Ongoing Promotion

Kesayangan Beta

Friday, February 20, 2015

Travelog: 3 Pulau

Bermula pengembaraan ke 3 pulau popular di Semporna sebaik sahaja Fida dan Fana menjejak kaki ke bumi Sabah..
Let's Go!!!
Bajet weolls tuk 3 Pulau ni RM68 seorang
Pulau pertama kita orang jejak pagi tu Pulau Bohey Dulang, pergi hiking bukit Bohey Dulang.
serius uolls panoramanya sangat DEABAK!!! Ketinggi 600meter kami tawan dalam masa yang singkat..kami?? rasanya saya jak kot..hahaha yang lain tinggal dibelakang..




Yuhuu tengok wa jugalah yang smapai dulu di puncak, trus dengan semangat snap pic..hahahaha


Ramai gila uolls kat atas ni..macam-macam orang ada..ooo depa panggil wa "adik gopro" 
hahahaha pun boleh wahai abag guide yang kitaorg kena bayar RM50..oooh lupa nak naik sini nanti kena daftar dulu kat bawah tu baru boleh naik ditemani seorang guide..






Pulau kedua kami p is Pulau Maiga..yang menarik dengan Pulau Maiga ni is pasir dia yang panjang sampai boleh menghubungkan dua pulau yang bersebelahan aku kira..yelah air cetek mah..pasir dia putih sangat, air pun bersih...



nampak tak laut tu dibahagi dek pasir tu..cantik uollss..


Pulau terakhir kami p is Pulau Sibuun. Pulau ni tempat popular snorkeling selain pulau Mabul dan Pulau Sipadan.. banyak gambar tapi ermm malas nak upload banyak2 nanti loading lama plak blog ni... its Oja below!!! uolls nak snorkeling kat pulau Sibuun ni kena ada permit taw..so sebelum p sini apply dulu permit..but if korang ambik pakej kat sgent2 yang melambak di Semporna tu maka tak payah korang susah2 nak apply permit..depa akan settlekan..


Dalam sehari tiga pulau selesai dijelajah..ooo kami tak ambik agent..kami share2 10 orang then sewa bot, bayar guide (Bohey Dulang), sewa alat2 snorkeling (melambak kat pekan semporna tu agent pelancongan yang boleh bagi sewa alatan depa walaupun korang tak ambik pakaej kat depa), makan bawa sendiri (if korang ambik agent makan sekali kot, tak tawlah)

That's all...sambung lagi cerita destinasi lain pula...

Travelog: Kota Kinabalu (KK)


Sampai jak kat airport KK dalam jam 10 something gtu, fida n the geng dtg ambik.. 
Kat KK ni member Fida masa poli dulu jadi tourist guide kami namanya Fauzi, dia ni agak lucu orangnya, layan saja bha...
Kami singgah makan kat saefront di KK tu, lupa da nama dia tapi situasinya sama macam kat padang kota lama Penang...
Lepas jak makan barulah dorang bawa check in kat Lavender Louge..ermm takda lak snap pic..
Lavender Louge best sangat, da lah bersih comel plak tu..
Day 1
Awal pagi lagi kami da gerak sebab banyak tempat nak pegi.
Tapi sebelum tu kami berpindah ke Hotel Victoria..


Mula tu kita orang pergi Rumah Terbalik tapi rasa mcm xbest pun..sikit je kita tengok pastu kena bayar RM10, if RM5 tadi barulah rasa berbaloi..so so jak la..gambar pun xambik banyak mana.


Lepas tu kita pun gerak ke Kundasang. Pagi lagi so kabus memang banyak gila sampai tak nampak jalan uolls..tapi kita orang redah jak..disebabkan kabus tebal sangat maka tak nampaklah si puncak Gunung Kinabalu nun disana tu..


Tempat pertama kitaorang pergi sampai jak di Kundasang ni adalah Cow Farm..
ha,,kalau nak tahu kat sinilah pengambaran iklan susu XXXX yang konok di New Zealand padahal ada jak di KK tu..masuk sini kena bayar RM4 seorang.


nak bagi lembu2 ni susu ka maw kasi makan mesti beli tu susu n rumput..lupa suda bepa RM sebab si Fida yang beli..Aku tumpang kasi susu jak..kakakaka


Uolls susu dia segar bugar tapi lepas je bepa jam kemudian Fida xsedap perut..hahaha kami syak sebab susu yang kami minum tu tapi kita orang ok jak.. Fida jak ndak bepa OK tu.. perut dia ble trima kot sebab makan banyak sangat..hehehehe






da setel lepak2 di ladang lembu ni..Fauzi bawa plak kami p Poring..kolam air panas..
serius panas deh..namapun kolam air panas.. ha masuk pun kena bayar RM3 seorang..



Sementara aku p round tempat ni, dorang plak p rendam kaki..kat dalam ni besar..ada air terju, jambatan, taman rama-rama dll..tapi nak masuk tu kena bayar lagi..ermm tak jadi nak masuk..cukup kat kawasan2 dalam ni..


Petang gtu kami pun gerak balik ke bandar KK. sempat snap masjid terapung ni..


Fauzi petang tu kena balik kg sebab ada kenduri so kami jalan kaki jak round KK
Singgah Street Art ni, haa street art ni bukan maam street art yang ada di Armenian Street Penang tu. Street Art ni hasil keja budak2 lepak..


lepas kami p Jeti KK ni tapi tak smepat tengok matahari terbenam..



That's it!

Wednesday, February 11, 2015

Travelog: Mabul Island

Da abis sem 7!!! Yeah!! So aku plan balik rumah kejap dalam seminggu pastu balik Penang nak keja sini cari duit tuk perbelanjaan konvo April nanti. Kebetulan pula masa tu tengah plan nak g Hatyai 7 Feb so ada coursemate seorang tu nak join sekali, Hajar. Bila da bincang sal Hatyai tersentuh pula topik nak balik Sabah, ha apa lagi dia pun nak ikut trus bank in duit beli tiket, Hajar pun ikutla aku balik Sabah..

Hari pertama,
Kita orang masuk mabul tumpang dengan bot PGA, free la kiranya. Hajar menginap kat Guest House kazen aku Kak Neng Guest House, Snak & Food Central. Neg02, mak aku bagilah Hajar price RM250 2 Malam 3 Hari termasuk makan 3 kali sehari. 
Sampai kat Mabul, kita orang decide nak rehat dulu esok pagi nak mandi laut.

Malam itu aku tidur ngan mak, Hajar tidur seorang kat bilik guest house tu. Tepat 1.20am tiba rumah rasa goyang sangat, pintu bagaikan ditolak dan dirempuh, kunci-kunci mangga pintu kedai bising, otak ku mula berfikir yang bukan-bukan. Mungkinkah pengganas maw merempuh masuk rumah kedai Kak Neng ni, aku mula terbayang orang-orang sulu lengkap dengan senjata menyerbu masuk. Dalam hati aku, mana PGA yang bertugas ni, ini situasi gawat.
Gegaran rumah sangat kuat hinggakan aq terjaga dari tidur yang lena, mak erat mengengam tangan ku. Takut di dalam hati tiada siapa yang tahu,
Satu hal lagi yang buat aku risau, macam mana dengan Hajar yang aku tinggalkan tidur sendirian dibilik bawah, dia ok ka tak? 

5 minit kemudian gegeran pun berhenti, cepat aku minta staf yang tidur tepi aku ambik hp, "kita call papang?" Tanya ku pada mak, selamba je mak cakap "buat apa kau call?" argh aq pejam mata sambung tidur...mungkin aku mimpi?

Hari kedua,
Esok paginya baru aku tahu kejadian semalam tu bukan mimpi malah kejadian sebenar semalm tu adalah gempa bumi...mati-mati dorang gelak bila aku gitaw depa apa yang aku fikir tentang peristiwa semalam...hahahaha luckily gempa bumi kecil saja...pagi tu proceed juga pegi mandi laut..bila matahari da naik baru reti nak balik bekfast..

Petang tu plak kami round island..huarghh syok2 tangkap gambar dengan camera baru SJ4000 tak perasan Samsung Note aku tercicir..sedih wei..tapi setiap kejadian tu ada hikmahnya, aku dapat kenal Warid. Orangnya kurus n agak lawak. Petang tu dia teman aku keliling satu pulau cari hp aku tapi xjumpa juga..aku redha kok..
Hari pertama hilang hati ku rasa kosong tapi bila lama tu tangan rasa gatal nak update instagram tapi ermm sabar je lah..yang paling malang lagi untuk hilangkan boring xda hp nak main, aku mainlah sj4000 aku tup tup aku terdelete semua gambar yang ditangkap sepanjang hari tu..demn!!tak dapat nak show off kat youtube budak-budak mabul buat lagak stunt..

Hari ketiga,
Pagi tu sebelum matahari terbit sekali lagi p mandi laut bila da petang sikit keluar lagi nak take pic memandangkan pic semua aku da terpadam..awal nak tangkap2 pic jak tapi nampak budak-budak mabul ni macam best jak mandi aku apa lagi join la sekali..




Aku tak pandai pun berenang even though da banyak yang ngajar aku tapi masih juga lembab tak reti berenang. Nasiblah budak mabul ni jaga aku siap pegang tangan aku tiap kali aku cuba nak apungkan diri..


tak lama kemudian warid pun join sekali
Plan esok nak balik sama-sama dengan mak, dia da sewa pun bot tup tup tup botman tu tak nak kuar esok sebab ombak sangat bergelora masa tu..kita pun extend lagilah 1 malam kat mabul..mak aku tak kisah, Hajar pun tak kisah..1 malam tambahan tu mak aku tak cas bayaran tambahan memandangkan Hajar kawan aku...

Hari Keempat,

Mak aku tak jadi lagi nak keluar mabul beli belanja kedai, diapun tumpangkan kami kat bot uncle Chang. Ikutkan naik bot Uncle Chang ni kena bayar RM70 one way tapi memandangkan abang ipar aku kerja kat Uncle Chang dapatlah aku dan Hajar tumpang free dengan kebenaran daripada office.

Hajar kesian dengan budak ni, dia pun hulur RM10...pelancong dari luar bukan main suka lagi tengok budak-budak ni main sampan, jadi sesi photografi pula kat sini sementara bot siap nak balik pekan Semporna..



Meet Hajar

Uncle Chang Punya

Da setel dari mabul, fikir nak buat passport pula kan kitaorang nak ke Hatyai..memandangkan nak buat passport di Semporna makan masa 1 minggu, hari berikutnya kami gerak ke Tawau dengan Rahma sekali. Aku sebenarnya tak cukup duit nak buat passport nasib Rahma baik hati pinjamkan aku dulu RM100 tambah duit aku tuk buat passport,,.dapatlah juga bawa Hajar jalan-jalan kat Tawau yang aku pun sebenar tak bepa nak tahu nak bawa dia g mana lagi kat tawau ni..abis urusan trus balik Semporna..makan masa 1 jam setengah jugalah perjalanan Semporna-Tawau.

26 Jan, Hajar flight ke KL. Next, aku menanti pula kedatangan Fida dan Fana..