Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Wednesday, December 10, 2014

Apalah Malang Nasibku

Aku baru je sembuh dari demam yang teruk selama seminggu tetiba datang pula bencana yang lain...

Da tiga hari terperap dalam bilik akibat kaki melecur tertumpah air panas yang baru mendidih. Ntah apa yang aku fikir sampai terlepas heater dari tangan tup tup tup terkena betis dua belah.. Masa tertumpah tu aku tak rasa sakit sangat cuma rasa agak panas, memanglah panas nama juga air baru mendidih. Sempat lagi aku lap lantai dulu, aku blur tak tahu nak buat apa dan camna nak rawat kaki yang tertumpah air panas ni. Bila rasa panas dan pijar tu makin menjadi-manjadi aku tak tahan terus pergi tandas basahkan kaki dengan air paip tapi tak lama, dalam 5 minit saja.

Aku masih blur, sudahlah hanya aku seorang dalam bilik, tak tahu nak buat apa. da bertenang sikit aku google tips rawat kulit terbakar dapatlah info rendam dengan air garam. Tak tahan wei sakitnya menjadi-jadi, betis aku langsung tak boleh disentuh. Call member minta pergi klinik beli ubat, boleh plak klinik tu tak kasik dorang ubat, drg nak tengok juga melecur tahap mana, masalahnya aku tak ble pakai seluar or kain, terkena sikit aku menjerit kesakitan. Depa ni pun belilah ubat kat kedai cina, ubat sapu tuk gigitan serangga plak tu..arghh sabar jak la..da org belikan ubat bersyukur lah.

Esok paginya, kaki aku masih tak ble sentuh dan sakit sangat, kulit betis aku da sedikit bengkak, merah kehitaman dan ada blister..huarghh sakit tak tahan wei..pergi hospital juga pagi tu. Doktor bagilah ubat tuk telan dan sapu..tapi da 3 hari masih rasa sakit..tak tahulah bila nak sembuh ni, aq da skip semua klass gara-gara tak ble pakai seluar or kain. Btw ubat yang doctor tu antaranya Acriflavine lotion (yang warna kuning tuk cuci luka tu), silver sulphadiazine 1% W/W cream, paracetamol dan cloxacillin sodium.

Erghh duk bilik ni aq mang tak ada kerja melainkan makan hasilnya ubat cloxacillin sodium tu baru sebiji aku telan memandang arahan dia makan semasa perut kosong 4 kali sehari, aku pula bila masanya perut aku kosong..

Huarghh aku nak pergi pesta penang wei tapi tak ble nak jalan..