak Langkawi maka semuanya kena rujuk peta. Apalagi tanpa buang masa sesi photography pun bermula. Hahahaha..
Tetsing dulu..

Wa suka tembok jambatan ni ala2 klasik gtu terasa macam di Melaka
Antara shoot yang wa suka..banyak sebenarnya pic kat sini tapi wa pilih yang the best dimata wa.
Dataran ni luas rasa nak pasang sound system n buat flashmob kat sini..hehehehe
Da puas snap pictures di Eagle Square, kami berpatah balik ke jeti cari teksi nak ke motel. Wa lupa-lupa ingat yang sebenarnya weolls jalan kaki dari Eagle Square tu ke Pekan Kuah..gagah uolls jalan kaki...weolls decide stay area Pekan Kuah sebab dekat dengan jeti and tempat-tempat shopping yang utama, lagi pula weolls ingat nak stay semalam saja, esoknya nak balik. Dalam perjalanan jalan kaki tu kami cuci mata lah sikit kebetulan kena juga lalu kat Lagenda Park tapi tak snap picture sebab battery camera member tu da kong, baterry handphone pun sama kong.

Penat sangat perjalanan ke Langkawi dari Penang ni makan masa hampir 1 hari, tulang belakang wa rasa macam nak patah-patah, lenguh sangat, orang yang travel jauh tahulah sakit badan macam mana yang wa rasa. Sebelum wa tamatkan part 1 ni wa bagi senarai penuh perbelanjaan sepanjang hari pertama ni dibawah:

Tambang-tambang:
1. USM - Sungai Nibong (bas rapid) RM 1.70
2. Sungai Nibong - Jeti (bas rapid) RM 2.00
3. Jeti - Butterworth Free (feri) *patah balik baru bayar
4. Butterworth - Bandaraya Shahad Perdana (bas) RM 10.80
5. B. S. P - Kuala Kedah (bas henti-henti) RM 2.50
6. Kuala Kedah - Langkawi (feri) RM 23.00

Makanan (snack & lunch) *anggaran RM 20

Penginapan RM 80.00/3 *pergi bertiga, wa bayar RM 26.00

Total: RM 88.00

bersambung...







1 comment:

  1. gamble betul buat trip adhoc macam ni..memang best, lagi-lagi kalau dengan member sekepala

    akak tukar url blog baru, jemput singgah ye

    blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete