Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, November 01, 2014

Salahkah Orang Ketiga?

Sebelum tu wa jamu pembaca wa dengan poster ni bawah ni dulu. Selamat membaca...
sumber: Mr.Google Image
Wa tetiba nak bercerita kisah si orang ketiga ni, rasanya siapa-siapa pun tahu definisi tepat bagi "orang ketiga" ni. Dalam bahasa yang mudah, orang ketiga ni sering kita definisikan sebagai orang yang tetiba muncul tanpa diduga dalam sesebuah hubungan kadang kala dilabel juga sebagai "perampas"

Tak kiranya hubungan yang macam mana sekalipun, sama ada sekadar hubungan kekasih atau sudah berkahwin, pasti kita gelar mereka ini "perampas", bunyi sedap lagi "pemusnah kebahgiaan orang".

Wa cakap pasal benda ni bukan sebab wa emosi putus cinta dek kerana orang ketiga atau wa ni ada pengalaman jadi orang ketiga dll... Tak ada apa-apa, wa cuma banyak sangat menonton cerita korea yang tak lepas dari buat klise perang cinta segi tiga. Huahuhuahuahua tengoklah mana-mana Kdrama pasti ada cinta tiga segi yang ada unsur rampas merampas dirampas terampas. Kikikikiki...

Balik pada pangkal jalan, wa nak tanya pembaca soalan mudah ni, patutkah kita salahkan orang ketiga sepenuhnya bila hubungan kita mula retak takpun memang da retak dek kehadiran si orang ketiga ni? Apa kata pembaca?

Bagi wa, dalam kes-kes tertentu orang ketiga ni sebenarnya hanya mangsa keadaan. Lainlah ceritanya bagi orang ketiga yang memang dah tahu dia tu kita punya pacar/laki digodanya juga, lain juga kisahnya bagi kekasih yang menipu.

Wa sukar nak cakap wa percaya kekasih wa 100%, depan wa mungkin dia tampak baik, jujur, innocent, pendek kata "gentlemen" kata si omputih. Belakang kita mana kita nampak kan. Walaupun wa cakap wa percaya depan dia tapi jauh disudut hati wa tetap ada 50% tidak percaya. Dalam kes orang ketiga ni, ada kemungkinan si kekasih ni menipu dengan mengatakan statusnya single aka bujang tak berteman. Maka si orang ketiga pun jatuh dalam perangkapnya. Dapat tak apa yang wa nak maksudkan bila wa cakap orang ketiga ni hanya mangsa keadaan. Di penghujung kisah, tak pasal-pasal kena  label cop mohor "perampas". 

Wa ingat nak cakap sikit saja pasal ni sebab wa pun tak banyak pengalaman tentang hal ni..hahahahaha. bha bha bha...

Selamat Berbahagia kalian :) 


2 comments:

  1. orang ketiga tak boleh disalahkan 100%..tepuk sebelah tangan tak bunyi kan..

    ReplyDelete