Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Saturday, October 25, 2014

Part 2, The Unexpected! Spontaneous trip From Penang To Langkawi

Kebetulan malam sabtu ada pula night market kat pekan kuah ni, makan malam pun belum maka such a perfect timing wa memang excited gila nak pergi beli makanan and cuci-cuci mata. Panjang gila night marketnya tapi abis juga weolls round. Hahahaha nama juga kaki jalan..wa ada jugalah shopping 2 helai shwal memandangkan wa hanya bawa 1 tudung..hahahaha sengaja bawa 1 supaya wa dapat beli baru..kikikikiki...sempat juga pergi round kedai-kedai kat Pekan Kuah survey bagasi and chocolate murah..hahahahaha biasanya student marhaen macam kami ni semua nak yang murah..

Saturday Night Market at Pekan Kuah
Meriah sungguh pekan ni, banyak orang
yang kira semuanya datang melancong dengan family n kawan-kawan,
budak-budak sekolah pun ada, lawatan ku kira.
Tepat 10 malam masa untuk balik...Zzzzzzzz tapi sebelum tu weolls sempat wat discussion dulu buat perancangan esok camna. Plan A nya paginya tu pergi Pantai Cennang pastu balik penang feri jam 3 yang direct ke Pulau Pinang, kita tak tahu lagi tambang feri direct ke Penang tu berapa RM, plannya camtu lah..

14 Sept 2014,
Jom ke Pantai Cenang!!! Ayyy peta wa tak lupa!!Feeling backpakers sangat

12. 20pm kami naik teksi ke Pantai Cenang, jauh juga perjalanan dalam 30 minit baru sampai sana. Sampai jak terus masuk Underwater World, masuk kena bayar RM30/adult. Excited gila masuk sini, macam-macam hidupan laut boeh jumpa kat sini termasuklah encik peguin yang hensem. Hahahahaha comel sangat rasa nak bela je seekor.. layan dulu pictures weolls kat Underworld Water Langkawi ni....tada...

kasi pose peace sikit kat sini
snap kat board ni pun bolehlah..
masuk je trus hadap ni
nak sentuh tak boleh..
air terjun pun ada dalam ni..deabak
satu-satunya burung kakak tua menyesat kat dalam ni
Ayyy finally jumpa encik peguin..comey!!!
Alolololo  macam patung je wa tengok..
weolls feeling2 candid..candid sangat >.<
maju lagi kehadapan jumpa la taman mini ni..cantik uolls..percaya wa!
disebalik air terjun..kikikiki
Da sudah, banyak lagi pictures tapi tak larat nak share kat sini, tak pasal-pasal panjang ke bawah post ni..hahahaha Lepas tu kami tu geraklah mencari sang pantai.. dalam perjalanan tu sempat discuss lagi sempat ke balik arini macam tak puas sebab tak pegi cabel car lagi..sampai je kat pantai sempat usha resort, pakej snorkeling, mainan air yang lain.. akhirnya satu pakej pun tak ambil..kita orang photoshoot je kat pantai tu..

round-round dulu
Bukti wa da jejak sini
Yang wa tak boleh lupa kat Pantai Cenang ni, masuk tandas kena bayar seringgit..nasib wa tak terdesak nak terkuncil ke apa..wa nak masuk tu pun saja nak tengok cermin baiki tudung wa ni..tak jadi nak masuk memandangkan kena bayar seringgit.. 0.50 sen wa boleh terima lagi..  

3pm kami pun geraklah balik ke Pekan Kuah, nak g cabel car pak cik teksi tu cakap cuaca tak elok kemungkinan besar depa tak kasi naik cabel car. Sepanjang kami kat Langkawi ni cuaca memang tak elok, mendung memanjang, musim hujan ku kira.. Memandang banyak lagi tempat wa tak explore kat Langkawi ni, wa da tanam dalam-dalam niat wa akan datang semula ke sini..

Tiba jak kat Pekan Kuah weolls rasa tak nak balik, tak sempat nak shopping rasanya..hahahaha alasan..maka misi mencari motel pun bermurah..masalahnya masuk sana sini semua da full..sabar je la da musim cuti sekolah.. akhirnya dapatlah 1 bilik kat Langkah Tuah Motel..serious jauh beza dengan de'baron.. da lah RM70 sempit gila, takda ruang solat, ruang antara 2 katil tu cukup-cukup untuk hidup, aircond basah, sinki tandas rosak + banjir plak tu, sabun punya ciput gila xda shapoo, kipas lak tak function..adoi nasib jaklah terpaksa da bayar and kami pun da tak ada pilihan sangat.. penat da cari sana sini asyik full jak.. wa mai Langkawi lagi wa nak stay kat de'baron lagi..deabak!

de'baron motel deabak wa kasi 4.5 star..
kurang 0.5 star sebab line DG wa tak bepa nak ok kat dalam bilik ni, tapi lain2 hal memang deabak!
15 Sept 2014, 

1 malam kami menjadi 2 malam..esoknya shopping chocolate berabis buat ole-ole untuk member kat USM.. wa beli 1 bagasi sebab murah sangat and wa suka travel guna cabin luggage.. hahaha tak larat bawa backpack besar2 boleh terseliuh bahu wa.. wa tabik spring dengan korang yang backpack ke sana kemari.. *layakkah wa dilabel backpakers bila travel guna cabin luggage ni? tapi bajet wa bajet2 backpackers.. wa backpack saja bila pergi satu tempat tu untuk 1 tau 2 hari..bincangkan..hahahaha layan jak la..

beratur beli tiket feri
Terkejut beruk weolls tiket feri direct ke Pulau Pinang RM 99.90, tak jadi nak naik feri direct ni..tambang2 weolls naik turun bas pun tak sampai seratus hinggit.. naik feri ke kuala kedah la jadinya..patah balik ikut haluan yang sama seperti mana weolls ke sini..

Jom kita balik!!! 
Once again mabuk wa menyerang padahal selalu juga wa pergi Pulau Mabul naik bot laju.. Ku kira feri ni keadaannya tertutup pastu pandai berjoget-joget pula tu. Sebaik saja kaki wa jejak feri rasa muntah tu menyerang, cepat-cepat member wa suruh ke beranda feri tu dulu ambik angin laut, minyak angin plak xda..staff feri tu pelik tengok wa kat tempat larangan tu tapi depa bagi wa stay luar tu dulu sementara tunggu penumpang lain naik n hilangkan rasa mabuk wa tu..daripada wa muntah kat dalam tu elok benar depa benarkan wa lepak kat beranda feri tu.. Wa akhiri laporan ni dengan bajet perbelanjaan untuk hari tersebut dan total keseluruhan.

Tambang
1. Pekan Kuah - Pantai Cenang (teksi return) RM56/3 = RM 18.60
2. Pekan Kuah ke Jetty (teksi)  RM12/3 = RM 4
3. Langkawi - Kuala Kedah (feri) RM 23
4. Kuala Kedah - Bandaraya Shahad Perdana RM 2.50
5. Bandaraya Shahad Perdana - Sungai Nibong Penang RM 10. 80

Makanan
Bekfast+dinner+snack= RM 30

Bilik
RM 70/3 = RM 27.60

Anggaran shopping wa
RM 150

Total RM 266.50

Total Bajet wa untuk 3 hari 2 malam keselurhannya RM 354. 50

baca Part 1 di sini

Assalamualaikum




Thursday, October 23, 2014

Part 1, 13 Sept Lets Go! Spontaneous trip From Penang To Langkawi

Laporan dibuat oleh Wilma Shana >.<

Trip ke Langkawi ni memang tak plan dengan detailnya, kita dengan member terasa nak kuar dari Penang so kitapun redah jelah. Well, feeling-feeling nak melancong, terkejut beruk wa bila masing saling bertanya "tahu ka jalan ke Langkawi ni"..hahahah everyone was like "tak taw" habis! Maka dengan muka yang tahu malu ntah siapa-siapa jak la kami jadikan kaunter pertanyaan...hahahaha The great thing about Malaysian ni, mereka kalau tahu mereka tak segan-segan nak tolong kita tunjuk arah dan tempat yang patut dituju bila kita da sesat2. So, korang bila melancong dalam negara ini jangan takut sesat sebab Malaysian sangat suka membantu and borak-borak dengan uolls yang sedang bertravel tapi kena tanam juga sifat berhati-hati untuk elakkan benda-benda yang kita tak dapat nak jangka.

Berbekalkan backpack, jam 8.30am kami da tiba di Sungai Nibong (stesen bus P.Pinang) malangnya bus ke Kuala Perlis mahupun ke Kuala Kedah jam 1 petang baru ada. Fikir punya fikir ditambah pula dengan cadangan kakak jual tiket tu maka kami pun geraklah ke Butterworth. Jam 10.45am sampai pun ke Butterworth setelah menempuh perjalanan dengan bus dan feri, nampak jauh sungguh perjalanan lami...ayyy!

Stesen bus Butterworth, turun dari jeti terus nampak stesen ni
Dari Butterworth ni kami naik bus menuju ke Bandaraya Shahad Perdana. 12.30pm sampai sana wa ingat da sampai bandar ni trus jumpa jeti malangnya kena naik bus henti-henti lagi untuk sampai ke jeti Kuala Kedah. Sebelum itu, perut kami da lapar, singgahlah sebentar kat Restoran Impian Indah makan soto. huhuhuhuhu

3.25pm kami tiba di jeti Kuala Kedah, wa ramai sangat orang mengalahkan shopping mall buat sale,  rupanya musim cuti sekolah patutlah ramai sangat orang pergi Langkawi, banyak pula tu kaunter book penginapan tapi book kat depa ada cas tambahan dalam RM20. Memandangkan kami tak tahu sangat Langkawi camna dan takut buang masa banyak semata-mata cari penginapan bajet maka kami pun book la kat kaunter ini minta motel bajet. Dapatlah RM80 kat De Baron Motel yang nilai sebenarnya hanya RM60 saja.

Jeti Kuala Kedah, beratur nak masuk feri.
Tiket feri ke Langkawi dari Kuala Kedah RM23 seorang
Sepanjang 1 jam 35 minit perjalanan ke Langkawi, wa mabuk gila da lah sejuk akhirnya wa paksa pejamkan mata untuk elak wa muntah. 5pm kami tiba di Langkawi, dunia baru sebab kali pertama jejak kaki di Langkawi maka semuanya nampak baru dan menerujakan. 

Welcome to Langkawi!
Sampai-sampai jak bukan terus blaa cari motel kat mana tapi pergi round island kejap belek-belek peta akhirnya jumpalah lokasi Eagle Square, ala dekat jak pun dari jeti tu, over bagai tengok peta. Hahahahaha nama juga pertama kali jejak Langkawi maka semuanya kena rujuk peta. Apalagi tanpa buang masa sesi photography pun bermula. Hahahaha..
Tetsing dulu..

Wa suka tembok jambatan ni ala2 klasik gtu terasa macam di Melaka
Antara shoot yang wa suka..banyak sebenarnya pic kat sini tapi wa pilih yang the best dimata wa.
Dataran ni luas rasa nak pasang sound system n buat flashmob kat sini..hehehehe
Da puas snap pictures di Eagle Square, kami berpatah balik ke jeti cari teksi nak ke motel. Wa lupa-lupa ingat yang sebenarnya weolls jalan kaki dari Eagle Square tu ke Pekan Kuah..gagah uolls jalan kaki...weolls decide stay area Pekan Kuah sebab dekat dengan jeti and tempat-tempat shopping yang utama, lagi pula weolls ingat nak stay semalam saja, esoknya nak balik. Dalam perjalanan jalan kaki tu kami cuci mata lah sikit kebetulan kena juga lalu kat Lagenda Park tapi tak snap picture sebab battery camera member tu da kong, baterry handphone pun sama kong.

Penat sangat perjalanan ke Langkawi dari Penang ni makan masa hampir 1 hari, tulang belakang wa rasa macam nak patah-patah, lenguh sangat, orang yang travel jauh tahulah sakit badan macam mana yang wa rasa. Sebelum wa tamatkan part 1 ni wa bagi senarai penuh perbelanjaan sepanjang hari pertama ni dibawah:

Tambang-tambang:
1. USM - Sungai Nibong (bas rapid) RM 1.70
2. Sungai Nibong - Jeti (bas rapid) RM 2.00
3. Jeti - Butterworth Free (feri) *patah balik baru bayar
4. Butterworth - Bandaraya Shahad Perdana (bas) RM 10.80
5. B. S. P - Kuala Kedah (bas henti-henti) RM 2.50
6. Kuala Kedah - Langkawi (feri) RM 23.00

Makanan (snack & lunch) *anggaran RM 20

Penginapan RM 80.00/3 *pergi bertiga, wa bayar RM 26.00

Total: RM 88.00

bersambung...